Jumaat, 15 Mac 2013

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Sorok diesel dalam bot tunda

Posted:

Pelabuhan Klang: Taktik tekong bot bersama tiga awak-awak menyeludup masuk 12,000 liter minyak diesel yang disembunyikan dalam bot tunda gagal apabila dikesan Polis Marin dalam serbuan di Kuala Sungai Labuhan Gurap, di sini, pagi semalam.

Bertindak atas maklumat, serbuan dilakukan pada jam 6.45 pagi oleh sepasukan Polis Marin Wilayah Satu, Pelabuhan Klang diketuai Koperal Zamzuri Ahmad bersama tiga anggota penguat kuasa yang melakukan Op Pensura di kawasan perairan berkenaan.


Pegawai Pemerintah Markas Operasi Polis Marin Pelabuhan Klang Deputi Superintendan Norzaid Muhammad Said berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan sebuah bot tunda dan hasil pemeriksaan mendapati tekong bot lelaki berusia 43 tahun terbabit gagal mengemukakan dokumen berkaitan diesel yang terdapat dalam bot berkenaan.

"Berikutan itu, lelaki warga Indonesia terbabit ditahan bersama tiga awak-awak bot kerana didapati memiliki barang kawalan (diesel) dengan niat melakukan kesalahan.


"Mereka ditahan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)," katanya.


Nilai rampasan termasuk bot dan minyak diesel dianggarkan RM151,000.

Foto

ANGGOTA Polis Marin Wilayah Satu Pelabuhan Klang memeriksa bot tunda terbabit.

Norzaid berkata, Polis Marin akan meningkatkan rondaan selain mengadakan kawalan ketat di setiap pintu masuk perairan Malaysia bagi mengelakkan kemasukan tekong bot secara haram.


Katanya, pihaknya juga terus menjejaki dan membuat serbuan atau tangkapan terhadap individu yang didapati terbabit aktiviti penyeludupan haram bagi mengelakkan perkara sama berulang.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/15
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Wings belum patah sayap

Posted:

Jangka masa 27 tahun bukanlah singkat. Dalam tempoh itu, pelbagai kisah suka duka dilalui kumpulan Wings sejak mereka ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 1986.

Walaupun pernah melalui zaman kejatuhan apabila penyanyinya, Awie meninggalkan Wings pada 1993, namun tiga lagi anggotanya iaitu Joe (gitar), Eddie (bass) dan Black (dram) cekal meneruskan perjuangan rock mereka.

Namun mereka kembali bersatu pada 2002 dan hingga hari ini, Wings kekal relevan sebagai antara legenda rock Melayu.

"Dari segi penerimaan orang, Wings tidak lagi menghadapi masalah. Apa yang kami bawakan sekarang diterima dengan mudah berbanding lebih 20 tahun lalu," kata Joe ketika sesi fotografi bersama RAP di Heritage Club, The Royale Chulan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Katanya, selagi peminat mahukan mereka dan rasa hormat menghormati sesama mereka selaku anggota Wings itu ada, Wings akan terus kekal.


"Sudah 11 tahun kami tidak merakam album baru selepas Naga Kramat pada 2002 tetapi tawaran persembahan tidak pernah putus. Peminat masih mahukan lagu-lagu daripada album lama seperti Belenggu Irama, Hukum Karma, Teori Domino, Jerangkung Dalam Almari dan Bazooka Penaka yang dirakam antara 20 hingga 27 tahun lalu. Itulah yang indah mengenai Wings," katanya.

Cerita Wings ibarat satu hikayat penuh ranjau. Usaha mereka untuk terbang tinggi seperti sekarang penuh dengan onak duri. Gara-gara bermain muzik rock, mereka pernah dihina, dilabel sebagai ejen budaya negatif, malah pernah dikenakan sekatan hingga lagu mereka diharamkan di radio dan televisyen.

Pada November 1992, tentu ada yang masih ingat upacara simbolik memotong rambut Awie dan Amy Search oleh Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Mohamed Rahmat (Allahyarham) dalam program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Besar, Angkasapuri.

Ia diibaratkan Wings akhirnya 'menyerah kalah' apabila mereka akur dengan larangan artis lelaki berambut panjang muncul di TV dan mengadakan konsert.

Awie berkata, pada waktu itu tiada isu yang boleh dibangkitkan dan isu rambut panjang akhirnya 'dikambing hitamkan'.

"Hingga hari ini, saya tetap berpendapat ia adalah isu remeh yang sengaja diperbesarkan. Waktu itu, seorang wartawan muzik dari Sweden datang berjumpa saya dan dia sendiri pelik dengan perkara itu.

"Apa yang pasti, isu berkenaan tidak mematikan perjuangan muzik rock, malah menjadi semakin luas dan muzik rock terus hidup. Wings sendiri terus kekal hingga hari ini, malah semakin diterima semua pihak.

"Ini bukti isu rambut panjang adalah isu remeh yang tidak perlu diperbesarkan," katanya.

Dalam pada itu, Wings bakal melahirkan album terbaru mereka berjudul Menakluk Kosmos yang dijangka dipasarkan tahun ini.

Awie berkata, album berkenaan tertangguh selama tiga tahun kerana mereka masih tercari-cari penulis lirik berkaliber selepas kehilangan penulis lirik yang sinonim dengan mereka seperti Allahyarham Loloq dan JS Kevin.

"Album itu masih dalam proses pembikinan. Hanya bahagian vokal saja belum dirakam lagi," katanya.

2 bulan pilih lagu Konsert Wings Rockestra 2013

Dua tahun lalu, Wings mengang­kat 'martabat' muzik mereka yang bermula dengan persembahan atas pentas kecil berbumbung zink di 'funfair', ekspo, dewan badminton hinggalah stadium kepada pentas berprestij tinggi iaitu Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur dalam Konsert Wings Opera Hidup Rockestra dengan iringan Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).

Berikutan sambutan hebat, IB sekali lagi memberi peluang Wings kembali menakluk pentas berprestij itu dengan konsert Wings Rockestra 2013 selama empat hari diiringi 42 pemuzik OSK pada 26, 27, 28 dan 30 April depan.

Joe yang juga pengarah muzik konsert itu berkata, Wings Rockestra 2013 nyata berbeza dengan konsert pada 2011 lalu terutama dari segi pemilihan lagu.

Katanya, 80 peratus lagu yang akan dipersembahkan adalah yang jarang dan tidak pernah mereka mainkan seperti Harapan, Aku Pun Tahu, Dalam Kehadiran Sofiah dan Amok.

"Kami juga menggunakan lebih banyak pemuzik di bahagian 'string' bagi menyesuaikannya dengan muzik rock. Lagu-lagu pula kami gubah kembali bagi menjadikannya lebih segar," katanya.

Joe berkata, dia mengambil masa dua bulan untuk memilih lagu-lagu yang bakal dipersembahkan sebelum ditapis lagi bersama Awie, Eddie dan Black untuk tempoh dua minggu lagi. Hanya selepas itulah baru mereka memilih 20 lagu yang betul-betul sesuai.

"Lagu-lagu dipilih berdasarkan banyak faktor seperti permintaan peminat, rakan-rakan, saudara-mara dan juga anggota Wings. Namun lagu wajib seperti Sejati dan Taman Rashidah Utama tidak boleh kami lupakan kerana ia menjadi permintaan ramai," katanya.

Konsert yang bermula jam 8.45 malam itu akan berlangsung dalam dua segmen dan difahamkan Wings bakal membuat kejutan dengan mengundang seorang pemuzik antarabangsa membuat persembahan pada pertengahan segmen itu.

"Pada 2011 kami mengundang bekas anggota Wings seperti Mus, Mel, Syam dan Jojet tampil membuat persembahan bersama tetapi kali ini hanya Wings saja. Kami cuma mengundang seorang pemuzik antarabangsa yang identitinya terpaksa kami rahsiakan dulu," katanya.

Katanya, walaupun empat persembahan itu menampilkan lagu-lagu yang sama tanpa sebarang perubahan tetapi ia tetap berbeza terutama 'mood' dan suasana konsert.

Menurut Joe, mereka gigih mengadakan latihan sejak dua bulan lalu di mana setiap kali latihan mereka akan memainkan 20 lagu sebanyak 50 kali!

"Itu baru bahagian Wings, dua minggu sebelum konsert kami akan berlatih bersama OSK pula. Persembahan bersama pemuzik orkestra memang mencabar kerana kami bermain muzik mengikut hati sedangkan mereka membaca nota muzik. Namun ini yang menjadikan kami lebih berdisiplin," katanya.

Awie berkata, sebagai penya­nyi dia sudah melakukan persiapan rapi termasuk kerap bersenam bagi memastikan dia lebih bertenaga pada malam persembahan nanti.

"Dengan pengalaman yang ada, saya tidak ada masalah de­ngan setiap persembahan. Cuma saya bimbang jika kesihatan terganggu dan harapnya saya kekal sihat hingga tamat konsert," katanya.

Dalam pada itu, Wings juga tidak bercadang untuk merakam­kan konsert berkenaan dalam bentuk cakera padat digital (DVD), cakera padat video (VCD) atau cakera padat (CD) kerana berasakan ia tidak boleh mendatangkan keuntungan berikutan pasaran yang kecil.

"Kos untuk membuat rakaman adalah tinggi tetapi keuntungan yang diperoleh dengan penjualan DVD, VCD atau CD tidaklah besar mana.

"Selain itu, konsert ini juga akan jadi lebih eksklusif. Jika anda mahu menontonnya, anda perlu datang ke IB. Jika terlepas, anda hanya akan mendengar cerita orang saja," katanya.

Tiket konsert Wings Rockestra 2013 dijual pada harga RM499, RM399, RM299, RM249, RM199, RM149, RM99, RM69. Tiket boleh dibeli menerusi laman web http:// www.ticke ticket2u.biz.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/15

Advertorial: G.I. JOE: Retaliation, lebih aksi dan kreativiti

Posted:

FILEM G.I. JOE: Retaliation ialah sebuah filem aksi keluaran di Bonaventura Pictures yang dipersembahkan oleh Paramount Pictures, Metro-Goldwyn-Mayer dan Skydance Productions dengan kerjasama HASBRO.

Filem ini adalah sekuel kepada filem blokbuster G.I. JOE: The Rise of COBRA (2009) yang telah mengaut keuntungan kasar lebih US$300 juta di seluruh dunia.

Dalam filem terbaru ini, pasukan G.I. Joe bukan sahaja berjuang menentang musuh utama mereka, COBRA tetapi juga terpaksa berdepan ancaman dari dalam kerajaan terhadap kewujudan mereka.

Filem yang diadaptasikan ke format 3D adalah satu tahap baru, membawa penonton lebih dekat kepada aksi berterusan sepanjang filem. G.I. Joe: Retaliation.


Filem ini dibintangi D.J. Cotrona, Byung-hun Lee, Adrianne Palicki, Ray Park, Jonathan Pryce, Ray Stevenson, Channing Tatum serta Bruce Willis dan Dwayne Johnson.

Lebih aksi dan kreativiti

Dunia G.I. Joe ini memiliki pelbagai watak yang memiliki nuansa, konflik, personaliti dan latar belakang.

Untuk sekuel kali ini, pengarah dan produser mengadaptasi jalan cerita yang lebih mantap dan dramatik dengan menggabungkan elemen dalam filem pertama bersama filem ini.

Menurut pengarahnya Jon M. Chu, ia adalah satu projek yang mencabar tetapi menyeronokkan kerana sebagai peminat siri kartun G.I. Joe, dia mempunyai lebih ruang kreativiti untuk merencana jalan cerita yang lebih menarik berbanding filem sebelumnya.

Dia juga menambah bahawa penambahan 3D dalam filem ini mampu memberikan lebih impak kepada jalan cerita dan watak.

Di samping itu, produser Lorenzo di Bonaventura menganggap filem ini membuka lebih banyak dimensi dan penerokaan dunia G.I. Joe.

Sambil menganggap filem terbaru ini antara yang bakal menggegar pawagam dengan teknologi dan penceritaan menarik, beliau juga berkata pemilihan pelakon, krew serta pihak lain yang terlibat telah memperlihatkan kemantapan memainkan peranan masing-masing dalam memastikan misi G.I. Joe kali ini mencapai sasaran.

Wibawa dan legasi

Filem G.I. JOE: Retaliation sekali lagi menyaksikan kemunculan semula pelakon utamanya, Channing Tatum, sebagai Duke.

Kali ini, wataknya akan dibantu oleh beberapa pelakon terkenal seperti Dwayne "The Rock" Johnson, Adrianne Palicki, Arnold Vosloo dan ramai lagi.

Dalam filem ini, Duke selaku ketua pasukan G.I. Joe bersama rakan-rakannya terpaksa menghadapi ancaman daripada COBRA serta kerajaan mereka seperti yang dilihat dalam babak akhir filem pertama.

Watak-watak dalam filem ini telah mengalami pembentukan watak yang lebih mantap daripada filem sebelumnya.

Oleh itu, pelakon utamanya menjalani sesi latihan intensif terutamanya untuk aksi lasak dan pertarungan bagi menghidupkan karektor yang lebih hidup dan bukan dibuat-buat.

Pemilihan pelakon juga agak penting bagi menghidupkan watak yang sesuai dengan paras, fizikal dan mentaliti pemegang watak, seperti pemilihan watak Roadblock dan Lady Jaye.

Filem ini diarahkan oleh Jon M. Chu dengan Lorenzo di Bonaventura dan Brian Goldner bertindak selaku produser. Skrip ialah hasil garapan Rhett Reese dan Paul Wernick berdasarkan karektor permainan Hasbro yang popular ini.

Produser eksekutif filem ini adalah Stephen Sommers, Herbert W. Gains. Erik Howsam, Gary Barber, Roger Birnbaum, David Ellison, Dana Goldberg dan Paul Schwake. Pengarah fotografinya ialah Stephen Windon, manakala pereka produksi ialah Andrew Menzies, diikuti Roger Barton dan Jim May sebagai editor. Rekaan kostum dan pakaian pula adalah hasil sentuhan Louise Mingenbach dan muzik digubah oleh Henry Jackman.

FILEM G.I.JOE: RETALIATION akan memasuki pawagam menerusi Digital 3D & Imax® 3D pada 28 Mac 2013 ini."

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/15
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Tak nak pulang awal

Posted:

Kuala Lumpur: "Tidak akan pulang awal dan mengecewakan jurulatih".

Itu antara janji dilontarkan dua pemain muda negara yang terpilih mewakili kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu dan bakal menandatangani kontrak secara rasmi dalam masa terdekat.


Namun hanya masa dapat menentukan sejauh mana kekuatan mental pemain pertahanan Nazirul Naim Che Hashim dan pemain sayap Wan Zack Haikal Wan Nor selepas sering kali kelibat pemain tempatan di kelab luar negara tidak bertahan lama.

"Saya rasakan tidak ada masalah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru walaupun tidak pernah beraksi di Jepun seperti Wan Zack yang pernah menjalani ujian percubaan selama beberapa minggu sebelum ini.


"Malah saya pasti pengalaman menjalani latihan di Slovakia untuk tempoh lama akan membantu saya berdikari," kata Nazirul Naim, pemain pertahanan kiri berusia 20 tahun dari Perak.


Menurutnya, dia juga tidak akan membelakangkan pengendali Harimau Muda A Ong Kim Swee dalam membuat keputusan penting kerana pengendali terbabit menjadi satu-satunya jurulatih yang membentuk kariernya sejak berusia 17 tahun bersama Harimau Muda B.

Foto

AKSI Nazirul berjaya pikat FC Ryukyu.

Arena bola sepak tempatan sebelum ini dikejutkan kepulangan mengejut bekas pemain tengah Harimau Muda A Mohd Nazmi Faiz Mansor menyertai kelab tempatan, PKNS FC walaupun hanya beberapa bulan bersama kelab Portugal, SC Beira Mar.


Sementara itu, Wan Zack yang juga pemain sayap skuad senior negara menjelaskan pemilihan terbabit pencapaian terbaik kariernya dan mahu menggunakan peluang diberikan kelab Jepun itu bagi membuktikan rakyat Malaysia turut mampu bersaing di tahap tertinggi.

"Saya mempunyai misi peribadi iaitu menggunakan peluang diberikan untuk cuba melangkah lebih jauh dengan beraksi di liga utama negara itu," katanya yang pernah menjalani ujian percubaan selama dua minggu bersama Wan Zaharulnizam Wan Zakaria sebelum ini.


Menurut Kim Swee, kedua-dua pemain terbabit ditawarkan kontrak dua tahun bagi menyarung jersi pasukan yang berpusat di Okinawa itu.


Kedua-dua pemain dijangka berangkat dalam masa terdekat apabila segala urusan dan kontrak ditandatangani dengan tarikh akhir pendaftaran pemain bagi liga negara itu pada 29 Mac ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/15

Rampas kejuaraan

Posted:

Baling: Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar (SMKSAB) merampas semula gelaran jaguh Bawah 15 Tahun Zon Kuala Pegang selepas muncul juara Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) peringkat Zon Baling/Sik.

Gelaran itu mengubat kekecewaan SMKSAB yang kemarau kejuaraan sejak tiga tahun lalu apabila terkandas sama ada di peringkat kumpulan, suku akhir atau separuh akhir saingan sebelum ini.


Bagaimanapun, aksi pasukan bimbingan Mohamad Fouzi Hussain itu nyata berbeza kali ini hasil himpunan pemain berkualiti untuk berdepan pesaingnya.

"Sudah lama kami kempunan juara tetapi tahun ini, pemain sudah berjanji menamatkan kemarau itu.


"Biarpun menerima tentangan sengit, pemain akhirnya berjaya melaksanakan misi menggenggam juara Zon Kuala Pegang," katanya.


Mohamad Fouzi berkata, dedikasi dan disiplin serta sikap tidak mengenal putus asa menjadi rencah kejayaan SMKSAB untuk bergelar juara.

"Terima kasih kepada semua pemain kerana meletakkan semula nama sekolah di persada saingan. Mereka berhak meraikan pencapaian ini.


"Yang penting, kerjasama sepasukan dan kemahiran individu membantu kejayaan kami." Pada kejohanan secara liga itu, juara dikira berdasarkan jumlah mata dan SMKSAB unggul selepas membelasah SMK Bakai, 7-0 pada aksi pertama sebelum menang tipis 1-0 ke atas SMK Jerai.

Mereka kemudian menewaskan SMK Agama Baling, 3-1 sebelum menamatkan liga dengan kekalahan mengejut 0-1 kepada SMK Kuala Pegang.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/15
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Empat maut, dua parah

Posted:

Kuala Lipis: Empat maut termasuk seorang kanak-kanak berusia setahun dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan kereta jenis Honda City, di Kilometrt 17 Jalan Kuala Lipis - Merapoh, di sini tengah malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, setakat ini mangsa yang dikenalpasti maut dalam kemalangan itu adalah, Nur Hamira Baharum, 24, Hasnah Che Hussin, 66, seorang pembantu rumah warga Indonesia dikenali sebagai Yanti dan seorang kanak-kanak berusia setahun, Nik Eryna Nik Ahmad.

Foto

DUA kenderaan yang terbabit dalam kemalangan meragut empat nyawa termasuk kanak-kanak berusia setahun. FOTO PDRM

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/15

Pengganas cari air

Posted:

Lahad Datu: Pengganas Sulu yang kini semakin kekurangan sumber makanan dikesan mula keluar dari kawasan persembunyian dan menemui penduduk kampung, sekurang-kurangnya untuk mendapatkan bekalan air minuman.

Ini berikutan tiga laporan polis dibuat penduduk kampung memaklumkan mereka didatangi pengganas Sulu yang meminta diberikan air minuman di beberapa lokasi berasingan dalam gugusan Felda Sahabat dalam tempoh dua hingga tiga hari lalu.

Seorang wanita berusia 25 tahun yang meminta namanya dirahsiakan memberitahu Harian Metro, dia didatangi tiga pengganas Sulu ketika mengutip buah kelapa sawit di Felda Sahabat 45, jam 1.30 tengah hari, kelmarin.

"Seorang daripada mereka berkata kepada saya, jangan takut...saya cuma jalan-jalan cari air," katanya.

Foto

RUMAH penduduk Kampung Tanjung Batu musnah dibakar pengganas Sulu.

Foto

KEDAI runcit milik penduduk yang dipecah masuk pengganas Sulu.


Menurutnya, sebelum lelaki itu muncul dia terkejut apabila dibaling buah sawit sebanyak dua kali.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/15
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Hidup dalam dunia 'terbalik'

Posted:

Belgrade: Tidak seperti manusia lain, Bojana Danilovic amat unik kerana dunianya boleh dianggap 'terbalik' secara keseluruhan dan keadaan itu membingungkan pakar perubatan.

Bagi Bojana, setiap sesuatu yang disaksikannya dilihat terbalik disebabkan perhubungan ganjil bagi otaknya memproses sesuatu imej.


Disebabkan masalah itu, Bojana, 28, dilengkapi skrin komputer dan papan kekunci khas di pejabatnya, selain membaca dari bawah ke atas.

Sesuai dengan tugasnya sebagai pekerja majlis perbandaran di Uzice, barat Serbia, dia juga diberikan borang rasmi khas.


Apabila pulang, dia menonton televisyen dengan cara terbalik juga.


Kata Bojana, orang lain mungkin melihatnya sebagai luar biasa, tetapi dia sendiri hidup normal sepenuhnya. "Saya dilahirkan begitu.

Foto

BOJANA memegang akhbar secara terbalik bagi membolehkan dia membaca 'secara normal.'

"Ia cuma cara saya melihat dunia berbeza berbanding orang lain," katanya. Bojana berkata, pakar neurologi di Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Harvard di AS berpendapat, dia menghidap masalah 'fenomena orientasi ruang' menyebabkan imej dilihat menjadi terbalik. - The Sun

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/15

Wanita pernah pindah 5 organ berjaya lahirkan anak

Posted:

Qatar: Seorang wanita yang pernah menjalani lima pemindahan organ melahirkan seorang bayi sihat, menjadikannya orang pertama berjaya berbuat demikian.

Fatema Al-Ansari melahirkan bayi perempuannya, Alkadi Alhayal dua minggu lalu di Miami.


Enam tahun lalu, Fatema yang ketika itu berusia 19 tahun dan menetap di Qatar disahkan menghadapi masalah darah beku di salur darah utamanya ke usus menyebabkan organnya gagal berfungsi.

Fatema mengimpikan sebuah keluarga dan laporan mengenai keadaannya menjadi tamparan hebat kepadanya.


Dia yang hamil dua bulan ketika itu, terpaksa menggugurkan kandungan.


Pada 2007 dia menjalani pemindahan organ yang menyelamatkan nyawanya di hospital Jackson Memorial di Miami dan diberi perut, usus besar dan kecil, pankreas dan hati baru.

Meskipun berbahaya, Fatema mengambil keputusan untuk meneruskan hasrat mempunyai anak. Pakar sakit puan, Dr Salih Yasin berkata, dia membantu Fatema hamil menerusi permanian berhadas dan menyifatkan kejayaan wanita itu melahirkan anak sebagai satu keajaiban. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/15
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved