Sabtu, 15 Jun 2013

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Satu das lawan cakap

Posted: 14 Jun 2013 01:17 PM PDT

Petaling Jaya: Akibat enggan bekerjasama dengan seorang penyamun, seorang pemilik kedai tayar yang sedang melepak di premis jirannya ditembak di paha kiri dalam kejadian di Jalan 8/3b , Bandar Damansara Perdana, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia 28 tahun itu sedang melepak di premis jirannya bersama seorang pekerja dan pelanggan.


Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, ketika sedang melepak tiba-tiba datang seorang lelaki berpakaian gelap dan bertopi keledar berpenutup penuh memasuki premis.

"Pada mulanya kami menyangka lelaki itu adalah pelanggan manakala rakannya pula sedang menunggu di motosikal.


"Selepas mendekati kami, lelaki itu terus meminta kami menyerahkan barang berharga dengan mengacu sepucuk pistol," katanya yang masih trauma akibat kejadian itu.


Menurutnya, mereka cuba berunding, namun lelaki itu yang naik berang apabila mereka melawan cakapnya bertindak melepaskan satu das tembakan dan mengenai paha kiri mangsa.

Foto

ANGGOTA polis menyiasat di tempat kejadian, semalam.

Katanya, lelaki itu yang panik kemudian melarikan diri dengan rakannya yang sedia menunggu dengan motosikal di luar premis.


Beliau berkata , mangsa yang cedera dihantar ke sebuah pusat perubatan swasta dan kini dilaporkan stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian cubaan samun itu dan memaklumkan suspek tidak sempat mengambil sebarang barangan berharga daripada mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/15
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


'Wang TM tak bazir'

Posted: 14 Jun 2013 12:43 PM PDT

Kuala Lumpur: Wang penajaan Telekom Malaysia (TM) tidak membazir.

Itu yang dapat disimpulkan selepas ketua jurulatih negara Datuk K Rajagobal berpandangan matlamatnya ke Canberra dan Sydney, Australia selama dua minggu tercapai.


Di Australia, skuad negara dianggotai 26 pemain termasuk enam muka baru mengharungi tiga aksi persahabatan menentang Canberra FC (tewas 2-3), Sydney Olympic FC (menang 4-0) dan Marconi Stallions FC (tewas 0-2).

"Kami sudah mencapai matlamat apabila bermain dengan pasukan yang mempunyai fizikal lebih tegap. Saya puas hati dengan keberanian ditunjukkan pemain.


"Kami sudah memberi peluang kepada semua pemain dan saya sudah mendapat gambaran senarai 11, 18 atau 20 pemain. Ada pemain baru mempamerkan corak permainan yang bagus," katanya.


Antara pemain baru yang menarik perhatian Rajagobal adalah pemain tengah berbakat PKNS FC, Mohd Nazmi Faiz Mansor dan pemain Negeri Sembilan, Nazrin Nawi.

"Kita sudah memberi ruang kepada Nazmi yang saya lihat mempunyai potensi baik, begitu juga Nazrin yang beraksi di sayap kiri. Saya ada nampak pemain baru yang bagus untuk memberi impak kepada pasukan walaupun ada beberapa pemain tidak disenaraikan." Rajagobal turut gembira apabila penjaring terbanyak Piala AFF 2010, Safee Sali yang sering memanaskan bangku simpanan Johor Darul Takzim kembali cemerlang.


"Saya gembira Safee mendapat kembali keyakinannya. Ia petanda yang bagus." Namun Rajagobal turut perlu memikirkan strategi terbaik andai penyerang berusia 29 tahun itu tidak dapat bersama skuad kebangsaan kerana ketumpulan jentera serangan negara terserlah tanpa kehadiran Safee menyebabkan mereka kecundang 0-2 pada perlawanan terakhir.

"Fizikal, teknik pemain Marconi Stallions amat bagus. Kita lebih banyak menyerang pada babak pertama tapi sentuhan penyudah agak tumpul. Pemain bermain dengan berani, menarik serta laju, aksi dipamer bagus berbanding dua perlawanan lalu.


"Namun tanpa Safee serta Safiq Rahim, aksi kita tidak begitu bagus. Pemain lain seperti Aidil Zafuan (Abd Radzak), Asraruddin (Putra Omar), Mahali (Jasuli) dan Norshahrul (Idlan Talaha) nampak keletihan kerana sudah beraksi tiga perlawanan," katanya mengulas kekalahan kepada Marconi Stallions FC.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/15

Kay Yan, Hannan tebus hampa

Posted: 14 Jun 2013 12:15 PM PDT

Seremban: Dua atlet remaja Negeri Sembilan membuktikan kehebatan apabila melakar kejayaan cemerlang pada Kejohanan Skuasy Remaja Antarabangsa Terbuka Pulau Pinang 2013 di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David Pulau Pinang, baru-baru ini.

Ooi Kay Yan, 13, dan Mohamad Hannan Mohd Tarmidi, 18, muncul juara dan naib juara kategori Bawah 13 dan 19 Tahun pada kejohanan disertai 500 atlet dari dalam dan luar negara.


Mereka bangkit daripada prestasi kurang baik pada Kejohanan Skuasy All Star Milo 2013 di Petaling Jaya, akhir bulan lalu apabila sekadar meraih tempat ketiga dan kelima.

Bagi Kay Yan, kejayaan itu pencapaian membanggakan buat dirinya tahun ini dan tidak menyangka dapat beraksi baik sekalipun mendapat laluan sukar pada peringkat awal kerana diberi tentangan sengit pemain luar negara antaranya dari Hong Kong dan Australia.


"Saya puas hati kerana ia pencapaian terbaik pernah saya capai hasil usaha keras serta bimbingan jurulatih Mohd Tarmidi Saad.


"Saya mahu menjadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk kejohanan akan datang," katanya yang berazam untuk mewakili negara.

Bagi Hannan pula, sekalipun misi menjuarai kejohanan tidak kesampaian selepas tewas kepada pemain Hong Kong, ia tetap memberikan kepuasan kerana dapat kembali berada pada prestasi terbaik selepas lebih lima bulan tidak menyertai kejohanan.


Pemain remaja kebangsaan itu akan terus memberikan fokus kepada usaha mencapai kemuncak prestasi sebagai persiapan awal sebelum menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

"Saya harap kejayaan ini detik untuk saya kembali cemerlang pada kejohanan lain selepas ini," katanya.


Sementara itu, Mohd Tarmidi akan terus memberikan bimbingan terbaik untuk memastikan mereka mencapai kejayaan lebih cemerlang terutama ketika mewakili Negeri Sembilan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/15
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Motosikal 'melekat', tiga terbunuh

Posted: 15 Jun 2013 01:19 AM PDT

PADANG BESAR: Hasrat bawa anak ke tempat kerja jadi petanda pelik seorang wanita bersama anaknya selepas ibu dan anaknya serta seorang remaja lelaki itu maut dalam kemalangan ngeri membabitkan dua motosikal di kilometer 16, Jalan Guar Nangka di sini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa , Chen Cha Cha, 35, anak lelakinya Chuah Zheng Zhang, 7, maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan motosikal ditunggang Mohd Affendi Halim, 19, yang juga maut di tempat kejadian.

Difahamkan, kedua-dua motosikal berkenaan 'melekat' dalam keadaan remuk selepas bertembung secara berdepan selepas kedua-dua motosikal ditunggang dengan laju.


Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, dalam kejadian berkenaan Mohd Affendi datang daripada arah Guar Nangka di sini menghala ke Bukit Keteri sebelum Cha Cha dan anaknya datang daripada arah Bukit Keteri.


"Polis difahamkan bahawa ketika itu seorang daripada mangsa yang menunggang motosikal itu cuba memotong sebuah treler sebelum tidak menyedari kehadiran sebuah lagi motosikal yang datang daripada arah hadapan.

"Akibat itu, kedua-dua motosikal yang dipandi laju itu bertembung dari arah hadapan sehingga menyebabkan ia melekat dalam keadaan remuk di tengah-tengah jalan berdekatan Kampung Chelom, di sini," katanya,

Menurut Che Man, kedua-dua topi keledar yang dipakai kedua-dua mangsa, Cha Cha dan Mohd Affendi hancur manakala kanak-kanak berusia tujuh tahun berkenaan langsung tidak memakai topi keledar.

Katanya, polis masih menyiasat kejadian yang meragut nyawa tiga individu berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/15

Aiman jerit tiga kali

Posted: 14 Jun 2013 10:50 PM PDT

SUNGAI PETANI: Pelajar Maahad Tahfiz Al-Barokah di Kampung Masjid, Tikam Batu, dekat sini, ditemui rentung apabila terperangkap dalam bangunan asrama sekolah berkenaan dalam kebakaran, kira-kira 1.50 pagi semalam.

Mayat mangsa, Aiman Nur Hakim Yahaya, 13, di tingkat bawah rumah dua tingkat berkenaan oleh pasukan bomba dan penyelamat dipercayai terjatuh selepas lantai tingkat atas diperbuat daripada papan turut rentung.

Kejadian berlaku ketika 16 pelajar sedang tidur dalam rumah berkenaan, termasuk mangsa dan tiga rakannya di tingkat atas.

Rakan mangsa, Ahmad Salehuddin Abd Rahim,16, berkata dia sudah cuba mengejutkan mangsa yang berada di tingkat atas, tetapi Aiman tidak bangun sebelum mereka terpaksa keluar dari asrama terbabit selepas api semakin marak.


"Saya cuba merapati katil bagi mengejut mangsa, namun gagal kerana api mula marak menyebabkan saya terpaksa lari keluar dari asrama. Ketika berada di luar rumah bersama rakan, saya mendengar jeritan meminta tolong daripada mangsa sebanyak tiga kali sebelum senyap.


"Kami hanya lari sehelai sepinggang kerana tidak sempat mengambil apa pun sebab api marak dengan begitu cepat. Arwah adalah seorang pelajar dan rakan yang amat baik dan mudah mesra," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Ahmad Shahabuddin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.55 pagi sebelum dua jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani serta Tikam Batu bersama 16 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurutnya, api berjaya dipadamkan kira-kira 30 minit kemudian dan mayat mangsa ditemui dalam keadaan rentung di tingkat bawah rumah terbabit.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati kebakaran berkemungkinan bermula dari tingkat atas rumah itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/15
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Cari peluang bisnes

Posted: 14 Jun 2013 04:54 PM PDT

Zaman untuk mengejar glamor dan populariti sudah berlalu. Jika dulu, dia bekerja keras membina nama, kini wajah pelakon jelita Airis Yasmin semakin jarang muncul di televisyen.

Ke mana agaknya Airis menghilang? Mungkinkah dia sudah merajuk dengan bidang seni? Malah, ada cerita yang mendakwa Airis sudah bersara dari bidang seni kerana kecewa bakat seninya tidak dihargai orang.

Dalam pertemuan dengan RAP di Studio Balai Berita untuk mempromosikan filem lakonannya Tokak baru-baru ini, pemilik nama sebenar Yasmin Md Isa, 33, ini menafikan cerita dirinya sudah bersara dari bidang lakonan.

"Saya belum terfikir nak bersara dari bidang seni ia sudah menjadi darah daging, sejak 2006. Terus terang, saya menceburi dunia seni kerana minat mendalam dan bakat sedia ada. Cuma, saya terpaksa memperlahankan aktiviti seni seketika, sejak empat tahun lalu kerana terikat dengan komitmen lain.


"Selain berdepan dengan masalah kesihatan, saya juga mencari peluang dalam dunia perniagaan sebagai jaminan masa depan. Maklumlah, bidang seni ada pasang surutnya, saya perlu buat persediaan untuk menyara diri dan anak bila diri tidak diperlukan lagi dalam bidang seni, satu hari nanti," katanya.


Bercerita lanjut wataknya dalam filem Tokak, kata Airis, dia membawakan watak Azean yang juga tunang kepada pengurus hotel iaitu Iskandar (lakonan Sabree Fadzil) dalam cerita genre komedi seram terbitan Mar Energetic Industries Sdn Bhd itu.

"Saya terima tawaran buat cerita ini kerana tertarik dengan skrip dan mesej yang ingin disampaikan pada penonton. Saya sudah kenal Sabree sebagai pelakon tetapi ini kali pertama saya bekerja dengannya dalam filem.

"Sepanjang bekerja dengannya dia juga seorang yang mudah dibawa berbincang dan bersedia menerima idea dari pelakon. Dia juga tahu apa yang dia nak paparkan dalam filem ini. Selepas sesi pratonton filem Tokak bersama pihak media, saya lihat hasil karyanya boleh tahan dan mampu menghiburkan penonton," katanya.

Ditanya cabaran melakonkan watak Azean, kata Airis, dia sudah berusaha berikan yang terbaik mengikut kemampuannya.

"Saya tiada masalah untuk menjiwai watak Azean seperti dikehendaki pengarah. Cabaran yang dihadapi lebih pada aspek fizikal kerana saya perlu melakonkan babak Azean yang banyak berlari kerana dikejar hantu dalam filem ini.

"Pada masa sama, saya sudah melakukan yang terbaik dan selepas itu serahkan pada penonton untuk menilai hasilnya," katanya. Bagaimanapun, Airis akui berdebar menanti reaksi penonton pada filem Tokak yang bakal menjengah pawagam seluruh tanah air bermula 20 Jun ini.

"Sebenarnya, sudah dua tahun filem Tokak diperap sebab itu saya tidak sabar menanti tayangannya di pawagam. Saya juga berdebar menanti tayangan filem ini selepas 'trauma' apabila tiga filem lakonan saya iaitu Sereem, Syy...Dia Datang, Ee... Hantu masih belum ditayangkan di pawagam sampai sekarang.

"Justeru, saya sangat bersyukur kerana akhirnya filem Tokak bakal menjengah pawagam walaupun berdepan pelbagai masalah sebelum ini," katanya.

Filem yang akan ditayangkan di 40 pawagam ini menampilkan barisan pelakon seperti Faiz Raja Lawak, Diana Johor, Julia Ziegler, Abon, Kazar dan Lana Nordin.

Apapun kini, kata Airis yang sudah berlakon dalam lebih 20 drama dan telefilem, sampai masanya dia lebih selektif dalam memilih watak ditawarkan dalam lakonan. Manakala, filem lakonannya sebelum ini ialah Aku Tak Bodoh dan Janin.

Pada tahun ini juga Airis sempat berlakon dalam beberapa filem dan drama untuk mengubat rindu pada bidang lakonan. Antaranya, filem Chow Kit, drama Embargo, Dalam Karya Ada Cinta, Janji Shirah dan Perempuan Neraka yang sudah pun ditayangkan di TV.

"Saya menanti watak lebih mencabar dan mampu mengembalikan semula nama dalam lakonan. Selain itu, saya impi untuk bekerjasama dengan pengarah hebat seperti Osman Ali, Khabir Bhatia dan pengarah muda Syamsul Yusof. Saya juga ingin bergandingan dengan aktor popular Shaheizy Sam selepas ini.

"Namun, saya tetap pastikan tahap kesihatan diutamakan dalam segala hal kerana saya masih mendapat rawatan untuk penyakit asma kronik serta berlakon ikut kemampuan diri," katanya.

Tidak serik berkahwin lagi

Jika nak diikutkan, sudah 12 tahun, Airis memegang status solo dan ibu tunggal kepada anak remaja, Salma Nurdina, 13. Malah, Airis yang sudah memiliki teman istimewa mengakui dia juga tidak serik untuk berkahwin lagi.

Setakat ini, hubungan Airis dan teman istimewanya yang juga seorang ahli perniagaan itu sudah mencecah hampir empat tahun.

"Siapa yang tidak ingin berkahwin dan membina keluarga? Sebagai wanita yang pernah bercerai, saya mencari suami yang mampu membimbing saya menjadi isteri yang baik dan beriman kepada Allah SWT. Malah, anak dara saya juga tidak sabar untuk memiliki adik kerana dia sunyi bila di rumah.

"Tapi banyak faktor yang perlu diambil kira termasuk soal kewangan. Sebagai insan biasa, soal jodoh ini, saya serahkan pada ketentuan Tuhan."

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/14
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Kokain dalam kaki palsu

Posted: 14 Jun 2013 09:07 AM PDT

Madrid: Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup kokain ke Sepanyol menggunakan kaki palsunya.

Lelaki warga Peru yang berkelakuan mencurigakan di Lapangan Terbang Barajas di Madrid itu ditahan pihak berkuasa sebaik dia sampai dengan pesawat dari Panama. Apabila pegawai kastam memeriksanya, mereka menemui 750 gram dadah dengan nilai jalanan £40,000 (RM 195,387) disembunyikan dalam kaki palsunya.


Sementara itu, dalam satu lagi serbuan terhadap pesawat yang sampai dari Peru, 11 kilogram dadah turut disita. Barajas ialah lapangan terbang paling sibuk di Sepanyol. Tahun lalu polis merampas dua tan dadah kokain, selain menahan 461 suspek penyeludup di lapangan terbang berkenaan. - Agensi

Foto

TAKTIK baru sembunyikan dadah dalam kaki palsu.

Foto

KOKAIN ditemui dalam kaki palsu seorang lelaki.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/14

Gara-gara nak pinggul besar

Posted: 14 Jun 2013 08:44 AM PDT

Miami Dade: Polis melancarkan siasatan selepas seorang wanita yang menjalani prosedur pembesaran dan pemejalan pinggul mati setelah menerima suntikan daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya doktor dari Venezuela.

Suyima Torres, 28, mati April lalu dan polis menganggap kematiannya sebagai kes bunuh berikutan pusat kesihatan yang dikunjungi mangsa beroperasi tanpa lesen.

Suyima dilaporkan mengunjungi pusat kesihatan dan estetik Cuerpos untuk menjalani prosedur berharga AS$1,500 (RM4,686) di mana cecair kuning disuntik di kedua belah pinggulnya, menurut dokumen mahkamah.

Beberapa minggu kemudian, dia menjalani satu pusingan suntikan lagi dan berasa pening sejurus selepas prosedur itu. Dia mati 10 jam kemudian.


Dia membayar $2,300 (RM 7,186) secara tunai untuk kedua-dua suntikan itu. Walaupun punca kematiannya tidak diketahui, polis menyifatkan ia sebagai pembunuhan.


Polis Miami Dade merampas rekod, perubatan dan komputer dari pusat kesihatan itu. Tiada dakwaan difailkan tetapi pihak berkuasa masih mengumpul maklumat lanjut daripada ahli keluarga suspek dipercayai terbabit dalam kes itu. Suspek dipercayai sudah melarikan diri meninggalkan negara berkenaan.

"Kematian Suyima berlaku hanya 16 hari selepas Dailen Garcia, 20, mengatakan dia menerima suntikan pinggul di pusat sama sebelum menghadapi masalah penglihatan dan pendarahan di paru-paru.

Dailen dirawat di unit rawatan rapi di hospital, lapor NBCMiami.

Kes pembesaran dan pemejalan pinggul paling terkenal ialah yang membabitkan wanita yang mendakwa pakar kosmetik, Oneal Morris yang menyuntik 'bahan toksik' yang digunakan untuk menampal tayar dan gam Super Glue ke punggung pelanggannya.

Seorang pelanggan Oneal maut selepas menerima suntikan serum toksik di pinggul, pinggang dan payudaranya.

Shatarka Nuby, 31, adalah pesakit pertama Oneal mati kesan daripada prosedur itu. Dia sempat memberitahu rakannya, kawasan yang disuntik menjadi tegang dan panas.

Oneal, 32, kini berdepan dengan beberapa tuduhan membunuh di Florida selepas pesakit lain mendakwa kesihatan mereka terjejas selepas dia menyuntik bahan kimia pada pinggul mereka.

Oneal menjalankan rawatan itu di bilik hotel dan rumah pelangganya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/14
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved