Jumaat, 12 Julai 2013

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Sindiket curi kereta tumpas

Posted: 11 Jul 2013 12:37 PM PDT

Petaling Jaya: Satu sindiket curi kereta tumpas dengan tertangkapnya empat suspek termasuk ketua kumpulan berusia 24 tahun dalam dua serbuan berasingan pada 26 Jun dan pagi kelmarin serta merampas 12 kereta dengan nilai rampasan lebih RM240,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Fadil Marsus berkata, serbuan pertama dilakukan sebaik dua lelaki berusia 20-an dan 40-an ditahan unit kereta peronda yang terserempak dengan sebuah kereta Proton Satria GTI dipandu dalam keadaan mencurigakan pada 26 Jun lalu.


"Hasil penahanan itu, seorang suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan pergaduhan. Mereka ditahan reman bagi membantu siasatan.

"Selepas itu, hasil soal siasat, polis merampas 10 kereta masing-masing tiga Perodua Kancil, tiga Proton Wira, dua Proton Satria GTI dan satu Nissan Almera serta Nissan Cefiro," katanya dalam sidang media di IPD Petaling Jaya, semalam.


Fadil berkata, susulan itu, pihaknya menjalankan serbuan di sebuah rumah di Pelangi Utama, Damansara, kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin dan menahan dua lagi lelaki berusia 24 dan 27 tahun.


"Turut dirampas dua kereta iaitu Proton Perdana dan Satria. Semua kereta yang dirampas dilapor dicuri dan disamun di sekitar Petaling Jaya dan daerah berhampiran," katanya.

Foto

KENDERAAN curi yang dirampas disimpan di IPD Petaling Jaya.

Katanya, kedua-dua suspek itu masing-masing mempunyai lima dan enam rekod jenayah lampau membabitkan dadah.


Beliau berkata, empat suspek yang ditahan adalah penganggur dan hasil ujian air kencing, tiga daripadanya positif dadah.

Menurutnya, usaha mengesan saki-baki kumpulan terbabit sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/12
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Teater imbas Silat Cekak

Posted: 11 Jul 2013 07:59 AM PDT

Judul Cekak & Hanafi - Mini Teater Silat & Pahlawan ini sudah mengundang naluri ingin tahu peminat untuk hadir menyaksikan pementasan teater ini di Auditorium Kompleks Jabatan Kesenian & Kebudayaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hasilnya, pementasan selama tiga malam (termasuk sesi latihan penuh) pada 5, 6 dan 7 Julai lalu dipenuhi penonton di lokasi yang boleh menempatkan kapasiti 250 orang pada satu-satu masa itu.

Agak sukar untuk memahami konsep teater begini jika tidak menghayatinya dengan mendalam. Apatah lagi, paparan elemen di dalamnya hanya dipenuhi aksi silat tanpa sebarang dialog yang dituturkan oleh pemegang watak yang beraksi di atas pentas.

Bagaimanapun dengan maklumat yang dibekalkan, sedikit sebanyak kita boleh memahami apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh pengarahnya Mohd Poizi Nawi.

Foto

BABAK pertarungan yang diperlihatkan sangat menarik.

Foto

TEATER ini memperlihatkan kegagahan pengamal seni Silat Cekak Hanafi.

Foto

FAUZIAH menerima penghargaan di atas tugasnya sebagai penasihat teater ini.


Ia menggambarkan permulaan Silat Cekak, seni bela diri yang berasal dari Kedah yang kemudian­nya dizahirkan semula oleh Allahyarham Ustaz Hanafi Ahmad pada 1965.


Pementasan itu dipecahkan kepada empat babak di mana babak pertama menggambarkan sejarah awal Silat Cekak yang bermula ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin. Ketika itu Silat Cekak hanya diajar kepada panglima negeri Kedah dan yang paling terkenal ialah Panglima Ismail yang hidup pada 1804 hingga 1845.

Mengikut sejarah, Pang­lima Ismail dihantar untuk memerangi ancaman berbangsa Batak dan kehebatan Silat Cekak terserlah apabila dia berjaya mengalahkan musuh terbabit.

Pada elemen ini pergerakan randai ditampilkan bagi menggambarkan berakhirnya era Panglima Ismail dan bermula pula era Panglima Tok Rashid.

Era Panglima Tok Rashid (1845-1888) pula menggambarkan keharmonian hidup dan budaya bangsa Melayu mula diganggu gugat bangsa asing. Serangan wabak taun di Kedah juga membuatkan Panglima Tok Rashid berhij­rah ke Perak.

Ketika ini muncul pendekar tekpi berbangsa asing yang sering mencabar pe­ngamal Silat Melayu hingga ramai yang kecundang serta maruah dunia persilatan Melayu diperlekehkan. Kemunculan Panglima Tok Rashid menyuntik kembali semangat dalam diri masyarakat Melayu untuk mempelajari silat selepas beliau berjaya menewaskan pendekar tekpi hanya dengan bersenjatakan sebilah Parang Lading.

Randai tangan kosong menggambarkan tamatnya zaman Panglima Tok Rashid dan berikutnya bermulalah era Ustaz Hanafi.

Era Ustaz Hanafi (1923-1986) menyaksikan pembaharuan dan pemodenan yang disuntik dalam pentadbiran dan pembelajaran Silat Cekak termasuk menerapkan nilai-nilai agama dalam membanteras amalan tahyul dan khurafat dalam fahaman amalan silat.

Babak terakhir ini meng­gambarkan perjuangan Syeikh Dr Md Radzi Hanafi pada 1961 sehingga kini. Beliau meneruskan kesinambungan legasi agung ayahandanya. Bukan satu tugas mudah kerana beliau juga terpaksa menempuh pelbagai onak dan duri. Cabaran dan pengkhianatan diterima dari pelbagai sudut termasuk daripada sesetengah orang yang diberi kepercayaan sekian lama.

Cabaran hebat ini dipaparkan menerusi formasi serangan tekpi, tempur lading dengan pelbagai senjata dan gerak tongkat menentang pelbagai senjata.

Mohd Poizi Nawi mengakui sukar untuk menggambarkan gerak dan falsafah silat dalam bentuk teater. Dia juga tidak mahu memasukkan pencerita (narrator) kerana bimbang teater ini dilihat sebagai sketsa.

"Saya nak pertahankan unsur 'performing arts' di dalamnya. Setiap gerak silat yang dipertontonkan ada falsafah di sebaliknya dan unik. Usaha menjadikan seni silat dalam bentuk 'performing arts' ini memang tak pernah dibuat. Cabaran yang diterima memang banyak kerana ia adalah satu projek eksperimental," katanya yang mengakui teater ini juga menghadapi kekangan bajet yang terhad.

Teater tulisan Ar A Aziz Darmawan yang turut menerima sentuhan penggiat teater dari Stefani Event iaitu Fauziah Nawi sebagai penasihat serta Iryanda Mulia selaku pengarah muzikal ini dimasukkan dalam program 'Semarakkan Seni Budaya' sempena KLFEST 2013.

Biarpun hanya 45 minit, pementasan ini berupaya menunjukkan kehebatan Seni Silat Melayu yang selama ini sering dipinggirkan dari arus perdana. Elemen gerak tari silat yang tersusun sempurna serta iringan 10 pemuzik yang bermain peralatan muzik tradisional, berjaya menghidupkan mood persembahan teater ini.

Puas hati dengan persembahan

Ditemui selepas persembahan berakhir, Fauziah Nawi melahirkan perasaan puas hatinya dengan persembahan yang diperlihatkan oleh 18 pelakon ini, apatah lagi, ia pengalaman pertama mereka beraksi di atas pentas yang disaksikan ramai penonton.

"Saya sebenarnya ahli persatuan Silat Cekak Hanafi, tapi saya bukanlah pandai bersilat. Mereka minta bantuan saya sebagai penasihat untuk bantu dari aspek muzik, instrumen dan muzikal. Sebabnya mereka memang tiada pengalaman langsung untuk per­sembahan begini.

"Kalau adapun mereka hanya pernah buat demonstrasi seni mempertahankan diri di depan khalayak tapi ia sangat berbeza. Pada 2010 mereka buat demonstrasi di Dataran Merdeka yang menampilkan seramai 7,300 ahli. Pada 2015 mereka rancang nak buat lagi dengan 50,000 ahli di lokasi sama," katanya.

Menurutnya, memang agak susah untuk membawa seni silat dalam bentuk teater. Justeru, dia tidak mengubahnya hingga lari daripada terma sebenar. Cuma, paparan babak perlu ada elemen performing arts.

"Saya nak Silat Cekak Hanafi buka mata semua orang dan paling penting boleh dihantar ke luar negara. Saya percaya orang akan lihat sesuatu yang boleh dibanggakan, disiplin teguh serta ajaran murni dalam seni silat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/11

YA1M hargai jasa artis lama

Posted: 11 Jul 2013 07:48 AM PDT

Sejak ditubuhkan pada 11 November lalu, Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) yang diterajui Datuk Irwan Shah Abdullah atau DJ Dave terus komited membantu golongan penggiat seni terdiri daripada pemuzik, pelakon dan penyanyi.

Pelbagai dakwaan yang mempertikaikan peranan YA1M langsung tidak menjadi penghalang buat DJ Dave dan ahli jawatankuasanya untuk terus membantu artis tidak bernasib baik dan menghidapi penyakit terutamanya yang berusia 60 tahun ke atas.

Terbaru, bantuan sebanyak RM2,000 terus dihulurkan kepada 48 artis veteran yang disampaikan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia. Hadir sama, DJ Dave bersama ahli jawatankuasanya iaitu Datuk A Rahman Hassan, Datuk M Nasir, Nash dan Nancie Foo.

Menurut Dave, ini adalah kali keempat program ini diadakan dan membabitkan dana sebanyak RM2 juta yang diperoleh tahun lalu.

Foto

JAILANI menyampaikan sumbangan kepada Kismah sambil diperhatikan oleh Dave dan Nancie.


"Wang ini masih lagi berbaki dan kami belum ambil lagi peruntukan sebanyak RM3 juta seperti yang dijanjikan kerajaan. Sehingga hari ini hampir 400 artis veteran sudah menerima sumbangan ini. Malah kami juga berkunjung ke Sabah dan Sarawak untuk menyampaikan sumbangan kepada penggiat seni di sana.


"Begitu pun kami masih lagi mencari artis-artis yang belum menerima sumbangan ini. Ia dijalankan menerusi kerjasama persatuan lain seperti SENIMAN, KARYAWAN dan banyak lagi. Kami hanya ada 10 orang saja yang bekerja, jadi prosesnya memakan masa agak lama," katanya.

Penerima sumbangan kali ini antaranya pelakon Tawil, Jamaludin Mat, Z Lokman, Othman Hafsham, Kismah Johar, Mior Ahmat Zaudi, S Sahlan, Fatimah Yassin, Datuk Baharudin Omar, Sony Abdullah, Hisham Ahmad Tajudin, Wazata Zain, Abu Bakar Omar dan ramai lagi.

Mungkin ada mempertikaikan kelayakan penerima sumbangan ini kerana ada di antaranya boleh disifatkan hidup senang. Namun bagi Dave, ini bukan penghalang kerana matlamat pengagihan dibuat kepada semua yang pernah berjasa membangunkan dunia seni tanah air dan paling penting berusia 60 tahun ke atas.

"Kami juga bantu golongan artis muda jika mereka mengidap sakit kronik. Memang matlamat saya nak bagi sama rata tapi tumpuannya lebih kepada artis veteran kerana kita maklum mereka tiada sumber pendapatan dan selalu mengidap pelbagai penyakit.

"Saya memang nak jalankan amanah ini secara telus kerana niat YA1M ditubuhkan sebenarnya untuk membantu rakan artis terutama kawan-kawan lama yang susah pada usia tua," katanya.

Sementara itu, pelawak Jamaludin Mat, 61, atau lebih dikenali sebagai Abang Jem bersyukur dan gembira kerana tersenarai sebagai penerima sumbangan.

Katanya, sebelum ini dia tidak pernah bertanyakan mengenai sumbangan ini kerana berasakan ada orang lain yang lebih layak menerimanya.

Seorang lagi penerima sumbangan, pelakon Razali Buyong berterima kasih dengan rakannya, Mior Ahmat Zaudi yang bersusah payah mencarinya dan memaklumkan mengenai bantuan ini.

"Dua hari sebelum majlis diadakan, dia datang membawa khabar gembira ini. Katanya, artis-artis veteran macam saya ada hak untuk dapat wang ini. Dia minta saya sediakan segala dokumen lengkap untuk diberikan kepada YA1M. Saya dah lama lama jadi ahli SENIMAN. Tak sangka saya akhirnya dapat juga bantuan ini katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/11
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


PRK Kuala Besut: BN lawan PAS

Posted: 11 Jul 2013 11:43 PM PDT

JERTEH: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Pengurus PRK DUN Kuala Besut A Rahim Jusoh mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, (BN) dan Endot@ Azlan Yusof, 48 (PAS) sebagai calon bertanding pada PRK DUN Kuala Besut 24 Julai ini.

Pengumuman pada jam 10.30 pagi tadi itu dibuat selepas kedua-dua calon menyerahkan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut sekitar jam 9 pagi tadi sambil disaksikan ribuan penyokong kedua-dua parti.

Ketika mengumumkan senarai calon Pengurus Pilihan Raya Kuala Besut, A Rahim berkata, Azlan menyerahkan borang pada jam 9.03 pagi manakala Tengku Zaihan pada 9.10 pagi.


Turut berada bersama kedua-dua calon ketika pengumuman ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/12

'Mereka ingat penjenayah bodoh'

Posted: 11 Jul 2013 12:55 PM PDT

Kuala Lumpur: Lebih 60 peratus kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis perniagaan dan persendirian tidak menepati piawaian, sekali gus tidak banyak membantu siasatan polis sekiranya berlaku kejadian jenayah di premis terbabit atau kawasan sekitarnya.

Lebih menyedihkan, bukan saja CCTV yang dipasang berkualiti rendah atau 'cap ayam' malah ada juga pemilik premis yang hanya memasang replika atau CCTV palsu kononnya untuk menakut-nakutkan penjenayah.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menyifatkan ia perkembangan yang jelas menunjukkan sikap kurang matang pemilik premis terbabit yang akhirnya merugikan diri sendiri.

Menurutnya, rakaman CCTV dengan kualiti yang baik amat berguna kepada polis untuk membantu siasatan kerana ia membolehkan identiti penjenayah dikenal pasti dan rakaman itu juga boleh dijadikan bahan bukti ketika pendakwaan di mahkamah.

Foto

CCTV jenis IP memaparkan imej lebih jelas dan dekat.


"Namun, ramai pemilik premis sama ada kedai emas ataupun pejabat yang memasang CCTV berkualiti rendah dan lebih menyedihkan, ada yang hanya memasang replika saja, kononnya untuk menakutkan penjenayah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/12
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Jamin lawan berstatus A!

Posted: 11 Jul 2013 11:29 AM PDT

Shah Alam: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memastikan tarikh perlawanan antarabangsa yang diberikan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akan digunakan skuad negara untuk mengadakan perlawanan berstatus A dan mengingatkan sebarang keputusan yang dicatatkan mustahak.

Itu komitmen Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin mengenai hala tuju skuad negara yang sering kali dilihat mengadakan pertemuan menentang kelab berbanding pasukan kebangsaan sehingga mencetuskan rasa kurang senang di kalangan peminat tempatan.


"Apa yang berlaku (sebelum ini) kita jadikan sebagai pengalaman. Namun saya ingin menjelaskan saya sudah mengingatkan jabatan tertentu (sekretariat FAM) supaya memulakan persiapan bagi mengisi kalendar tahun depan dengan memberikan tawaran kepada mana-mana negara terutamanya di kalangan negara Asia Tenggara dan Asia selain Afrika serta Eropah bagi menentang skuad kebangsaan. Tidak kiri siapa jurulatih atau pengurus ketika itu.

"Ingin saya tegaskan kami di FAM terutamanya Jawatankuasa Pertandingan Tempatan akan memberi ruang kepada skuad negara untuk memenuhi kalendar FIFA dengan aksi antarabangsa.


Skuad negara sebelum ini dilihat gagal memanfaatkan sepenuhnya tarikh perlawanan untuk yang diberikan FIFA sekali gus mengundang kepada kedudukan ranking yang rendah dengan tiada peningkatan ketara dapat disaksikan.


"Ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Ranking kita di kedudukan ke-159 dengan mungkin terdapat pasukan yang ingin menentang pasukan yang lebih baik kedudukannya. Namun ia bukan persoalannya kerana kita akan terus mencuba. Untuk baki tahun ini saya melihat terdapat beberapa ruang untuk mengadakan aksi persahabatan dan usaha untuk mendapatkan pasukan akan diusahakan," katanya.

Foto

HAMIDIN (kiri), Subahan (dua dari kiri) meninjau kualiti rumput untuk perlawanan persahabatan menentang Chelsea.

Media kelmarin melaporkan Myanmar, Laos dan Kemboja menolak hasrat skuad negara untuk mengadakan aksi persahabatan sekali gus menyaksikan kelab Thailand, Chonburi FC menjadi galang ganti dan sepanjang sesi latihan pusat selama sebulan kali ini, belum ada pengumuman rasmi dilakukan FAM untuk menentang mana-mana skuad negara lain.


Selain menentang dua kelab terbaik dunia, Chelsea FC dan FC Barcelona, skuad kebangsaan dijadualkan terbang ke Jepun bagi mengadakan tiga perlawanan persahabatan menentang kelab di negara berkenaan selepas sebelum ini mengadakan sesi latihan menentang tiga kelab Australia sehingga mencetuskan kontroversi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/12

Strategi Aminuddin

Posted: 11 Jul 2013 11:22 AM PDT

Kuala Lumpur: Kegagalan membawa pulang pingat emas dalam acara lebuh raya pada tiga temasya Sukan SEA berturut-turut membuatkan jurulatih lebuh raya negara, Aminuddin Sulaiman perlu merancang strategi baru bagi menaikkan kembali maruah pelumba negara.

Biarpun hasrat untuk membawa pelumba ke Kunming, China dan Naypyidaw, Myanmar tidak mendapat pelepasan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Aminuddin mempunyai rancangan tersendiri dalam usaha membentuk barisan pelumba terkuat.


Katanya, sempena Ramadan semua pelumba yang berada di bawah kendaliannya akan berkayuh sekitar Kuala Lumpur dengan kawalan ketat keselamatan melalui kawasan yang cerah seperti Putrajaya bagi menjamin keselamatan pelumba. "Laluan di Sukan SEA agak sukar dan saya perlu mencari pelumba berkualiti bagi disenaraikan. Jadi mereka perlu bersedia menjalani latihan keras bermula dari sekarang," katanya yang tidak pasti mengapa hasrat untuk menjalani latihan luar tidak mendapat pelepasan PKBM.

Berdasarkan barisan pelumba sedia ada, Aminuddin menaruh keyakinan tinggi untuk skuad negara membawa pulang sekurang-kurangnya dua pingat iaitu dalam acara lebuh raya dan juga ujian masa berpasukan selepas acara trek tidak dipertandingkan.


Mengulas mengenai laluan di Naypyitaw, Aminuddin berkata ia lebih memihak kepada pelumba bukit dan biarpun skuad negara meraih satu emas dan satu perak ketika Kejohanan Pra Sukan SEA Mei lalu, itu bukan jaminan kerana laluannya sebenarnya berbeza.


Katanya, hingga kini seramai lapan pelumba disenaraikan dalam skuad kebangsaan negara termasuk tiga pelumba basikal bukit, Shahrin Amir, Elmi Jumari dan Mohd Aim Mohd Fauzi (gambar).

"Saya akan mengadakan satu pemilihan awal membabitkan kesemua pelumba negara ini pada awal Oktober. Pemilihan ini terbuka kepada semua pelumba dan ia perlu dilakukan dengan teliti kerana hanya lapan pelumba boleh disenaraikan untuk ketiga-tiga acara, lebuh raya, ujian masa berpasukan dan ujian masa individu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/12
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Polis, sukarelawan ganti tentera

Posted: 11 Jul 2013 01:02 PM PDT

Bangkok: Sebagai sebahagian perjanjian damai dengan Barisan Revolusi Nasional (BRN), polis dan sukarelawan pertahanan akan menggantikan tentera untuk mengawal keamanan di selatan Thai sepanjang Ramadan ini.

Ketua Majlis Keselamatan Kebangsaan Paradorn Pattanathabutr yang juga ketua delegasi Thai dalam dialog keamanan bersama BRN berkata semalam, perkara itu dicadangkan kepada BRN pada hujung minggu.


Beliau menyangkal dakwaan beberapa pihak kononnya langkah itu menunjukkan kerajaan tunduk kepada tuntutan BRN yang sebelum ini mendesak Bangkok mengundurkan tentera dari wilayah berkenaan sebagai cara mengurangkan keganasan.

"Kami hanya mengurangkan rondaan dan pemeriksaan, kecuali berlaku kecemasan," katanya.


Menurutnya, menerusi langkah itu, anggota tentera akan dipindahkan dari kawasan perkampungan dan ditempatkan di berek tempatan.


Mereka bagaimanapun akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya berlaku kecemasan. Polis dan sukarelawan pertahanan akan mengambil alih kawalan keselamatan di wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam, kata Paradorn.

Foto

TRAK tentera yang rosak teruk selepas terkena bom di Yala, semalam.

Pada masa sama, Paradon menafikan laporan bahawa BRN membatalkan perjanjian damai sepanjang Ramadan.


Menurutnya, kumpulan itu hanya menunda pengumuman dan kedua-dua belah pihak sudah bersetuju menunggu Malaysia mengumumkan perjanjian damai. Menjawab soalah mengenai penentang perjanjian damai yang meletakkan poster mengecam kerajaan, Paradorn mengakui tidak semua kumpulan pemisah bersetuju untuk mengadakan perdamaian. Sementara itu, hari pertama Ramadan berlalu dengan aman di wilayah berkenaan - Yala, Pattani dan Narathiwat. Namun, keadaan aman itu tercemar apabila lapan anggota tentera yang mengawal keselamatan kumpulan guru cedera dalam letupan bom di Daerah raman, Yala pagi semalam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/11

Sorok senjata api dalam kemaluan

Posted: 11 Jul 2013 08:25 AM PDT

Oklahoma City: Seorang wanita dihukum penjara 25 tahun selepas disabitkan kesalahan menyorok senjata api dalam kemaluannya, selain dadah di dubur.

Selepas tuduhan dibicarakan, Christie Harris mengaku bersalah pada minggu lalu.


Keputusan penghakiman dibacakan kepada tertuduh semalam.

Christie didakwa menyorokkan methamphetamine - juga dikenali sebagai ice dengan niat mahu mengedarnya.


Dia juga dituduh menyembunyikan sepucuk pistol revolver dalam kemaluannya. Christie ditahan pada Mac lalu selepas seekor anjing pengesan membawa polis ke kereta dipandunya.


Hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa jenis dadah dan sepucuk pistol separa automatik. Ketika dijel, Christie enggan melondehkan seluar dalamnya untuk membolehkan pegawai bertugas membuat pemeriksaan bahan larangan.

Dokumen mahkamah menyatakan, Christie memberitahu dia ketika itu datang bulan.


Bagaimanapun, Christie akhirnya mengalah dan ia membolehkan pegawai pemeriksa yang bertugas melihat "objek kayu dan logam" terjulur dari kemaluan suspek. Apabila diperiksa, objek itu ialah sepucuk pistol revolver. Pegawai bertugas turut menemui dua pek berisi sejumlah besar bahan kristal yang didapati kemudian sebagai ice. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/11
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved