Jumaat, 2 Disember 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Koleksi selendang Siti

Posted: 02 Dec 2011 06:04 AM PST

WANITA dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Walaupun ketika bersantai mahupun bekerja mereka tidak lupa untuk mementingkan penampilan diri di khalayak ramai.

Apatah lagi jika menghadiri persidangan besar seperti Perhimpunan Agung Umno 2011 yang kini berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pelbagai gaya dapat dilihat dan cuba ditampilkan oleh perwakilan Wanita dan Puteri Umno agar kelihatan kemas, anggun dan profesional di hadapan pemimpin.

Keghairahan untuk dilihat cantik itu juga memberi kesempatan kepada peniaga menjual produk mereka yang istimewa malah ditempah khas bagi menarik perhatian pelanggan.


Dalam kemeriahan tawar-menawar dan tarikan yang dilakukan oleh peniaga, terlihat sebuah gerai menjual selendang yang kebanyakannya berwarna merah, merah jambu dan putih mengikut tema persidangan.


Melihat saja nama gerai iaitu Puteri Umno, pasti ia dimiliki oleh salah seorang perwakilannya. Ternyata ia benar.

Mengunjungi gerai Puteri Umno memberikan peluang kepada perwakilan mahupun pengunjung melihat secara dekat koleksi yang ditampilkan.

Rugi rasanya jika tidak mengunjungi gerai itu kerana di sana mereka menyediakan jualan koleksi selendang Siti khas sepanjang persidangan berlangsung.

Menurut Mazuita Abdullah, 31, koleksi istimewa Khayla daripada H&H Perkasa yang berpusat di Pontian itu didapati dalam tiga warna iaitu merah, merah jambu dan putih.

"Ia menggunakan perincian manik Jepun di sekeliling hujung selendang bagi menambahkan gaya eksklusif agar nampak menarik.

"Fabrik yang digunakan adalah sifon yang berkualiti iaitu gred A dan ia dihasilkan dengan jahitan tangan," katanya yang juga antara ahli Puteri Umno Pontian, Johor yang hadir bagi menjual koleksi khas selendang itu.

Selain itu, Butik Ariani juga tidak ketinggalan untuk mengambil peluang menjual koleksi tudungnya sepanjang perhimpunan itu.

Menurut Pengarah Pemasarannya, Norhana Sharkhan, koleksi tudung Tiara Panel Umno yang dijual mendapat permintaan menggalakkan.

Tudung dicetak dengan lambang Umno itu menjadi tarikan utama yang membawa kepada pengunjung dan perwakilan yang tidak melepaskan peluang mendapatkannya.

"Menggunakan fabrik lycra Itali dan ditambah dengan cetakan logo Umno, ia
menjadi tarikan apatah lagi kualitinya begitu bagus.

"Ia adalah keluaran istimewa kerana ditempah khas bersempena persidangan untuk perwakilan dan pengunjung untuk dipakai sepanjang ia berlangsung ataupun dijadikan kenangan.

"Koleksi tudung ini mempunyai dua warna iaitu merah untuk Wanita Umno dan merah jambu bagi Puteri yang ditempah dalam jumlah yang banyak untuk dijual," katanya yang kelihatan begitu sibuk melayani pelanggan bagi mendapatkan koleksi istimewa di situ.

Tambahnya, pengunjung yang hadir bagi mendapatkan koleksi tudung khas itu akan diberikan tawaran istimewa iaitu diskaun 50 peratus sepanjang persidangan berlangsung.

Sementara itu, bukan hanya gerai tudung yang kelihatan. Namun, terdapat banyak lagi gerai yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, kerongsang, kasut, beg dan jenama makanan yang menjadi tarikan.

Bagi anda yang ingin mendapatkan kasut, beg atau tudung saji unik dan menarik untuk hiasan, kunjungan anda ke gerai Jarum & Benang tidak sia-sia.

Mereka menampilkan pelbagai koleksi kasut untuk kanak-kanak sehingga dewasa yang dijahit menggunakan perincian butang agar kelihatan menarik dan kreatif.

Terdapat juga beberapa koleksi seperti beg, bakul dan tudung saji yang dihasilkan daripada bahan seperti mengkuang dan dilukis dengan lukisan menarik untuk dijadikan hiasan rumah.

Menariknya, kesemua koleksi itu dibeli daripada ibu tunggal di Kelantan dan ditambah dengan lukisan bagi menambahkan keunikannya.

Selain itu, bagi yang ingin mendapatkan cenderahati, pengunjung mungkin tidak menyangka kesemua koleksi rantai kunci di gerai Cahaya Murni dihasilkan oleh orang kelainan upaya (OKU) dari Perlis.

Di gerai itu turut menjual tanda nama untuk digunakan ketika pilihan raya akan datang dan nama yang dicetak boleh disiapkan dalam tempoh lima minit saja.

Bagi yang ingin mendapatkan pelbagai jenis kain belum dijahit daripada batik, terdapat juga beberapa gerai yang menjualnya.

Antaranya adalah gerai Noriah Textile yang menjual pelbagai jenis batik 1Malaysia misalnya crepe dan sifon dari Kelantan manakala coraknya ditempah di China.

Ternyata, persidangan yang berlangsung sejak 29 November lalu itu memberikan pelbagai peluang perniagaan kepada peniaga yang ingin memperkenalkan barangan jualan mereka kepada umum.

Ia juga sebagai lubuk rezeki kepada peniaga tidak kira produk sama ada makanan, kasut mahupun pakaian bagi menambah pendapatan mereka.

Menariknya, setiap peniaga menjual barangan berlainan dan berusaha menampilkan keistimewaan masing-masing bagi menarik perhatian ramai. Pengunjung juga tidak terkecuali mendapat tempiasnya kerana mereka boleh mendapatkan barangan menarik dengan tawaran harga murah.

Full content generated by Get Full RSS.

Keajaiban minyak argan

Posted: 02 Dec 2011 05:23 AM PST

RATUSAN tahun dahulu, bangsawan Rom membongkar rahsia kejelitaan semula jadi dengan minyak argan, 'Cecair Emas Maghribi' yang merawat pelbagai masalah kulit, rambut dan kuku.

Minyak argan diperah dari biji buah argan (argania spinosa) dan hanya tumbuh di selatan Maghribi, justeru, dikatakan salah satu minyak paling unik di dunia.

Kini, keunggulan minyak argan menjadikannya salah satu bahan utama produk kecantikan eksklusif antarabangsa.

Satu-satunya produk 100 peratus minyak argan organik di Malaysia, Secretleaf Pure Oil Series 01 mendapat sambutan hangat kerana sesuai diguna semua golongan termasuk kulit sensitif.


Pure Oil Series 01 berkesan melembutkan kulit kering, mengurangkan kedutan, garis halus dan lingkaran di bawah mata, memudarkan bekas parut serta merawat masalah kulit seperti enzema dan psoriasis.


Seorang pengguna Pure Oil Series 01, Nuraizah Mohd Tiblawi, berkata selepas lima hari menggunakan produk itu, parut jerawat berkurangan dan kulit wajah semakin cerah.

Selain itu, ia sesuai digunakan di kawasan kulit lebih nipis dan sensitif seperti di bawah mata untuk menghilangkan kedutan dan lingkaran hitam.

"Saya tidak ketinggalan menggunakan Pure Oil Series 01 setiap malam," katanya.

Kajian saintifik terhadap kandungan minyak argan menunjukkan ia mengandungi tiga kali ganda antioksida Vitamin E berbanding minyak zaitun, serta omega 6 dan 9 yang tinggi dan squalene yang bertindak mengeluarkan toksik dari sel kulit.

Penggunaan dua kali sehari membantu mencerahkan jeragat dan bintik hitam, mengembalikan tona kulit sekata serta menganjalkan wajah seumpama remaja.

Pure Oil Series 01 adalah pelembap, pelindung UV, asas solekan dan serum antipenuaan semua-dalam-satu yang diiktiraf organik dari EcoCert Perancis.

Secretleaf kini muncul dengan produk terbaru, Krim Siang & Malam yang berasaskan minyak argan organik.

Krim tanpa bahan pengawet berbahaya itu dipasarkan dalam pakej RM49.

Argan Day Cream turut diperkaya dengan khasiat kolagen marin, antioksida teh hijau serta 'evening primrose oil' manakala Argan Night Cream merangsang pemulihan sel-sel rosak di samping menjana sel-sel baru lebih sihat.

Layari www.facebook.com/mysecretleaf untuk membuat pesanan atau talian tol bebas 1-800-88-3818 atau SMS kepada 016-6626604 untuk maklumat lanjut.

Pure Oil Series 01 dijual di rangkaian Farmasi Alpha, Farmasi HealthLane dan Farmasi Multicare.

Jika berminat menjadi pengedar produk Secretleaf, hubungi 016-2273815.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Gagal pulang

Posted: 01 Dec 2011 01:11 PM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 58 warga asing dari Nigeria, Ghana, Myanmar dan Indonesia ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di Kepong dan Damansara, di sini, semalam.

Sepanjang operasi dari jam 10 pagi dan berakhir jam 10 malam itu, lebih 500 warga asing diperiksa bagi mengesan mereka yang belum mendaftarkan diri dalam Program Penyelesaian Menyeluruh Menangani Pekerja Asing Tanpa Izin (Program 6P).


Penolong Pengarah JIM Kuala Lumpur, James Musa Singa, berkata pihaknya melakukan pemeriksaan di laluan pejalan kaki, dalam bas, teksi serta beberapa premis perniagaan yang menjadi tumpuan warga asing terutama warga Afrika.

"Hasil pemeriksaan mendapati semua yang ditahan sudah mendaftarkan diri bawah Program 6P kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan diarah pulang sebulan lalu, namun mereka dikesan masih berada di dalam negara ini," katanya.


Menurutnya, operasi diadakan dari semasa ke semasa untuk turut mengesan majikan yang menggajikan pekerja asing tanpa permit dan dokumen diri.


James berkata, semua mereka ditahan disiasat mengikut Seksyen 15 (1) Akta Imigresen atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah selain tinggal melebihi masa dibenarkan.

Full content generated by Get Full RSS.

40 pondan ‘disuntik’ keinsafan

Posted: 01 Dec 2011 12:42 PM PST

IPOH: Mengambil semangat Maal Hijrah yang disambut Ahad lalu, 40 pondan atau mak nyah disuntik keinsafan dan melafazkan ikrar untuk kembali menjadi lelaki tulen.

Kebanyakan mak nyah terbabit yang bergelumang dosa menjadi 'wanita palsu' sejak sekian lama menunjukkan keazaman tinggi mahu bertaubat selepas mengikuti Program Mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Program tiga hari itu diadakan sejak kelmarin di sebuah resort di sini, dengan dikendalikan 10 kakitangan Jakim serta penceramah bebas.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kekeluargaan, Sosial dan Komuniti Jakim, Zakuan Sawai, berkata program itu disertai secara sukarela oleh mak nyah terbabit dan maklum balas positif datang daripada mereka selepas program sama dianjurkan di Negeri Sembilan dan Pahang pada Mac serta April lalu.


"Saya tidak menyangka program ini yang pada mulanya dipandang negatif segelintir mak nyah, kini berjaya menarik penyertaan mereka.


"Sepanjang tiga hari program, mak nyah terbabit yang berusia 22 hingga 50 tahun menunjukkan minat dan keinginan tinggi menghayati semula ajaran Islam," katanya.

Menurutnya, modul diperkenalkan Jakim itu bukan hanya membabitkan ceramah agama semata-mata sebaliknya lebih menjurus aktiviti menyeronokkan yang menyelitkan nilai-nilai moral.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


40 ular untuk ‘ajar’ perasuah

Posted: 01 Dec 2011 10:11 AM PST

MUMBAI: Dua petani yang bosan dengan tuntutan rasuah pegawai kerajaan, meletakkan tiga guni ular di pejabat cukai yang sibuk dengan orang ramai di utara India, kata pegawai keselamatan, semalam.

Ada kira-kira 40 ular pelbagai saiz dan spesies termasuk sekurang-kurangnya empat ular tedung menyebabkan kerani dan orang kampung kelam-kabut memanjat meja atau keluar dari pejabat sebaik menyedari insiden itu.


Jurucakap kerajaan tempatan, Ramsukh Sharma, berkata kejadian berlaku di Basti, kira-kira 300 kilometer di tenggara Lucknow.

Kata Ramsukh, sebaik dituang dari guni, ular itu menjalar ke meja dan kerusi.


"Keadaan sangat kelam-kabut dan sejurus kemudian ratusan orang berhimpun di luar bilik itu dengan sesetengahnya membawa kayu untuk membunuh ular berkenaan," katanya.


Bagaimanapun, tiada sesiapa dipatuk ular berkenaan.

Menurut Ramsukh, petani terbabit meminta rekod cukai bagi tanah mereka di sebuah kampung di Narharpur.


"Masalahnya, mereka gagal mendapat rekod berkenaan kerana kakitangan di pejabat percukaian memeramnya selama dua minggu bagi mendesak petani terbabit membayar sedikit wang sebagai upah," katanya.

Mengenai insiden itu, Ramsukh berkata, cara petani terbabit memprotes amalan rasuah itu tidak boleh diterima.


"Polis kini mencari dua suspek yang dikenali sebagai Hukkul Khan and Ramkul Ram," katanya.


Sementara itu, sumber berkata, Hukkul memang dikenali di kalangan penduduk setempat sebagai penjinak ular. - DM

Full content generated by Get Full RSS.

Sekolah seks pertama tawar praktikal

Posted: 01 Dec 2011 10:09 AM PST

VIENNA: Seorang wanita Sweden membuka sekolah seks antarabangsa pertama di dunia dengan menawarkan ilmu menjadi kekasih yang lebih baik.

Dengan kos kira-kira RM6,900 untuk satu semester, Sekolah Seks Antarabangsa Austria di Vienna itu menerima penuntut yang berminat mengetahui selok-belok menjadi kekasih yang memuaskan pasangan.


Media semalam melaporkan, Ylva-Maria Thompson menawarkan ilmu menggoda secara praktikal kepada sesiapa yang berminat.

Menurutnya, sesiapa saja yang berusia lebih 16 tahun layak menyertai 'kolej seksual amali pertama di dunia' itu.


"Penuntut akan tinggal dalam blok penginapan yang bercampur lelaki dan perempuan bagi membolehkan segala ilmu yang dipelajari dicuba," katanya.


Menurut Ylva-Maria, pendidikan asas yang diberikan bukan berbentuk teori, sebaliknya praktikal. - DM

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


‘Jangan gelap mata’

Posted: 01 Dec 2011 09:57 AM PST

AKSI memikat pemain Harimau Muda A ketika membarisi skuad juara Sukan Sea Indonesia dan skuad Olimpik negara membuatkan mereka kini diburu pasukan bola sepak negeri dan kelab bagi musim baru Liga Malaysia.

Pemain-pemain ini digilap menerusi program Sekolah Sukan Bukit Jalil dan diberikan pendedahan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan seharusnya terus kekal di bawah bimbingan jurulatih Ong Kim Swee.


Namun persatuan negeri dan kelab yang sepatutnya berusaha melahirkan pemain muda sendiri mula berlumba-lumba mengumpan bayaran gaji lumayan kepada pemain Harimau Muda A.

Menurut Kim Swee, beliau menasihatkan anak buahnya supaya tidak 'gelap mata' dengan tawaran gaji lumayan sebaliknya kekal bersama skuad khususnya pemain berusia bawah 21 tahun sebagai persiapan menghadapi Sukan Sea Myanmar 2013 dan Sukan Asia Incheon 2014.


"Memang FAM tak mampu menawarkan gaji setinggi yang diberikan pasukan luar yang tak masuk akal tapi ini semua terpulang kepada pemain. Jika mereka masih mahu terus belajar dan mendapat pendedahan di peringkat lebih tinggi, mereka harus terus bersama dengan pasukan ini.


"Jika mereka bersama dengan Harimau Muda A untuk tempoh dua tahun lagi, mereka boleh dapat dua-tiga kali ganda apa yang ditawarkan sekarang. Saya nasihatkan mereka supaya jangan terlalu memikirkan duit," katanya yang dihubungi Arena Metro semalam.

Kim Swee berkata, setakat ini beliau mengesahkan tiga pemain, K Gurusamy (pemain tengah), Mohd Muslim Ahmad (pertahanan) dan Abdul Shukur Jusoh (pemain tengah) tidak bersama Harimau Muda A musim depan.


"Mereka sendiri meminta untuk dilepaskan dan saya menerima permohonan mereka itu atas faktor umur yang kini sudah berusia 22 dan 23 tahun," katanya.

Gurusamy dilapor sudah mengikat kontrak bersama Selangor manakala Muslim bakal menyarung jersi negeri kelahiran, Terengganu.


Mengenai barisan pemain yang akan bersama Harimau Muda A bagi menyertai Liga Singapura musim depan, Kim Swee akan mengumumkan senarai penuh skuadnya minggu depan.


"Minggu depan saya akan umumkan pemain yang menerima kontrak bersama Harimau Muda A. Mengenai penyertaan di Liga Singapura saya perlu mengadakan perbincangan terakhir bersama FAM," jelasnya.


Sementara itu, Kim Swee menyenaraikan 30 pemain pelatih untuk menjalani latihan pusat skuad Olimpik bermula Isnin ini sebelum berangkat ke Sydney, Australia untuk mengharungi tiga perlawanan persahabatan dengan kelab Liga-A pada 10 hingga 22 Disember ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Penyu rayu lanjutan

Posted: 01 Dec 2011 07:53 AM PST

SELEPAS terdesak mendapatkan khidmat pemain import berkualiti untuk diserap dalam skuad Liga M musim depan, juara Piala FA musim ini, Terengganu menagih simpati dan meminta jasa baik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya melanjutkan tempoh pendaftaran yang berakhir 8 Disember ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berkata, jika FAM terus tidak berganjak daripada keputusannya, Terengganu mungkin tidak menggunakan khidmat awang import musim depan kerana masa untuk mendaftar hanya tinggal tujuh hari.


Menurutnya, walaupun hingga kini sudah 10 pemain import termasuk dari Brazil, Nigeria, Zambia dan England datang mencuba nasib bersama Terengganu, mereka gagal memenuhi kriteria ditetapkan PBSNT.

"Hingga kini, 10 pemain yang beraksi di posisi tengah dan serangan gagal menambat hati panel pemilihan dan semua pemain akan dihantar pulang sementara menunggu beberapa lagi pemain yang bakal tiba hujung minggu ini dan minggu depan.


"Dengan tempoh yang begitu singkat, saya percaya PBSNT sukar memilih pemain berkualiti untuk diserapkan dalam pasukan. kerana pemain yang ada tidak memenuhi kriteria yang kita tetapkan.


"Justeru, PBSNT meminta FAM melanjutkan tempoh pendaftaran pemain import bagi memberi peluang kepada semua persatuan termasuk PBSNT memilih pemain berkualiti untuk beraksi dalam pasukan masing-masing musim depan.

"Masa yang mencukupi untuk memilih pemain import amat diperlukan bagi mengelak daripada memilih pemain kurang berkualiti dan boleh merugikan persatuan masing-masing," katanya ketika ditemui di Padang Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu sebaik selesai perlawanan persahabatan dengan T-Team yang berkesudahan Terengganu tewas 0-1, petang semalam.


Menurut Che Mat, Terengganu yang juga bakal beraksi dalam pentas Piala AFC tahun depan selepas muncul juara Piala FA musim ini akan mendapatkan dua pemain import terbaik untuk memperkuatkan bahagian tengah dan serangan untuk digandingkan dengan pemain sedia ada.

Pandangan Che Mat juga turut disokong jurulatih T-Team, Yunus Alif yang turut menyifatkan tempoh pendaftaran itu terlalu singkat dan meminta FAM melanjutkan tempoh memandangkan saingan Liga M bakal bermula 10 Januari depan.


"Hingga kini T-Team hanya mempunyai seorang pemain import dari Zambia iaitu Zacharia Simokonda dan dengan masa yang semakin suntuk amat sukar buat kami untuk memilih pemain berkualiti dan meminta FAM melanjutkan tempoh pendaftaran," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Berubah lelaki sejati

Posted: 01 Dec 2011 01:43 PM PST

IPOH: "Alhamdulillah, Allah membuka pintu hati saya untuk berubah, sekali gus membolehkan saya memenuhi amanat arwah bapa sebelum dia meninggal dunia awal tahun ini."

Itu kata Baby atau nama sebenarnya Ismail, 29, seorang daripada 40 mak nyah yang menyertai aktiviti pemulihan dinamakan Program Mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sebuah resort di sini, selama tiga hari, bermula kelmarin.

Ismail berkata, selepas bapanya meninggal dunia, keinginannya untuk kembali menjadi lelaki normal semakin kuat dan dia mula mendalami ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Allah.

Menurutnya, selepas mendapat tahu mengenai Program Mukhayyam, dia mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftar diri sebagai peserta kerana percaya ia medan terbaik untuk kembali ke pangkal jalan.


"Saya tertarik menyertai Program Mukhayyam kerana program keagamaan ini diadakan secara santai dan tanpa diskriminasi. Insya-Allah selepas tamat program ini, hala tuju saya lebih jelas," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Ustazah jadi-jadian’

Posted: 01 Dec 2011 01:37 PM PST

KOTA BHARU: Digelar 'ustazah jadi-jadian' antara cercaan terbaru diterima pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland, Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross atau lebih dikenali sebagai Catriona Ross, 31, selepas dia memakai tudung dan banyak terbabit memberi ceramah serta motivasi berkaitan perubahan dirinya.

Catriona yang terkenal dengan drama Mek Salmah Dari Scotland berkata, dia juga dipinggirkan rakan rapat yang terus menghilangkan diri selepas dia lebih cenderung melakukan pelbagai aktiviti berkaitan Islam.

"Sudah menjadi lumrah, apabila kita berubah, akan ada yang mencerca. Ada yang menggelar saya 'ustazah jadi-jadian' dan ia datang daripada mereka yang dalam industri seni sendiri.

"Rakan rapat yang dulu sentiasa bersama juga hilang entah ke mana. Ada juga menuduh saya masuk politik," katanya yang ditemui selepas menjadi panel Program Bual Bicara Hijrah - Antara Usaha atau Hidayah Sempena Majlis Budaya Ilmu Perdana Sempena Maal Hijrah 1433H/2011 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, semalam.


Program itu turut disertai Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah UMK, Dr Aminurrasyid Yatiban dan Dr Noorhisham Md Nawi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Impi konsert jelajah di luar negara

Posted: 01 Dec 2011 04:57 AM PST

SEPANJANG 16 tahun berkecimpung sebagai anak seni, apa yang tidak pernah dilalui Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 32, dalam mengharungi liku-liku menjadi penyanyi terkenal. Namun, semua itu dibiarkan saja dan menjadi pembakar semangat buatnya untuk terus mengejar impian sucinya.

Kini, segala usaha gigih itu berhasil. Siti yang dulunya sekadar seorang gadis kampung biasa, sekarang adalah ikon muzik diminati ramai. Malah, pelbagai anugerah yang mengiktiraf bakatnya dari dalam dan luar negara sudah dimiliki Siti.

Bahkan, impian untuk membuat persembahan di dewan berprestij, Albert Hall, London juga sudah menjadi kenyataan malah melakar populariti yang tinggi di pasaran negara jiran, Indonesia.

Terbaru, Siti tampil berani dengan album sulung Inggeris, All Your Love untuk mencabar sejauh mana tahap kemampuan dirinya. Semakin popular dengan lagu Falling In Love, tetapi jualan album itu dikatakan agak sendu dan kurang mendapat sambutan.


Bagaimanapun, Siti yang ditemui selepas majlis ramah mesra sempena pembikinan dokumentari khasnya untuk tayangan History Channel, menafikan sambutan album itu kurang memberangsangkan.


Katanya, apa yang nyata, sejak berada di pasaran pada 26 September lalu, sambutannya memang baik dan jualannya mencatat puluhan ribu unit.

"Sekarang ini, kerja-kerja promosi masih diteruskan dan fokus sepenuhnya memang ditumpukan kepada penjualan album All About You. Saya gembira, ia diterima baik dan usaha ini boleh dianggap berjaya. Apapun, buat masa ini tiada perancangan untuk pembikinan album Inggeris seterusnya.

"Dalam soal pembikinan album, tidak boleh terburu-buru. Justeru, setakat ini saya masih belum terfikir untuk menghasilkan album lain. Biarlah, uruskan satu persatu dulu. Ia lebih mudah dan semua perancangan dibuat dengan teliti," katanya.

Menurut Siti, beliau sebenarnya menyimpan impian membuat konsert jelajah untuk pelajar di luar negara. Katanya, muzik tempatan juga boleh diterima dan akan mendapat tempat berikutan ramai pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di luar negara.

Berbicara mengenai perjalanan kariernya, Siti berkata beliau bersyukur kerana hingga kini masih diteruskan. Ujarnya jika tiada aral dan mengikut apa yang dirancang, beliau akan menjayakan satu persembahan istimewa di ibu kota tidak lama lagi.

"Sebagai penyanyi, semestinya saya mahu menjayakan konsert sendiri. Bagaimanapun, semua itu bergantung kepada rezeki dan jika peluang itu datang dulu, saya terima. Apapun, sekarang saya juga sibuk menguruskan perniagaan produk SimplySiti.

"Jika diizinkan Tuhan, saya ingin mengembangkan perniagaan produk kosmetik ini sehingga ke pasaran antarabangsa. Bagaimanapun, semuanya masih dalam perbincangan lagi. Malah, saya mengikut apa saja prosedur ditetapkan untuk
tembusi pasaran luar," katanya.

Menurut Siti, beliau akan berangkat ke negara jiran, Indonesia untuk mengadakan perbincangan mengenai pemasaran produk keluaran syarikatnya. Kata anak jati Pahang ini, jadualnya nyata amat sibuk kerana perlu menguruskan banyak perkara.

Selain itu, Siti juga memaklumkan beliau juga merancang akan mengeluarkan biografi fotonya untuk peminat pada tahun depan. Namun, buat masa ini semuanya dalam proses lagi dan diuruskan kakak ipar merangkap pengurusnya, Rozi Abdul Razak.

Suami sokong pembikinan dokumentari khas

SELEPAS Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, nampaknya Siti menjadi penyanyi wanita pertama negara yang kisah perjalanan karier seninya sejak mula hingga berada di puncak kegemilangan akan ditayangkan di History Channel.

Diterbitkan produksi Red Communications Sdn Bhd selama satu jam untuk tatapan penonton dan peminat penghibur ternama itu, pelbagai kisah menarik, suka dan duka Siti akan dikongsi bersama. Tidak terkecuali, kisah percintaan dan rumah tangga.

Berbicara mengenai dokumentari ini, Siti berkata beliau sangat teruja dan menerima tawaran itu dengan hati terbuka. Malah, paling penting, Siti mendapat sokongan sepenuhnya daripada suami, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa yang sangat memahami.

"Kalau diikutkan, pembikinan dokumentari istimewa ini nyaris-nyaris tidak jadi kerana tuntutan jadual saya yang sangat sibuk. Namun, pihak produksi sanggup menunggu waktu kelapangan saya serta mereka berusaha mengumpulkan pelbagai maklumat.

"Tak dinafikan, gambar ketika saya kanak-kanak dan remaja tidak banyak berikutan tidak memiliki kamera ketika itu. Bagaimanapun, saya sendiri terkejut kerana pihak produksi berjaya mendapatkannya daripada jiran, rakan, kenalan dan wakil media.

"Apapun, saya amat berbesar hati dengan pembikinan dokumentari ini dan ia amat bermakna. Ini kerana, kisah perjalanan karier saya selama 16 tahun akan ditayangkan di saluran antarabangsa. Ini satu penghargaan sangat besar dan indah buat saya.

"Kisah dokumentari seperti ini selalunya dirakamkan untuk mengingati kejayaan pernah disumbangkan tokoh ternama lagenda atau individu yang banyak berjasa dan sudah meninggal dunia. Namun, saya mendapat peluang ini ketika masih hidup," katanya.

Menurut Siti, beliau melihat pembikinan dokumentari khas ini dari aspek positif yang mana ia mungkin boleh memberi inspirasi kepada orang lain. Katanya, tidak salah perkara baik yang membawa kepada kejayaan seseorang dirakam untuk dikongsi bersama.

Siti berharap dokumentari ini akan disaksikan peminatnya yang banyak memberi sokongan. Malah, barangkali ada perkara yang masih belum peminat tahu mengenai dirinya. Terutama, situasi beliau ketika berhadapan tekanan, gosip dan kontroversi. Dokumentari khas Siti ini akan disiarkan di History Channel (Astro 555) pada 11 Januari 2012.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Kami tak cari publisiti murah’

Posted: 01 Dec 2011 04:43 AM PST

SEBUT saja nama Jeffrydin, pasti ramai mengenalinya sebagai artis evergreen biarpun dibayangi kemunculan ramai artis baru.

Malah, artis 60-an yang popular dengan lagu seperti Siti Aida, Kenanganku, Seruling Anak gembala dan banyak lagi masih bertahan dan tidak ketinggalan mewarnai pentas seni tanah air ketika ini.

Namun bagi Datuk Jeffrydin atau nama sebenar, Jefrydeen Imbrom Soekaman, 64, zaman kegemilangannya seakan merundum berikutan kehadiran ratusan artis yang digilap dari rancangan hiburan berbentuk realiti dan juga kebanjiran terlalu ramai artis dari luar.

Beliau yang masih ligat di pentas, meluahkan isi hatinya yang masih terkilan dengan setiap bayaran yang diterima dari pihak penganjur untuk setiap persembahan disertainya.


Katanya, tiada perbezaan nyata antara artis lama dan baru yang mana setiap yang dilahirkan sebagai artis punya kelebihan masing-masing dan peminat yang tersendiri serta kebolehan yang mungkin tidak ada pada orang lain.


"Saya agak kesal bila melihat artis-artis baru diberi layanan kelas pertama dan terima bayaran jauh lebih tinggi untuk setiap persembahan mereka berbanding dengan bayaran yang sepatutnya diterima artis lama seperti saya.

"Jika lihat pada era 60-an dulu, setiap artis baru akan menerima bayaran paling rendah berbanding dengan artis lama memandangkan mereka tiada pengalaman dan masih baru dalam bidang hiburan yang disertai terutamanya nyanyian.

"Tapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya, artis baru diberi layanan istimewa diusung ke sana sini dan disanjung begitu gah serta menerima bayaran RM6,000 hingga ke RM7,000 untuk setiap undangan pentas," katanya ketika ditemui membuat persembahan di Karnival Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini.

Jeffrydin berkata, apabila perkara itu diusulkan kepada penganjur, mereka seperti 'kecut perut' bimbang populariti artis-artis 60-an tidak mampu meraih keuntungan sekiranya dibayar dengan satu jumlah yang begitu tinggi.

Beliau yang dalam proses merakamkan single kedua bersama syarikat Luncai Emas Sdn Bhd berkata, ramai artis baru sekarang tidak menghormati artis lama dengan mencari publisiti murahan untuk mempopularkan diri mereka.

"Kalau masa era 60-an dulu, kami berkawan dengan wartawan bukan untuk mencari publisiti murahan, tetapi kami berkawan bagi mempopularkan lagu-lagu yang didendangkan. Buktinya, hingga kini lagu-lagu kami masih kedengaran.

"Mereka (artis baru) kini mudah gunakan pegawai perhubungan awam atau pengurus artis untuk menguruskan aktiviti mereka sedangkan zaman saya dulu kena bergerak sendiri dan tiada istilah mencari publisiti murahan," katanya.

Menurut Jefrydin, permintaan yang tinggi menyebabkan artis yang masih baru mengambil pembantu untuk menguruskan aktiviti mereka dan pihak penganjur terpaksa membayar lebih biarpun sedar kurang meraih populariti.

"Artis sekarang sakit gigi pun nak masuk majalah. Sebenarnya, bukan itu cara kita nak publisiti, banyak cara lain lagi nak tarik perhatian peminat. Artis dulu tak tahu buat perkara sebegini.

"Alhamdullilah, sokongan peminat terhadap lagu-lagu 60-an masih mendapat sambutan dan undangan pentas pun adalah dua atau tiga untuk setiap bulan cuma masalahnya sekarang bayaran kurang memuaskan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved