Isnin, 26 September 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Waktu pergi, balik suasana berbeza

Posted: 26 Sep 2011 06:40 AM PDT

BUKAN hanya jemaah haji yang teruja dan berdebar-debar mahu menjadi tetamu Allah tetapi petugas haji terutama anak-anak kapal Penerbangan Malaysia (MAS) yang mengiringi jemaah pergi dan balik di atas udara juga ada keterujaan tersendiri.

Tunku Shaniza Tunku Aziz Bendahara, 40, sudah sembilan kali menjadi petugas haji bersama MAS. Ibu dua anak berasal dari Kedah ini teruja dengan pengalaman yang dikecapinya setiap tahun.

"Setiap tahun pembawaan jemaah sentiasa berubah dan sepanjang sembilan
tahun ini saya dapat menyaksikannya. Mereka semakin bijak dan berani sejajar dengan kemodenan dunia.

"Walaupun majoriti jemaah adalah orang tua, ia tidak menjadi masalah kerana saya melayan mereka seperti ibu bapa sendiri. Begitulah yang sepatutnya sebagai saudara sesama Islam. Saya melaksanakan tugas dengan ikhlas dan memberi yang terbaik," katanya.

Shaniza yang juga penyelia penerbangan tidak menafikan, melakukan tugasan istimewa ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada dirinya.

"Saya perlu melatih diri mengenai kesabaran lebih daripada biasa dan keinginan untuk menunaikan haji juga semakin mendalam," ujarnya ceria.

Penerbangan pertama Shaniza pada 29 September, jam 11.25 pagi bersama MH8000 ke Madinah.

Yanti Irwani, 33, berasal dari Ipoh turut gembira tugasannya kali kedua
sebagai petugas haji tahun ini.

"Tahun sudah, sebab baru pertama kali memang hati agak risau tetapi tahun ini debarannya semakin berkurangan," katanya.

Bagi Yanti, pada pemerhatiannya sikap jemaah pergi dan balik juga berbeza.
"Waktu pergi mereka lebih banyak berdiam, tak banyak cakap dan lebih menurut.
Keadaan ini berbeza sebaik pulang. Mereka mula riuh, mahu tukar tempat duduk dan perangai pun berubah. Ramai juga yang sakit dalam perjalanan balik," cerita Yanti sambil menambah, begitu juga keadaan beg jemaah yang semakin berat.

Tidak menafikan menjadi petugas haji ada tekanan tersendiri tetapi Yanti tetap seronok dapat berkhidmat dengan tetamu Allah.

"Melayan orang tua memberi kita keinsafan dan menguji kesabaran. Bila sudah bertugas, makin teringin hendak mengerjakan haji bersama suami saya kelak," akuinya.

Penerbangan pertama Yanti ialah pada 30 September dari Terengganu ke Madinah jam 11.35 pagi bersama MH8002.

GK Arlene Vanessa, 41, mula menjadi petugas haji pada 2003 dan sehingga kini dia sudah menganggapnya rutin yang biasa setiap tahun.

"Ada jemaah yang tanya mengenai cara solat kepada saya, jadi saya beritahu mereka saya bukan Muslim dan merujuk mereka kepada petugas Islam.

"Pengalaman menjadi petugas haji memang manis berbanding hari biasa, selalu terjadi jemaah wanita memeluk saya sebaik mendarat sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran setelah selamat sampai," cerita Arlene yang tidak kisah
kena bertudung kerana itu sebahagian daripada tugasnya.

Ibu dua anak ini juga merasakan memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah yang berumur tiada masalah baginya kerana setiap kali tugasan, dia menganggap umpama melayan ibu bapanya sendiri.

Karen Lee, 38, anak kelahiran Pulau Pinang sudah kali keempat menyertai kumpulan petugas haji MAS. Perkhidmatan terbaik adalah agenda utamanya.

"Saya seronok dengan tugas ini kerana menghantar orang membuat perkara yang baik sesuatu yang bermakna pada diri saya," katanya.

Ceritanya, dia pernah disuruh seorang jemaah agar berkahwin dengan anak lelakinya.

"Mungkin kerana dia berpuas hati dengan perkhidmatan kami walaupun tahu saya bukan Muslim," ketawa Karen mengingati kenangan manis itu.

Setelah bertudung memang Karen tampil lebih ayu dan tidak hairan ada yang mahu menjadikannya menantu. Penerbangan pertama Karen ialah pada 9 Oktober dari Johor Bahru ke Jeddah jam 12.30 pagi bersama MH8030.

Saling lengkap melengkapi

Posted: 26 Sep 2011 06:20 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]TAHUN 2011 adalah kali kesembilan usaha sama terjalin kukuh antara Penerbangan Malaysia (MAS) dan Tabung Haji. Dalam melaksanakan tugasan membawa tetamu Allah menunaikan haji, kedua-duanya saling lengkap melengkapi dalam memberikan perkhidmatan terbaik.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Kursus untuk seludup heroin

Posted: 25 Sep 2011 10:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang juga pembungkus makanan di sebuah kilang di sini, ditahan pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou, China selepas disyaki cuba menyeludup dadah jenis heroin seberat 549 gram bernilai kira-kira RM40,000.

Difahamkan, wanita itu, C Letchumi, 32, yang dipercayai menjadi mangsa sindiket keldai dadah berlepas ke republik itu pada 10 September lalu bersama empat rakan sekerjanya termasuk majikan warga Nigeria, bagaimanapun ditahan pihak berkuasa China atas dakwaan membawa dadah terbabit yang disorokkan dalam beg baju.

Menurut suami mangsa, C S Sangar, isterinya baru tiga bulan bekerja dengan sebuah kilang pembungkusan makanan di Taman Bolton, Gombak, dekat sini, sebelum mendapat tawaran daripada majikannya untuk pergi ke China bagi mengikuti kursus pengurusan.

"Pada mulanya saya curiga dengan tawaran itu memandangkan isteri baru beberapa bulan bekerja, namun tidak mengesyaki apa-apa perkara buruk kerana dia seronok bekerja di situ selain baik dengan seorang anak majikan.


"Pada hari kejadian, saya menghantarnya ke lapangan terbang dan sebelum berlepas, Letchumi memeluk saya dan memohon untuk pergi ke sana selama seminggu dan saya pelik dengan tindakannya itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

PBPM mohon prasarana buat bekas, balu polis

Posted: 25 Sep 2011 09:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) memohon Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar supaya mempertimbangkan permohonan mereka berkaitan penyediaan prasarana untuk bekas polis dan balu yang kurang bernasib baik.

Pemangku Presiden PBPM, Datuk Yusuf Hamdain Diego (gambar), berkata ketika ini ramai bekas polis dan balu yang memerlukan bantuan.


Beliau berkata, PBPM mengutarakan beberapa permohonan kepada kementerian antaranya penyediaan kiosk perniagaan, tapak perniagaan pada bulan Ramadan atau bazar perniagaan, rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan geran tahunan untuk disalurkan kepada ahli yang memerlukan.

"Kami harap dapat membantu mereka yang tidak bernasib baik supaya bekas polis dan balu yang kurang bernasib baik menambah pendapatan sara hidup ke arah yang lebih selesa," katanya pada majlis Penyampaian Sumbangan dan Jamuan Hari Raya anjuran PBPM.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Ibu perdagang dua anak

Posted: 25 Sep 2011 10:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Ibu yang mengajar saya teknik urutan batin dan menyuruh saya menjadi pelacur." Itu pengakuan mengejutkan seorang remaja berusia 16 tahun yang ditemui di sebuah premis urut yang menyediakan khidmat seks, di sini.

Mahu dikenali sebagai Ziela, remaja itu berkata, dia tidak rela melakukan pekerjaan itu, tapi tiada pilihan kerana ibunya yang juga pelacur memaksanya berbuat demikian.

"Saya tak mahu (melacur). Sebelum ini kakak menjadi pelacur kerana disuruh ibu, tapi selepas dia malas untuk terus melakukannya, saya pula dipaksa ibu menjadi pelacur sejak dua bulan lalu," katanya.

Ziela ditemui wartawan Harian Metro yang menyamar pelanggan di rumah pelacuran dikendalikan ibunya di satu kawasan rumah kedai di pinggir ibu negara.


Wanita berusia 40-an yang dikenali sebagai Kak K itu mempunyai empat anak yang semuanya tinggal di premis itu bersama beberapa warga Indonesia yang turut menjual tubuh.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Samun, culik, sumbat

Posted: 25 Sep 2011 10:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 45 tahun melalui saat getir apabila dia bukan saja disamun, malah turut dibelasah, diculik dan disumbat ke dalam but kereta miliknya lebih tiga jam sebelum dia berjaya melepaskan diri dan terjun dari kenderaan itu.

Mangsa yang mahu dikenali Lim mengalami kecederaan terseliuh kaki kiri, bengkak dan lebam akibat tindakannya terjun dari kereta jenis Proton Persona yang sedang memecut laju.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 pagi kelmarin, mangsa yang juga seorang peniaga gerai makan mahu memulakan perniagaannya di Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini, sebelum dihampiri dua lelaki.

"Sebaik tiba di tempat letak kenderaan dan mematikan enjin kereta, seorang lelaki berusia 30-an secara mengejut masuk ke dalam kereta.


"Lelaki itu kemudiannya mengacukan parang dan mengarahkan saya menukar tempat duduk iaitu duduk di bahagian penumpang," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Rentap projek baru Diana

Posted: 25 Sep 2011 06:26 AM PDT

INGATKAN panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hidup satu perjudian begitu juga dengan perkahwinan. Jika jodoh panjang, kebahagiaan menjadi milik kita hingga ke akhir hayat tetapi jika ditentukan sebaliknya, terima saja dugaan itu dengan hati penuh reda.

Itulah kata-kata yang dipegang penerbit muda dan pelakon, Nordiana Johor Zainal Abidin atau Diana Johor, 28, selepas rumah tangga yang dibina bersama jejaka pilihan hati, Ramelle Ashram Ramli hampir setahun setengah lalu, runtuh.

Diana yang ditemui di majlis rumah terbuka Media Prima, Jumaat lalu, enggan mengulas mengenai apa yang berlaku antaranya dan bekas suami. Baginya, semua sudah ditentukan.

"Tidak dinafikan sudah tentu ada sebab mengapa perceraian itu berlaku, tetapi ia tidak manis untuk dikongsi bersama umum. Apatah lagi ia boleh mengaibkan.

Saya pula baru saja pulang daripada menunaikan umrah. Alhamdulillah, selepas pulang hati saya bertambah tenang.

"Saya juga bersyukur perpisahan berlaku awal. Jika ia berlaku ketika kami memiliki cahaya mata, ia mungkin akan menimbulkan lagi masalah untuk meneruskan hidup.

"Sepanjang berkahwin, kami belum dikurniakan cahaya mata sehinggalah berpisah. Memang sedih, tetapi waktu sama ia mungkin baik untuk kami agar masing-masing boleh meneruskan hidup.

"Saya sudah menerima kenyataan apa yang berlaku dan reda dengan ketentuan Allah. Saya sedar hidup perlu diteruskan dan itulah yang saya lakukan kini," katanya seraya menutup cerita dan enggan lagi mengungkit kisah lalu.

Diana yang dikenali melalui iklan minyak masak Alif, kembali bersemangat berbicara mengenai projek terbaru membabitkan drama yang dihasilkan syarikat produksinya, Unique Twins Sdn Bhd yang ditubuhkan bersama saudara kembarnya, Norlina Johor Zainal Abidin atau Lina juga pelakon dan penulis skrip.

Kata pemegang ijazah ekonomi dan kewangan dari Universiti Curtin, Perth, Australia ini, selepas menerbitkan beberapa telefilem seperti Hani Coklat Strawberi, Puteri Kayangan dan Tanah Keramat, kini sibuk dengan kerja-kerja produksi untuk drama terbaru, Rentap.

Drama itu dihasilkan untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan ini kali pertama produksinya terbitkan drama untuk stesen kerajaan itu menyebabkan Diana lebih berhati-hati untuk memastikan hasilnya benar-benar bagus apatah ia bertemakan epik dan sudah tentu belanjanya agak besar.

"Pada saya, biarlah berbelanja lebih sedikit agar kualitinya bagus. Lagipun saya mahu memastikan apa saja cerita dihasilkan Unique Twins harus berbeza seperti apa yang pernah saya lakukan sewaktu menghasilkan Puteri Kayangan. Ia menampilkan 20 peratus kesan khas.

"Hendak diikutkan, memang saya tidak berpuas hati dengan Puteri Kayangan kerana drama itu dihasilkan dalam waktu yang singkat. Begitupun, saya gembira apabila ia mendapat jumlah tontonan tinggi. Tidak sangka ramai yang suka akan perubahan yang dilakukan Unique Twins dalam drama dihasilkan," katanya.

Mungkin status dirinya sebagai menantu bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Diraja Ramli Ngah Talib banyak membantu perjalanan syarikatnya hingga agak mudah untuknya menjual produk kepada stesen televisyen tetapi Diana menafikan semua itu.

Katanya, perkara itu tidak seharusnya timbul kerana Unique Twins sudah ditubuhkan sebelum dia bergelar isteri Ramelle Ashram. Malah dirinya sudah lama bertapak dalam dunia lakonan seawal usia 14 tahun dan banyak menimba pengalaman dalam bidang itu.

"Saya mula berlakon sejak usia 14 tahun tetapi dunia lakonan saya tinggalkan buat sementara selepas mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Australia.
Selepas kembali, saya berlakon semula dan waktu sama bergabung dengan Lina menubuhkan produksi sendiri.

"Sebelum berkahwin juga, saya sudah menerbitkan beberapa drama yang sudah pun ditayangkan sebelum itu. Jadi dakwaan yang mengatakan saya menggunakan nama keluarga bekas suami hingga memperoleh peluang untuk mendapatkan projek Unique Twins sama sekali tidak benar.

"Tambahan pula bekas suami tidak mempunyai pengetahuan mahupun pengalaman dalam bidang penerbitan drama mahupun filem. Dia tidak pernah mencampuri urusan perniagaan saya dan menguruskan Unique Twins," katanya.

Dalam menghasilkan karya terbaik, Diana banyak bergabung dengan Lina dan paling ketara drama Puteri Kayangan yang pernah disiarkan menerusi slot cerekarama di TV3 dan menjadi bukti bahawa gabungan mereka berdua boleh menghasilkan karya menarik.

"Saya serasi bekerja dengan Lina. Memanglah kata orang bekerja dengan adik beradik agak payah sebab mudah berkecil hati apabila ada beberapa perkara yang tidak memuaskan hati akan diluahkan. Pada saya mahupun Lina, apa yang kami lakukan adalah untuk kebaikan Unique Twins.

"Ada kala memang kami bertelagah membabitkan idea mahupun pelaksanaan sesebuah drama yang mahu dihasilkan. Bagaimanapun, saya tahu pertembungan idea itulah nanti akan memberikan hasil yang bagus," katanya.

PROFIL:

Nama Penuh: Nordiana Johor Zainal Abidin
Panggilan: Diana Johor
Asal: Johor Bahru, Johor
Umur: 28 tahun
Kerjaya: Pengarah Hotel Pelangi, Johor, penerbit, pelakon dan model iklan komersial
Keluarga: Anak kedua daripada tiga beradik

Drama: Antaranya Mas Maria, Sembilu, Astana Idaman, Hana Hani Cokelat Strawberi dan Tanah Keramat

Teater: Muzikal Tun Mahathir
Pendidikan: Ijazah Ekonomi dan Kewangan dari Universiti Curtin, Perth, Australia
Iklan TV: Banyak, antaranya minyak masak Aliff

15 pemenang ke LA

Posted: 25 Sep 2011 06:11 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]TEPAT jam 3.15 petang ini, seramai 25 orang terdiri daripada 15 pemenang Anugerah Skrin 2010 (ASK2010), empat wartawan media cetak dan wakil daripada Media Prima Berhad diketuai Pengurus Perhubungan Awam dan Acara TV3, Muhamad Aziz, akan berangkat ke Los Angeles sempena program ‘Anugerah Skrin Study Trip’.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved