Isnin, 7 November 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Jemaah ‘disambut’ pengemis asing

Posted: 06 Nov 2011 11:11 AM PST

KUALA LUMPUR: Bagaikan kawasan pengemis. Itu yang dapat digambarkan keadaan di sekitar Masjid Negara yang dipenuhi peminta sedekah ketika solat Aidiladha, semalam.

Tinjauan Harian Metro di kawasan itu mendapati lebih 50 pengemis dipercayai warga asing kerana tidak tahu berbahasa Melayu berada di tangga masjid sehingga mengganggu jemaah untuk menunaikan solat.


Lebih 40 peratus daripada pengemis terbabit terdiri daripada kanak-kanak manakala selebihnya wanita dan warga emas yang menagih simpati jemaah untuk diberikan bantuan.

Bukan setakat itu, mereka juga akan mengerumuni jemaah yang sudah memberikan wang kepada seorang pengemis supaya memberi kepada mereka sehingga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan jemaah.


Kebanyakan pengemis mengenakan pakaian Islam seperti bertudung dan berkopiah dan mereka tidak menunaikan solat Aidiladha sebaliknya menunggu jemaah selesai bersolat.


Jemaah, Ishak Muzafar, 48, berkata, keadaan kawasan Masjid Negara setiap kali solat Aidiladha dipenuhi pengemis dari awal pagi.

"Pengemis di kalangan kanak-kanak mengikut kami sehingga mereka mendapat wang dan ini menyebabkan kami tidak selesa dengan kehadiran mereka.


"Kalau ada di kalangan jemaah yang berikan wang kepada seorang daripada mereka, semua pengemis lain datang dan meminta wang kepada jemaah berkenaan.

"Kebanyakan mereka tidak pandai berbahasa Melayu dan keprihatinan masyarakat negara ini menyebabkan mereka ambil kesempatan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Boikot cara halus

Posted: 06 Nov 2011 11:09 AM PST

KUALA LUMPUR: "Kalau dihalau nanti memperlihatkan masjid sebagai rumah ibadat yang tidak membantu golongan memerlukan, tapi jika dibiarkan kami khuatir timbul pula persepsi buruk selain penipuan yang didalangi sindiket tertentu.

"Jadi, cara terbaik menanganinya ialah rakyat Malaysia boikot secara halus...jangan terlalu pemurah dengan golongan begini, manakala pihak bertanggungjawab jalankan tugas sebaik mungkin," kata Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuan Asmawi Tuan Umar.


Beliau yang juga Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengulas kehadiran kumpulan pengemis warga asing yang ligat meminta sedekah di persekitaran masjid khususnya Masjid Negara, semalam.

Kehadiran kelompok itu yang 'luar biasa' ramai, kebanyakannya kanak-kanak menjadi buah mulut lebih-lebih lagi jemaah masjid yang selesai menunaikan solat Aidiladha.


Tuan Asmawi berkata, tiada halangan untuk orang ramai menderma, namun sebaiknya biar kerja kebajikan itu disalurkan ke saluran betul.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Hilang nyawa dimamah lif

Posted: 06 Nov 2011 12:32 PM PST

KOTA KINABALU: Seorang pelayan wanita sebuah restoran makanan Cina, di sini, mati apabila lehernya hampir putus akibat tersepit di pintu lif menyimpan makanan di restoran tempat dia bekerja semalam.

Kejadian berlaku pada jam 1 tengah hari sebelum mangsa, Lau See Yen, 20, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada kira-kira jam 9.15 malam tadi.

Sebelum kejadian, Lau berada di tingkat dua restoran berkenaan dan meletakkan juadah ke dalam lif khas yang digunakan untuk membawa makanan ke tingkat bawah.

Tanpa disedari, pintu lif itu tertutup secara tiba-tiba menyebabkan kepala mangsa tersepit dan lehernya hampir putus.


Dalam suasana kelam-kabut, mangsa cuba dibantu rakan sekerja dan seorang doktor yang menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan memberikan bantuan pernafasan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Dugaan lepas solat

Posted: 06 Nov 2011 12:30 PM PST

PENDANG: "Selepas solat sunat Aidiladha tiba-tiba arwah memeluk saya sebelum meninggalkan surau dengan menunggang motosikal bersama dua rakannya.

"Saya sangka dia pergi berhari raya, tak sangka pula dia pergi mandi sungai," kata Idris Mat Hashim, 49, bapa kepada Mohd Shahrol Nizam, 11, yang mati lemas di Sungai Rambai Kampung Lubuk Batu, Kubur Panjang, di sini, semalam.


Mayat murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Kubur Panjang itu ditemui tersangkut pada pintu air sungai itu kira-kira jam 1 tengah hari.

Sebelum kejadian, Mohd Shahrol Nizam bersama dua rakan sebayanya pergi ke Sungai Rambai, kira-kira satu kilometer dari rumahnya untuk mandi selepas selesai solat sunat Aidiladha di surau Kampung Lubuk Batu.


Idris berkata, mangsa juga anak bongsu memang manja dengannya tapi dia agak terkejut apabila tiba-tiba anaknya itu memeluknya ketika masih berada di surau.


"Namun, saya tidak terfikir langsung sebarang petanda buruk kerana dia tidak memberitahu mahu pergi ke mana. Ketika itu kami baru selesai solat, jadi saya sangka dia pergi berhari raya di rumah rakan," katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, semalam.

Menurut Idris, beberapa jam kemudian ketika berehat di rumah, dia dikejutkan dengan kedatangan dua rakan Mohd Shahrol yang bersamanya sebelum itu, memberitahu anaknya lemas di Sungai Rambai yang sedalam lebih dua meter itu.


"Saya bergegas ke sungai berkenaan dan mendapati Mohd Shahrol sudah diangkat ke atas tebing oleh rakannya," katanya.

Idris berkata, Mohd Shahrol memang kerap mandi sungai di sekitar kampung itu bersama rakannya dan dia juga tidak bimbang kerana anaknya pandai berenang.


Katanya, dia membawa Mohd Shahrol ke Klinik Kesihatan Kubur Panjang sebelum anaknya itu disahkan sudah meninggal dunia. Jenazah Mohd Shahrol dibawa dengan kenderaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ke HSB, Alor Setar untuk dibedah siasat.


"Buat masa ini saya tidak tahu sama ada Mohd Shahrol mati akibat lemas atau kerana tersangkut pada besi pintu air kerana terdapat kesan lebam pada muka dan sebahagian badannya dipercayai terkena besi pintu air itu.


"Kejadian ini amat menyedihkan dan tidak disangka-sangka, namun saya reda ketentuan Ilahi menguji saya pada Aidiladha ini," katanya.


Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lubuk Batu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Abdul Aziz Ahmad mengesahkan kejadian.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Misi wajib menang

Posted: 06 Nov 2011 09:59 AM PST

JANGAN cari jalan susah! Itu peringatan jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Ong Kim Swee kepada anak buahnya supaya mencari kemenangan pada perlawanan pembukaan Kumpulan A menentang Singapura hari ini dalam saingan bola sepak Sukan Sea Indonesia.

Jelasnya, kemenangan ke atas musuh tradisi itu bukan hanya akan menyemarakkan semangat pemain malah lebih penting, tiga mata penuh yang diraih bakal memberi kelebihan dalam mencari tempat ke separuh akhir.


"Kita diundi dalam kumpulan yang sukar jadi kita tidak boleh membuat kesilapan. Jadi kita perlu bermula baik dalam saingan kali ini dan tidak boleh keciciran mata.

"Kalau kita boleh melayakkan diri ke pusingan seterusnya lebih awal adalah lebih baik, jadi pemain perlu memberikan fokus dan tidak mengambil sikap sambil lewa," katanya yang dihubungi Arena Metro di Jakarta semalam.


Selain Singapura, Malaysia yang memegang status juara bertahan turut berdepan tentangan hebat juara 13 kali Thailand, pasukan tuan rumah Indonesia dan Kemboja.


Biarpun ada pihak yang meragui kemampuan skuad negara untuk mengulangi pencapaian anak buah Datuk K Rajagobal di Sukan Sea Laos 2009, Kim Swee ternyata tetap tenang.

"Kenyataan yang memperlekehkan kemampuan skuad negara kami ambil sebagai cabaran, ia akan memberi motivasi untuk kami berjuang lebih baik," katanya.


Tambah meyakinkan Kim Swee, beliau tidak berdepan masalah untuk menurunkan kesebelasan terbaiknya bagi berdepan Singapura kendalian Slobodan Pavkovic.

Kapten, Baddrol Bakhtiar dijangka akan menerajui barisan serangan dengan dibantu beberapa tonggak utama seperti K Gurusamy (tengah), Mohd Fadhli Shas (pertahanan) dan Khairul Fahmi Che Mat (penjaga gol). Perlawanan Malaysia dengan Singapura akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno jam 5.00 waktu tanah air.

Full content generated by Get Full RSS.

Kunasilan tekad tebus kecewa

Posted: 06 Nov 2011 09:57 AM PST

KILAUAN perak yang dimenangi dua tahun lalu pada Sukan Sea Laos ternyata masih belum cukup untuk memuaskan hati atlet karate kumite negara, L Kunasilan, sebaliknya ia antara pengalaman pahit yang terpaksa ditempuh selepas meletakkan sasaran tinggi untuk menuai emas.

Dua tahun sudah berlalu, kini atlet berusia 26 tahun itu berpeluang untuk menebus kembali kekecewaan itu pada temasya Sukan Sea di Indonesia bermula 11 November ini.


"Kali ini saya memang mahu menang, bermakna saya mahu pingat emas. "Ini bukan sasaran peribadi saya saja, tetapi juga pengurusan pasukan termasuk jurulatih, P Arivalagan.

"Saya sudah bersedia sepenuhnya untuk bersaing pada kali ini. "Apa yang penting ialah terus kekal fokus pada setiap perlawanan," kata Kunasilan yang berharap tidak mengulangi lagi kekecewaan dua tahun lalu.


Namun ketika Kunasilan meletakkan sasaran tinggi untuk merangkul emas, timbul persoalan mampukah dia memenuhi impiannya itu kerana bakal bertanding menerusi kategori bawah 67 kilogram di Indonesia, bukan bawah 60kg seperti kebiasaannya.


"Saya rasa beraksi dalam kategori berbeza bukan satu masalah kerana kategori 60kg dan 67kg tidak banyak bezanya kerana kedua-duanya memerlukan fokus dan kepantasan dan saya mempunyai kelebihan itu," katanya.

Bagaimanapun, Kunasilan tetap berwaspada dengan pesaingnya di Indonesia nanti, terutamanya peserta tuan rumah serta Vietnam kerana kedua-dua negara itu sememangnya cukup sinonim melahirkan atlet karate yang berkaliber.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Umie gementar selepas baca ramalan

Posted: 06 Nov 2011 07:59 AM PST

REKOD berjaya dicipta Datin Paduka Umi Kalsum Rahmad Ali atau Umie Aida apabila menjadi satu-satunya pelakon wanita yang pernah memenangi anugerah kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama empat kali dalam sejarah Anugerah Skrin (ASK).

Kemenangan Umie pada Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat lalu turut mengubati 'luka hati' kakaknya, Erma Fatima yang juga pengarah drama Air Mata Nur Salina yang tewas kepada Sabri Yunus, pengarah dan penulis skrip Drama Terbaik, Sanggul Beracun.

Sewaktu diumumkan sebagai pemenang, kelihatan Umie sempat berpelukan dengan kakaknya sambil Erma menepuk manja belakang tubuhnya beberapa kali seakan-akan memberi isyarat bangga dan bersyukur dengan kemenangan adiknya itu.

"Kemenangan ini satu tanggungjawab cukup besar bagi saya agar terus mempertingkatkan mutu lakonan pada masa akan datang. Saya tidak rasa selesa dengan kemenangan kali ini, sebaliknya perlu mempersembahkan lakonan yang orang boleh hargai," katanya sewaktu sidang media khas selepas menerima trofi kemenangan.


"Terus terang saya awalnya langsung tiada tekanan untuk memenangi anugerah ini, memandangkan terlalu sibuk dengan latihan teater Badai Semalam di Istana Budaya. Bagaimanapun, sebelum majlis berlangsung dan membaca ramalan dibuat rakan media, barulah saya rasa gementar," katanya.


Pada waktu sama sebelum majlis berlangsung, banyak pihak menyatakan saingan terdekat datang daripada rakan baiknya sendiri iaitu Erra Fazira yang turut dicalonkan dalam kategori sama menerusi Sanggul Beracun.

Turut sama dicalonkan pengacara ASK2011 malam itu, Rozita Che Wan (Masihkah Ada Sinar), Norlia Ghani (Janji Syurga) dan Amyza Adnan (Midah Kuih Bangkit).

"Saya melihat pencalonan diterima saya dan Erra sebagai persaingan sihat tapi sepanjang sesi latihan Badai Semalam, tak dinafikan kami ada mengusik antara satu sama lain. Kemenangan akhirnya berpihak kepada saya dan ini satu rezeki. Terima kasih kepada juri yang menghargai saya," katanya.

Gandingan Umie dalam Air Mata Nur Salina, aktor Remy Ishak turut membawa pulang trofi tapi bukan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama sebaliknya Remy menang trofi Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem Cun!. Kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama dimenangi Eman Manan menerusi Janji Syurga. Eman bagaimanapun tidak hadir menerima trofi itu.

Turut dicalonkan dalam kategori sama, Riz Ainuddin (Berkalung Noda), Faizal Hussein (Rendang Madu) dan Namron (Sanggul Beracun).

Ternyata lakonan mantap dipersembahkan Remy dalam filem Cun! memberikannya kemenangan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Turut dicalonkan dalam kategori sama - Aaron Aziz (KL Gangster), Adi Putra (KL Gangster), Shaheizy Sam (Kongsi) dan Zul Handy Black (Mantra).

Kata Remy, dia sangat terkesima apabila namanya diumumkan sebagai pemenang. Apatah lagi dia tidak meletakkan sebarang kemenangan dan datang untuk memeriahkan majlis.

"Hendak diikutkan, pembabitan saya dalam dunia lakonan masih baru dan banyak lagi perkara yang ingin saya lakukan. Tidak sangka dalam tempoh singkat ini saya sudah mampu mencapai kejayaan ini. Apatah lagi ia anugerah yang dinilai juri. Saya benar-benar bersyukur," katanya yang datang bersama kekasihnya, Tiz Zaqyah.

Remy turut meluahkan rasa gembiranya apabila filem Cun! turut menang besar apabila pengarahnya Osman Ali memenangi Pengarah Terbaik Filem dan Nadia Nisa menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem.

Bagi pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem, Siti Sharizah atau Eja bersyukur apabila bakat dan kerja kerasnya menjayakan filem Janin membawa pulangan berbaloi.

Dia yang mula mencipta nama menerusi rancangan Roda Impian itu berkata dia sangat jarang memperoleh peluang untuk berlakon filem.

"Saya percaya kemenangan saya dalam filem ini turut disokong kekuatan pelakon lain yang rata-rata pengalaman luas. Apatah lagi tema yang ditampilkan iaitu kemasyarakatan dan kemanusiaan membuatkan ia mendapat perhatian juri. Ia mungkin tidak begitu komersial, namun kekuatan ceritanya dan kualiti lakonan menjadikan ia sebuah filem yang bagus," katanya.

Turut dicalonkan bersama Eja, Tiz Zaqyah menerusi filem (Nur Kasih The Movie), Diana Amir (321 Cinta), Ziana Zain (Magika) dan Shikin Kamal (Dilarang Masuk).

Nadia Nisa yang dicalonkan bersama dua lagi pelakon filem Cun! iaitu Ning Baizura dan Faizah Elai, menganggap kemenangannya itu sebagai rezeki anak sulungnya, Omar Saiful Razman baru berusia sebulan. Dia yang masih lagi berpantang hadir ke majlis itu selepas dipujuk Osman Ali.

"Sebenarnya sewaktu dihubungi pihak penganjur saya sudah memberitahu tidak dapat hadir kerana masih berpantang tapi entah mengapa Osman beria-ia mahu saya hadir. Segala persiapan dibuat saat akhir dan rupa-rupanya saya dipilih juri memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem," katanya yang berlakon sebagai gadis kelainan upaya (OKU).

"Selepas berlakon dalam Bara Jiwa juga arahan Osman Ali, saya sudah berhenti berlakon sekejap. Sepanjang mengandung dan berpantang di rumah saya lihat banyak karya terbaik keluar menerusi filem mahupun drama. Tidak sangka apa yang saya lakukan ini mendapat pengiktirafan. Anugerah ini turut menjadi pembakar semangat untuk terus aktif," katanya.

Kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama dimenangi Elfira Loy menerusi drama Kum Kum manakala Pelakon Pembantu Terbaik Filem (Sidik Husin/ Karak). Mereka bagaimanapun tidak dapat hadir untuk menerima trofi.

Kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama pula berpihak kepada Allahyarham Faizal Yusof menerusi Jangan Hantar Aku Ke Neraka.

Malam kemuncak ASK2011 turut memperlihatkan penguasaan Sanggul Beracun yang disiarkan Astro apabila menyapu bersih beberapa kategori utama seperti Lakon TV Terbaik dan Pengarah Terbaik (Sabri Yunus), Videografi Terbaik dan Drama Terbaik.

Sabri menjelaskan, dia tidak menjangka drama itu menang besar memandangkan sebelum ini ramai menjangkakan filem arahan Erma Fatima, Air Mata Nur Salina menjadi pilihan.

"Sebelum ini saya pernah menulis dan mengarah, tetapi terhad kepada sitkom saja. Pada usia 50, baru saya melakukan tugas mengarah drama. Selepas ini saya tidak akan berhenti dan sekarang sedang menyiapkan skrip yang diangkat daripada novel hebat, Hari Hari Terakhir Seorang Seniman," katanya.

Osman yang memenangi kategori Pengarah Terbaik menyifatkan kemenangannya sebagai pengubat luka apabila filem Cun! kurang berjaya mencatat kutipan 'box-office' apabila ditayangkan
di pawagam.

"Saya menghasilkan filem yang memaparkan soal kasih sayang. Kemenangan ini membuatkan saya mahu terus menghasilkan filem bertemakan sedemikian. Ia karya yang bukan wakili diri saya tapi untuk santapan masyarakat," katanya.

Filem Terbaik dimenangi KRU Studios menerusi Magika. Selaku Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim, berkata kemenangan filem mereka secara tidak langsung mengesahkan Magika filem yang ada keistimewaan tersendiri walaupun sebelum ini kejayaannya dipertikaikan pada Festival Filem Malaysia Ke-23
Selain itu beberapa anugerah khas turut diwujudkan antaranya Anugerah Artis Harapan Pantene yang dimenangi Fazli Daniel Ali menerusi drama Yang Terpuji, dan Anugerah Yasmin Ahmad diberi kepada pengarah Syamsul Yusuf.

Keputusan penuh Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011)

Kategori Drama

1. Drama Terbaik - Sanggul Beracun (Sabri Yunus)
2. Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Eman Manan (Janji Syurga)
3. Pelakon Wanita Terbaik - Umie Aida (Air Mata Nur Salina)
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Allahyarham Faizal Yusof (Jangan Hantar Aku Ke Neraka)
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Elfira Loy (Kum Kum)
6. Pengarah Terbaik Drama - Sabri Yunus (Sanggul Beracun)
7. Lakon TV Terbaik - Sabri Yunus (Sanggul Beracun)
8. Drama Rantaian Terbaik - Juvana (Filmscape Sdn Bhd)
9. Drama Komedi Terbaik - Geng Surau (Pena Kreatif Sdn Bhd)
10. Videografi Terbaik - Sanggul Beracun (Balang Rimba Sdn Bhd)

Kategori Filem

1. Filem Terbaik - Magika (KRU Studios)
2. Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Remy Ishak, (Cun!)
3. Pelakon Wanita Terbaik Filem - Eja (Janin)
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Sidek Hussin (Karak)
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Nadiya Nisa (Cun!)
6. Pengarah Terbaik Filem - Osman Ali (Cun!)
7. Lakon Layar Terbaik Filem - Aku Tak Bodoh (Erhan Baharudin & Sujin Lee)

Kategori Penerbitan Dalaman

1. Rancangan Dokumentari/ Majalah Terbaik - Suatu Ketika: Ep Yuen Yuet Leng
2. Rancangan Bual Bicara Terbaik - Selami Jiwa: Datuk Fadzillah Kamsah
3. Rancangan Hiburan Terbaik - Maharaja Lawak Akhir
4. Rancangan Muzikal Terbaik - Shout! Awards 2010
5. Rancangan Realiti Terbaik - Showdown 2011: Top 12 Show
6. Laporan Khas/ Berita Terbaik - Buletin Utama, Pengemis Terhemat.

Anugerah Khas

1. Anugerah Yasmin Ahmad - Syamsul Yusof
2. Anugerah Artis Harapan Pantene - Fazli Daniel Ali (Yang Terpuji)

Full content generated by Get Full RSS.

Sejarah tersendiri Upin & Ipin

Posted: 06 Nov 2011 07:49 AM PST

TANPA mempertaruhkan barisan pelakon terkenal, pementasan muzikal teater Upin & Ipin bakal melakar sejarah tersendiri kerana menjadi teater pertama yang dipentaskan di negara ini sebanyak 30 persembahan tanpa henti dalam tempoh 22 hari.

Siri Upin & Ipin The Musical yang membabitkan kos hampir RM3 juta juga berjaya menghimpunkan serta mencungkil bakat hampir 70 pelakon kanak-kanak dan remaja untuk diketengahkan, sekali gus menampilkan beberapa elemen baru dalam mencipta sejarah teater tempatan.

Penerbit Eksekutifnya, Siti Rohayah Attan berkata, sepanjang pengetahuannya, belum ada teater yang dipentaskan tanpa henti sebanyak 30 persembahan setakat ini. Kalau ada pun teater yang dipentaskan mungkin sebanyak 28 persembahan saja, tetapi mereka 'bercuti' pada Isnin atau Ahad.

Katanya, perkara ini tidak pernah dilakukan kerana pihak produksi pasti bimbang pelakon akan keletihan atau mengalami masalah kesihatan sehingga boleh mengganggu kelancaran pementasan.


"Bagi mengatasi perkara ini, kami mengambil keputusan membentuk dua kumpulan bagi memegang watak utama. Mereka akan mengadakan persembahan secara berganti di mana setiap kumpulan mengadakan 15 persembahan.


"Lebih menarik, pihak kami memilih pelakon yang berbilang kaum seperti konsep cerita karakter adik-beradik kembar siri animasi popular, Upin & Ipin yang asal," katanya.

Ditanya kenapa berani mengetengahkan barisan pelakon baru termasuk pelajar Aswara, kata Siti Rohayah, buat masa ini, pihaknya percaya pementasan muzikal itu tidak memerlukan pelakon popular sebagai tarikan komersial kepada penonton.

Ia kerana Upin & Ipin sendiri adalah produk Malaysia yang sudah berjaya mencetuskan fenomena luar biasa serta mempunyai pengikutnya sendiri termasuk di luar negara.

"Jika ada keperluan dan permintaan daripada peminat sendiri, kami bersedia mempertimbangkan untuk menampilkan artis popular sebagai pelakon undangan dalam teater ini nanti," katanya.

Kata Siti Rohayah, barisan pelakon muzikal Upin & Ipin sudah giat menjalani latihan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sejak sebulan yang lalu.

"Walaupun pementasan ini masih jauh lagi, kami melihat tempoh lima bulan lagi itu terlalu singkat bagi produksi Les Copaque Production Sdn. Bhd dan CTRA Production untuk merealisasikannya seperti direncanakan.

"Menariknya, pemilihan dua kumpulan pelakon membabitkan kumpulan kanak-kanak berusia dari sembilan hingga 13 tahun. Manakala, kumpulan kedua adalah pelakon remaja yang membawakan watak kanak-kanak. Watak yang akan 'berganda' ialah Upin, Ipin, Jarjit, Mei Mei, Fizi, Ehsan, Mail, Susanti dan Ijat," katanya.

Kata Siti Rohayah lagi, konsep 'under studies' yang diamalkan sesetengah produksi yang mengadakan persembahan panjang tidak sesuai diamalkan kerana ia akan mengecewakan pelakon yang tidak dapat beraksi sedangkan mereka menjalani latihan yang lama.

"Sekalipun pihak kami melabur kos yang tinggi bagi menjayakan pementasan muzikal ini tapi kepuasan dan stamina pelakon menjadi keutamaan kepada produksi.

"Pementasan ini mendapatkan khidmat Zaifri Husin sebagai Pengarah dan Penulis Skrip, Datuk Suhaimi Mohd Zain sebagai Pengarah Muzik serta A.Aris Kadir sebagai koreografer," katanya.

Menyentuh jualan tiket setakat ini, kata Siti Rohayah, ia sudah mula mendapat sambutan dari peminat teater tempatan kerana ia dijual pada harga murah dan berpatutan.

Bagaimanapun, seperti penerbit teater lain, Siti Rohayah mengakui jualan tiket saja tidak mampu membiayai kos keseluruhan pementasan berkenaan.

"Sehubungan itu, pihak kami berharap ada syarikat korporat atau mereka yang berminat di luar sana untuk menaja atau membeli tiket secara pukal untuk tampil bersama-sama mencipta sejarah bagi produk kebanggaan Malaysia ini," katanya.

Upin & Ipin The Musical menceritakan perjalanan Upin, Ipin dan kawan-kawan yang mahu menggembirakan Puteri Cinonit. Ini kerana Puteri Cinonit yang ketiadaan ibu bapa hidup dalam kemurungan dan cemburu dengan kegembiraan Upin & Ipin.

Semasa perjalanan ke dunia lain, Upin & Ipin dibawa ke angkasa lepas, ke tengah lautan dan hutan belantara.

Upin & Ipin The Musical bakal dipentaskan di IB, Kuala Lumpur bermula 14 April hingga 6 Mei tahun depan. Keterangan lanjut mengenai pementasan ini boleh layari www.ticket2u.biz atau facebook Upin & Ipin the Musical.

Kepada peminat siri Upin & Ipin, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pementasan muzikal ini nanti. Peminat juga boleh menjayakan showcase Upin & Ipin The Musical lebih awal apabila kumpulan ini mengadakan persembahan di Karnival Jejak Upin & Ipin di Muzium Negara mulai 25 November hingga 30 Disember ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved