Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 20 Aug 2011 09:21 AM PDT KUALA LUMPUR: "Jika dulu ibu dan ayah berjaga siang malam kerana bimbangkan kesihatan kami, sekarang giliran kami pula menggalas tanggungjawab menjaga ibu yang menderita penyakit barah payudara," kata pasangan kembar siam popular negara, Ahmad dan Muhammad Rosli, 13. Kedua-duanya yang ditemui di kediaman mereka di Puchong, dekat sini, Khamis lalu, melayan ibu mereka yang terbaring di atas katil di ruang tamu rumah.
Menurut Ahmad, bagi meringankan penderitaan ditanggung ibunya, dia sebagai abang paling tua sentiasa memantau aktiviti empat lagi adiknya berusia tiga hingga sembilan tahun.
"Saya tidak tahu apa hendak dilakukan untuk mengurangkan penderitaan emak. "Selepas balik dari sekolah dan berbuka, saya memicit badan emak bila dia mengadu lenguh atau sakit," katanya yang bercita-cita menjadi pelukis.
Mengerti kesukaran dialami ibu bapanya dan menggalas tanggungjawab terhadap adiknya, Ahmad dan Muhammad turut ringan tulang membantu menyediakan sajian berbuka puasa, termasuk pinggan mangkuk serta gelas minuman untuk kegunaan bersama.
|
Posted: 20 Aug 2011 09:21 AM PDT KUANTAN: "Saya tidak sempat membayar barangan persiapan menyambut Aidilfitri yang dibeli di pasar raya walaupun sudah tiba di kaunter pembayaran. Apabila dihubungi anak sulung yang memaklumkan rumah kami terbakar, saya terus bergegas pergi," kata Ketua Pembantu Tadbir di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang, Samsiah Ibrahim, 54. Dalam kejadian pada jam 10.30 pagi semalam, dua rumah milik ibu tunggal empat anak berkenaan dan seorang pengawal keselamatan, Samsuddin Adabi Abdullah, 63, di Perumahan Cenderawasih, di sini, musnah terbakar.
Katanya, ketika kejadian, dia bersama tiga anak keluar ke pusat bandar untuk membeli-belah barangan persiapan bagi menyambut Aidilfitri yang bakal tiba dua minggu lagi apabila dihubungi anaknya, Nik Nurfajrina Nikmat, 26, yang memaklumkan berita buruk itu.
Nik Nurfajrina berkata, ketika menggunakan komputer riba di tingkat bawah rumah, dia apabila terdengar jeritan jiran memaklumkan ada kebakaran.
"Saya tidak sempat menyelamatkan dokumen penting kerana panik dan hanya mampu menelefon ibu memaklumkan kejadian ini," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan