Harian Metro: Setempat |
Posted: 20 Aug 2011 09:18 AM PDT JELI: "Naluri keibuan saya tersentuh tatkala menerima berita sedih mengenai kematian anak kerana tidak sangka dia meninggalkan kami semua pada sambutan hari lahirnya ke-18, hari ini (semalam), selepas terbabit dalam kemalangan. "Paling tidak dapat dilupakan apabila dia membelikan saya kek sempena ulang tahun kelahiran saya ke-51 dan kami sempat meraikannya bersama malam tadi (kelmarin)," kata Mariam Abdul Rahim, 51, ibu bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Aniq Arshad Mohd Roseli, yang maut dalam kemalangan, semalam.
Kejadian di Kilometer 88.3, Jalan Kota Bharu-Machang-Grik berdekatan Gemang, Ayer Lanas, dekat sini, menyebabkan motosikal ditunggang Aniq Arshad dan Perodua Kancil dipandu anggota tentera dari 8 Briged Kem Pengkalan Chepa, Zazemi Mat Jusoh, 27, berlanggar sebuah lori dari arah bertentangan.
"Saya hanya dimaklumkan arwah dalam perjalanan ke kawasan itu untuk mendapatkan bekalan ikan kelah yang dibeli daripada Orang Asli. Sebab itu saya memberi keizinan kerana ditemani beberapa rakan lain.
Beliau yang juga peniaga kedai dobi berkata, sejak tamat menjalani latihan PLKN di Kem Cancun Park, Pasir Mas, arwah jarang dilihat ke luar rumah, selain banyak menghabiskan masa bersama keluarga.
|
Posted: 20 Aug 2011 09:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pekerja sebuah restoran di Taman Mulia, di sini, cedera di muka dan badan selepas dibelasah seorang pelanggan yang berang kerana makanan dan minuman dipesannya untuk berbuka puasa lambat dihidangkan, kelmarin. Dalam kejadian jam 7 malam itu, suspek berusia 30-an dikatakan mengamuk apabila pesanan makanan dibuatnya belum dihidangkan sedangkan hampir masuk waktu berbuka.
"Mangsa yang berusia lewat 20-an kemudian menerangkan pihaknya berusaha menyediakan juadah untuk pelanggan mengikut giliran selain meminta suspek bersabar, namun tidak diendahkan.
"Dua rakan mangsa melarikan diri sebelum suspek terus memukul mangsa lebih 10 minit sambil disaksikan pelanggan lain. Suspek meninggalkan kawasan itu selepas azan," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan