Harian Metro: Setempat |
Posted: 17 Oct 2011 09:31 AM PDT MELAKA: "Luluh hati saya ketika tiba ke tempat kejadian dan melihat tubuhnya terbujur kaku ditutup dengan plastik hitam. Malah, lebih mengecewakan apabila mengenangkan arwah tidak sempat melihat anak ketiganya yang bakal lahir. "Sebelum ini, dia pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga koma dan menyatakan sekiranya sekali lagi terbabit kemalangan, nyawanya akan terancam kerana kepalanya sensitif," kata isteri kepada mangsa kemalangan maut, Shahrul Hisham Daud, 22. Norhanisah Nordin, 21, yang baru disahkan mengandung sebulan berkata, ketika kejadian suaminya baru menghantarnya bekerja di pasar raya di Cheng jam 2.45 petang sebelum terbabit dalam kemalangan jam 3.30 petang itu. "Sebelum ini, dia tidak pernah menghantar saya sehingga ke kaunter tempat bekerja, namun hari ini (kelmarin) dia beriya-iya mahu ikut hingga ke kaunter, tetapi saya tidak menghiraukan permintaannya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 17 Oct 2011 09:26 AM PDT PETALING JAYA: Seorang wanita terpaksa berpisah dengan dua anaknya selepas melarikan diri akibat tidak tahan dibelasah suami di kediaman rakannya di Damansara Damai, di sini, awal pagi semalam. Difahamkan, mangsa berusia 32 tahun menumpang di rumah rakannya itu selama lebih dua minggu selepas melarikan diri bersama dua anaknya akibat tidak tahan dipukul suaminya.
Mangsa akur dan turun bertemu suaminya dengan membawa bersama dua anak mereka sebelum berlaku pertengkaran kecil. Ketika itu, suami mangsa yang naik marah menumbuk perut dan menampar mukanya.
Sehubungan itu, mangsa yang melarikan diri ke rumah seorang lagi rakannya di Jinjang, dekat sini, membuat laporan di Balai Polis Jinjang sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan