Harian Metro: Hati |
Posted: 15 Nov 2011 08:29 AM PST GUBAHAN bunga untuk hantaran perkahwinan atau pertunangan daripada kain jenis stoking yang mempunyai pelbagai warna pasti membuatkan majlis mempelai bertambah menarik. Dengan reka bentuk ringkas dan sederhana serta tanpa corak gubahan bunga terlalu sarat, hantaran perkahwinan atau pertunangan tetap akan tampak cantik dan lebih elegan. Suatu ketika dahulu, gubahan bunga pada hantaran tidak terlalu diambil berat malah boleh dibeli secara borong dalam pelbagai warna. Kini permintaan untuk mendapatkan bunga gubahan hantaran buatan tangan dalam rekaan eksklusif khususnya bagi menepati tema perkahwinan semakin mendapat perhatian ramai. Berkongsi pengalaman dengan Jamaliah Abdul Rahman yang memilih aktiviti membuat bunga stoking pada masa lapang, seni membuat bunga daripada stoking agak merumitkan.
"Bagaimanapun, usaha berterusan akan menghasilkan gubahan bunga stoking yang cantik dan memuaskan hati," katanya. Tambahnya, selain penyeri kepada barangan hantaran perkahwinan dan Bagi ruangan Hias minggu ini, ikuti panduan langkah demi langkah membuat gubahan bunga stoking untuk hantaran perkahwinan atau pertunangan. - Blog chantiquelia.blogspot.com (019-3622609 dan 012-2400088) Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 15 Nov 2011 07:42 AM PST MASAKAN Thai biasanya memberi penekanan terhadap rasa masam, masin, manis dan pedas pada setiap hidangannya. Disebabkan kesempurnaan rasa yang terdapat dalam masakan Thai, ramai menggemarinya untuk dijadikan sebagai santapan utama ketika bersama keluarga dan teman.
Tidak hairanlah jika ia menjadi santapan kegemaran pelbagai lapisan masyarakat kerana keenakannya disebabkan campuran hidangan Timur yang ditambah pengaruh dari Barat sehingga berjaya menghasilkan rasa unik untuk setiap menu yang dihasilkan. Bagi yang masih tercari-cari hidangan ala Thai dengan rasa sebenar seperti di negara itu, Cinnamon Coffee House di Hotel One World, Petaling Jaya kini membawa anda keenakan rasa sempurna dan hidangan lazat sepanjang November ini.
Pengunjung akan disaji dengan masakan seperti tomyam dan kari hijau makanan laut serta rasa enak ikan merah masam manis ala Thai, kepah hijau dalam krim kelapa bercili, ayam paprik dan pencuci mulut pisang yang dimakan bersama santan. Selain menyajikan pelbagai hidangan Thai, Cinnamon Coffee House turut me–nyediakan kaunter pasta, salad, masakan barat, China, Jepun dan menu tempatan lain untuk menambah cita rasa pengunjung yang hadir. Buahan-buahan yang dipotong segar juga tidak dilupakan selain menyajikan pencuci mulut lain seperti kek, ais krim, ais kacang, kuih tradisional dan coklat. Bagi yang berminat, promosi masakan Thai itu boleh dinikmati setiap Jumaat atau Sabtu bermula pada 6.30 petang hingga 10.30 malam dengan harga RM98 untuk dewasa dan RM49 bagi kanak-kanak. Untuk sebarang tempahan, sila hubungi Cinnamon Coffee House di talian 03-76811157. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan