Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 09 Dec 2011 09:54 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk menyeksa kehidupan isteri keduanya dengan mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin hampir empat tahun selepas wanita itu meminta diceraikan kerana tidak tahan dengan perangai kasanova suaminya. Si isteri meminta cerai bukan sekadar tidak tahan kerana pantang melihat wanita 'berdahi licin', tetapi lelaki berusia 50-an itu juga mempunyai tabiat jijik iaitu gemar merakam gambar dan video aksi lucahnya bersama pasangan kekasih yang berlainan. Isteri kedua itu yang hanya mahu dikenali sebagai Rina, 38, berkata setiap kali rahsia terbongkar, suaminya memujuk serta bersumpah tidak mengulangi perangai buruknya, namun janjinya tidak kekal. Menurutnya, dia hilang sabar dengan sikap 'kaki perempuan' suaminya sejak berkahwin hampir 10 tahun lalu dan tidak berubah walaupun kini berusia 50-an.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 09 Dec 2011 09:50 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang wanita kerugian RM1 juta apabila ditipu lelaki warga Afrika yang mengaku sebagai jurutera syarikat cari gali minyak di pantai timur. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Lim, 47, sebelum itu berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Kevin Axcel Brown atau Joe, 48, sejak September lalu melalui sebuah laman web cari jodoh. Ketua Jabatan Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, Lim mula mengenali Joe yang menyamar warga Kanada dan bekerja di sebuah syarikat cari gali minyak. "Mereka hanya berhubungan melalui telefon sebelum Joe merayu Lim memasukkan wang berjumlah RM1 juta ke dalam akaunnya kerana terdesak memerlukan wang bagi menguruskan satu projek syarikatnya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan