Harian Metro: BeritaUtama |
Jamin ‘hutang’ RM2.5j Posted: 13 Dec 2011 11:43 AM PST KUALA LUMPUR: "Hidup siapa tenteram kalau tiba-tiba terpaksa menjadi penjamin hutang lebih RM2.5 juta sedangkan saya tidak tahu apa-apa," kata pelakon terkenal, Fizo Omar selepas menyedari dia menjadi penjamin bagi pinjaman bank yang dibuat sebuah syarikat di Damansara, di sini. Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 26, berkata dia mengetahui mengenai pinjaman itu selepas dihubungi pihak bank yang memaklumkan tunggakan bayaran oleh peminjamnya. "Semuanya bermula pada 2008 sebelum saya menceburi bidang lakonan. Saya dilantik menjadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang dikendalikan seorang kenalan. "Saya keluar daripada syarikat itu pada hujung tahun sama kerana mahu menumpukan karier sebagai pelakon sehingga saya mengetahui bank menghantar notis tahun lalu kerana kegagalan menjelaskan pinjaman," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk mendapatkan bantuan perundangan di sini, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 13 Dec 2011 11:42 AM PST KUALA LUMPUR: Hujan lebat selama dua jam menyebabkan beberapa kawasan rendah di sekitar ibu kota dinaiki air sedalam 0.5 hingga tiga meter. Antara kawasan terjejas Jalan Tun Razak, Kampung Baru dan Jalan Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas teruk hingga jam 8 malam.
Mangsa, Khalili Yunus, 46, yang berniaga sendiri berkata, dia terkejut apabila melihat rumah diduduki sejak 15 tahun lalu dinaiki air buat pertama kali dalam masa tidak sampai dua jam.
Menurutnya, akibat banjir itu, dia mengalami kerugian apabila beberapa perabot termasuk televisyen rosak.
Katanya, punca air naik dengan cepat disebabkan longkang tersumbat menyebabkan aliran air tersekat dan melimpah ke rumah penduduk.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan