Harian Metro: Setempat |
Posted: 09 Dec 2011 09:30 AM PST KUALA LUMPUR: Tujuh penari erotik yang leka mempersembahkan tarian di sebuah pusat hiburan di Selayang, di sini, kelam-kabut apabila premis itu diserbu polis jam 11 malam kelmarin. Dalam serbuan itu, mereka terdiri daripada warga Vietnam dan Indonesia berusia 20 hingga 30-an antara 12 individu yang ditahan, selain seorang wanita dipercayai pelacur dan pasangannya yang dicekup dalam keadaan bogel. Jurucakap polis berkata, turut ditahan, seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang dipercayai penjaga premis terbabit.
''Ini kali kedua premis itu diserbu tahun ini. Pengusaha premis masih degil menjalankan kegiatan haram ini,'' katanya.
|
‘Datuk tak sentuh saya lepas jumpa janda lama’ Posted: 09 Dec 2011 09:28 AM PST KUALA LUMPUR: Kebahagiaan berumah tangga yang diimpikan seorang wanita selepas bersetuju berkahwin dengan duda bergelar Datuk bertahan tidak sampai tiga tahun kerana dia ditinggalkan. Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Datin Leeya, 30, berkata sehingga kini dia tidak tahu kenapa suaminya mengabaikan nafkah zahir dan batin sedangkan lelaki itu mencintainya di awal perkahwinan.
Mengimbas apa yang berlaku, Leeya berkata, dia berkahwin dengan duda anak tiga berusia 50 tahun itu beberapa bulan selepas lelaki terbabit bercerai pada 2009.
"Tetapi, selepas saya melahirkan anak pertama, dia mula semakin jarang pulang ke rumah atas alasan urusan kerja. Keadaan bertambah teruk ketika anak berusia tiga bulan apabila kami mula bertengkar, manakala pemberian wang saraan hidup saya semakin dikurangkan," katanya.
"Sekarang suami datang seminggu sekali itupun untuk bertemu anak. Apabila anak kami tidur, dia keluar rumah tanpa menyentuh atau melihat saya," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan