Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 12 Sep 2012 01:11 PM PDT SHAH ALAM: "Sebaik masuk dalam bilik, badan saya menggigil apabila melihat dia sudah tidak bernyawa dan tompokan darah memenuhi sebahagian bilik," kata Poziah Supian@Supien, 56, jiran seorang wanita Indonesia yang mati dipercayai akibat dikapak suaminya sendiri. Mangsa dikenali sebagai Noviaryani, 34, ditemui mati di rumah sewanya di Lorong Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, di sini, jam 9 malam kelmarin dan polis turut menemui sebilah kapak yang dipercayai digunakan untuk menetak belakang kepala mangsa. Sebelum kejadian, mangsa yang juga suri rumah bertengkar dengan suaminya dalam bilik mereka yang disewa bersama tiga pasangan lain sebelum suaminya dilihat keluar dan meninggalkan rumah dengan motosikal. Poziah berkata, ketika berada di luar rumah, dia melihat suami Noviaryani atau lebih mesra dipanggil Ani, keluar dari rumah dengan membawa beg dan menaiki motosikal dalam keadaan biasa seperti tiada apa-apa berlaku di rumahnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/13 |
Posted: 12 Sep 2012 01:09 PM PDT IPOH: Rasa kesal atas tindakan menembak anaknya dalam satu kejadian petang kelmarin, dipercayai menjadi punca bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri. Mayat lelaki itu ditemui terbujur berhampiran kawasan ladang limau di Kampung Rapat, berhampiran pinggir Lebuh raya Utara-Selatan, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi semalam. S Ravindran, 44, didakwa melepaskan dua das tembakan ke arah kaki anaknya, R Hariharen, 15, selepas bertengkar dengan isterinya di hadapan rumah mereka di Taman Panorama Indah, Gunung Rapat, di sini, jam 4.40 petang kelmarin. Sumber polis berkata, dia ditemui mati oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu sebelum melaporkannya kepada pihak polis. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/13 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan