Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 18 Sep 2012 04:23 PM PDT SUNGAI PETANI: "Ketika berlari ke dalam rumah, saya melihat seorang lelaki mengangkat tangan ke arah ibu dan bapa mentua dalam gelap sebelum terdengar dua das tembakan dan mendapati ibu rebah di depan bapa mentua." Begitu kata V Devi, 23, menantu K Kalyani, 57, yang terbaring berlumuran darah dan mati di tempat kejadian akibat terkena satu daripada dua das tembakan selepas rumah mereka diserang sekumpulan lelaki di Estet Bukit Lembu, Bukit Selambau, dekat sini, kelmarin. Kejadian berlaku jam 11.45 malam ketika mangsa bersama suami, anak dan beberapa jiran berbual di hadapan rumah apabila sekumpulan 15 hingga 20 lelaki bermotosikal serta kereta muncul di pekarangan rumah berkenaan. Selepas menetak dua saudara serta anak mangsa yang cuba menghalang, kumpulan bersenjatakan parang dan kayu itu meluru lalu berhenti di hadapan pagar rumah berkenaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/19 |
Posted: 18 Sep 2012 04:23 PM PDT KANGAR: "Salahkah tindakan saya jika bertemu suami kerana mahu meminta wang bagi membeli susu untuk anak lelaki berusia 15 bulan yang sudah seminggu kelaparan susu, tetapi dipukul dengan penyapu selain turut ditumbuk dan diterajang." Begitu kata Wita Baharom, 42, dari Kampung Sena, dekat sini, apabila mendakwa trauma menjadi mangsa belasahan suaminya berusia 41 tahun dan isteri pertama lelaki itu berusia 34 tahun selepas meminta wang untuk membeli susu buat bayi lelaki mereka. Kejadian berlaku jam 5 petang kelmarin ketika mangsa yang juga isteri kedua kepada lelaki terbabit muncul di rumah suaminya di sebuah kampung, di sini, tetapi kedatangannya menimbulkan kemarahan suaminya sebelum ditinju kerana tidak berpuas hati dengan permintaannya. Wita yang bekerja sebagai tukang cuci berkata, dia kemudian dipukul dengan kayu oleh madunya yang masuk campur dan turut diterajang, ditumbuk dan ditampar suaminya ketika menyuarakan masalah mengenai perbelanjaan dapur.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/19 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan