Harian Metro: Setempat |
Posted: 01 Sep 2012 03:34 PM PDT GERIK: "Kami sempat melihat seladang itu menanduk rusuk kiri Musa, menyebabkan dia melambung lima meter ke udara sebelum tersangkut pada pohon buluh," kata Isa Abdul Manas, 24, rakan kepada Musa Ismail, 55, yang maut diserang seekor seladang di Hulu Air Pasir, Banding, berdekatan Hutan Simpan Royal Belum, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 6 petang, Musa bersama Isa serta abangnya, Mohd Saripudin Abdul Manas, 34, berkunjung ke kawasan itu untuk memancing sebelum berdepan saat mencemaskan diserang haiwan liar berkenaan.
Isa yang ditemui di rumahnya di Kampung Kenayat, di sini, semalam berkata, mereka memasuki hutan untuk memancing ikan dengan berjalan kaki hampir tiga jam menerusi 'lorong tikus' di Kilometer 68.4 di Jalan Raya Timur Barat berdekatan Banding, di sini.
"Bagaimanapun, haiwan itu bertindak agresif sebelum meluru ke arah arwah dan menanduknya, menyebabkan arwah melambung dan tersangkut pada pohon buluh," katanya.
Isa berkata, arwah menghembuskan nafas terakhir dua jam kemudian akibat pendarahan teruk di rusuk kiri sebelum pasukan penyelamat tiba awal pagi semalam bagi mengeluarkan mereka bertiga.
Artikel ini disiarkan pada : 02/09/2012 |
Posted: 01 Sep 2012 03:31 PM PDT GERIK: Seramai 38 anggota penyelamat membabitkan polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta anggota bomba dan penyelamat mengharungi perjalanan sukar hampir 10 jam bagi meredah kawasan Puncak Titiwangsa untuk mengeluarkan tiga mangsa serangan seladang di Hulu Air Pasir, Banding, dekat Hutan Simpan Royal Belum, di sini, petang kelmarin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharum berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan jam 8.45 malam, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang maut dan cedera.
"Semua mangsa diusung keluar dari hutan sebelum tiba di laluan Jalan Raya Timur Barat (JRTB), jam 7.30 pagi tadi (semalam) sebelum dibawa ke Hospital Gerik.
"Mereka yang mahu masuk ke hutan itu perlu mendapatkan permit daripada Taman Negeri Royal Belum," katanya.
Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman pihaknya, haiwan liar itu akan bertindak ganas dan agresif dalam dua keadaan iaitu ketika melindungi anaknya atau ia berasa terancam serta tercedera.
Artikel ini disiarkan pada : 02/09/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan