Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 23 Oct 2012 03:53 PM PDT GUA MUSANG: "Sejurus terdengar dentuman kuat, tubuh saya menggigil apabila melihat seorang wanita berlumuran darah dan tubuhnya hampir putus dua di bahagian pinggang akibat diseret kereta." Demikian kata lelaki yang mahu dikenali sebagai Hussin, 45, saksi kemalangan ngeri di Kilometer 10 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa yang juga ibu kepada tiga anak, Halijah Satar, 26, dari Kampung Batu Dua, Kuala Nerus, dekat sini, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di badan. Rakannya, Masitah Ramli, 30, membonceng motosikal ditunggang Halijah cedera parah dan kini dirawat di Hospital Kuala Krai.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/24 |
Tragedi pulang awal sambut Aidiladha Posted: 23 Oct 2012 03:53 PM PDT ENDAU: "Kami sekeluarga bercadang pulang awal menyambut Aidiladha bersama keluarga di Kota Bharu dan bertolak dari rumah sebelum subuh bagi mengelak kesesakan, malangnya kami terbabit dalam kemalangan hingga meragut nyawa suami," kata Nor Suriati Yusuff, 42, isteri kepada anggota polis yang maut dalam kemalangan di Kilometer 7, Jalan Mersing-Endau di sini, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, Koperal Lajat Padilat, 52, yang memandu kereta Proton Persona dari Johor Bahru maut apabila kereta dipandunya memasuki laluan bertentangan lalu bertembung kereta Toyota Vios dinaiki tiga guru dari Endau.
Dalam kejadian itu, Nor Suriati dan dua anaknya, Mohd Afik, 10, dan Farah, 13, cedera akibat pertembungan dua kereta berkenaan di kawasan berbukit berhampiran Felda Endau.
"Ketika itu, semuanya seperti biasa dan suami meneruskan perjalanan, manakala saya dan anak tertidur di dalam kereta.
"Ketika itu, saya terasa sakit di kepala akibat terhantuk cermin kereta," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/24 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan