Harian Metro: Hati |
Posted: 24 Oct 2012 12:23 PM PDT TANPA mengira acara dihadiri, teknik untuk menyerlahkan keanggunan mata sering diutamakan. Apa tidaknya, melalui teknik yang betul bentuk mata kecil boleh dibesarkan dan mata yang besar pula mampu dikecilkan melalui gabungan teknik dan kombinasi warna pembayang mata. Siapa yang tidak tertawan dengan lirikan mata menawan dan bagi menghasilkan riasan mata lebih menyerlah, gabungan tujuh warna pembayang mata boleh digunakan. Malah, kombinasi ini juga dapat memberikan ilusi mata yang menarik.
Tip solekan mata: |
Posted: 24 Oct 2012 11:31 AM PDT NUTRIEN yang cukup bukan saja mampu menjaga kesihatan tubuh malah ia menyumbang kepada kecantikan kulit dan rambut, tanpa memerlukan bantuan kosmetik yang mungkin merosakkan lagi kulit terutama kulit sensitif. Kulit mulus dengan rambut lebat berkilau boleh dicapai sekiranya seseorang menjaga pemakanan dan hanya mengambil bahan terbaik bagi menyalurkan zat yang diperlukan tubuh. Ada lapan makanan yang boleh diamalkan dalam mendapatkan penampilan menarik antaranya me-ngambil sayuran hijau seperti bayam yang kaya dengan zat dan antioksidan. Ia juga penuh dengan lutein iaitu zat yang mampu menjaga kesihatan mata. Bayam juga sumber kaya dengan dengan vitamin B, C dan E serta potasium, kalsium, zat besi, magnesium dan asid lemak omega-3.
Sejenis lagi sayuran yang baik untuk kulit dan rambut ialah tomato kerana ia kaya dengan lycopene yang bersifat antioksidan dan mampu melambatkan penuaan kulit. Lypocene yang terkandung dalam tomato lebih mudah diserap tubuh apabila Kacang walnut yang boleh dimakan begitu saja sebagai snek juga kaya dengan asid lemak omega-3 dan vitamin E yang menyumbang kepada kulit lebih lembut, rambut sihat, mata lebih terang dan tulang lebih kuat. Selain dimakan begitu saja, walnut boleh dimasukkan dalam masakan harian bagi mendapat kebaikannya. Antara buah yang banyak memberi kelebihan kepada pengamalnya ialah kiwi. Ia penuh dengan vitamin C dan antioksidan, sekali gus membantu menganjalkan kulit, menghalang kedutan, menguatkan tulang dan gigi. Coklat juga boleh memberi kebaikan kepada penampilan seseorang,tetapi pilih coklat gelap kerana ia kurang gula dan lebih kaya dengan kandungan coklat. Selain membantu kulit kekal lembap, coklat juga menjaga kulit daripada kerosakan akibat selaran matahari. Pilih coklat yang mengandungi sekurang- Selain itu, secawan yogurt rendah lemak mempunyai kandungan kalsium yang lebih tinggi berbanding satu cawan susu tanpa lemak, sekali gus bagus untuk postur tubuh, kuku dan gigi. Yogurt boleh diamalkan sebagai sarapan yang penuh khasiat sekiranya ia dicampur dengan buah-buahan segar serta dimakan sebagai snek sihat. Keledek juga memberikan nutrien terbaik untuk kulit dan rambut kerana ia kaya dengan beta karotena atau vitamin A, sejenis antioksidan yang melawan penuaan. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan