Harian Metro: Arena |
Raja ‘saintis’ kekal Posted: 18 Dec 2012 08:05 AM PST KEGAGALAN mempertahankan kejuaraan Piala AFF 2012 belum cukup untuk menggugat kedudukan Datuk K Rajagobal selaku ketua jurulatih kebangsaan apabila beliau terus diberi mandat membimbing skuad Harimau Malaya bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015 bermula Februari. Perkara ini diputuskan pada satu mesyuarat yang dipengerusi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah bersama Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin Ahmad dan pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal.
Keputusan yang dicapai itu sekali gus melenyapkan spekulasi mengenai pemecatan Rajagobal, 56, selepas kredibilitinya dipertikai ramai pihak berikutan kegagalan skuad kebangsaan mara ke final Piala AFF apabila tumpas dengan agregat 1-3 di tangan Thailand pada separuh akhir minggu lalu.
Difahamkan keputusan FAM itu didorong faktor kejayaan lampau Rajagobal yang membantu Malaysia menamatkan penantian 20 tahun negara dengan memenangi pingat emas Sukan Sea Laos dan kejuaraan pertama Piala AFF 2010 di Jakarta.
Subahan yang juga Naib Presiden FAM sebelum ini secara terbuka menyatakan sokongan kepada Rajagobal untuk terus mengendalikan skuad kebangsaan meskipun misi melayakkan diri ke Piala Asia 2015 di Australia dilihat lebih sukar berbanding mempertahankan kejuaraan Asia Tenggara ini.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/18 |
Posted: 18 Dec 2012 08:01 AM PST PARIS: Mohamed Hammam mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif Fifa dan Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Beliau menegaskan menerusi kiriman e-mel sudah meletak jawatan 10 hari lalu selepas Jawatankuasa Etika Fifa membuka siasatan baru tuduhan rasuah terhadapnya.
Atas dasar itu juga, Fifa berkata, laporan itu menunjukkan "berlaku ulangan pelanggaran Perkara 19 (Konflik Kepentingan) Kod Etika Fifa, edisi 2012, merujuk kepada tindakan Mohamed Hammam semasa memegang jawatan Presiden AFC dan ahli Jawatankuasa Eksekutif Fifa 2008-2011 yang mewajarkan penggantungan sepanjang hayat terhadapnya daripada semua aktiviti membabitkan bola sepak." Hammam, 63, dari Qatar dituduh cuba membeli undi untuk mendapatkan jawatan tertinggi Fifa pada 2011 hingga digantung Fifa daripada semua aktiviti bola sepak.
"Bagi saya, keputusan CAS (Mahkamah Timbang Tara Sukan) menunjukkan Fifa tidak cukup bukti yang kukuh," kata Hammam.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/18 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan