Harian Metro: Arena |
Posted: Kuala Lumpur: Lucas Leiva sedia menjadi 'bapa' kepada Phillipe Coutinho di Liverpool, pemain tengah Chelsea dari Sepanyol, Juan Mata selesa apabila berkumpul dengan rakan sepasukan yang bertutur satu bahasa manakala Yohan Cabaye sedia membantu rakan sepasukan barunya dari Perancis untuk menyesuaikan diri di Newcastle. Semua kisah itu mempunyai persamaan, iaitu mahu memastikan setiap pemain yang baru berpindah pasukan berasa bagaikan di rumah sendiri sekali gus memotivasikan mereka memenuhi matlamat pasukan.
Pandangan itu disokong Profesor Psikologi Sukan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Shaharudin Abdul Aziz, (gambar) yang menyatakan orang Melayu masih kurang ketahanan apabila merantau ke negara orang.
Ketika ditanya adakah kerana ketiadaan rakan untuk membantunya menyesuaikan diri mungkin menjadi punca pemain itu meninggalkan Portugal, beliau menjelaskan kebarangkalian itu tetap ada.
"Apabila pergi ke sana, daya tahan memainkan peranan. Disebabkan bahasa, budaya, pergaulan dan penerimaan yang berbeza sehingga membentuk kepada terlalu banyak perbezaan, situasi itu menyebabkan seseorang tidak bertahan lama." Begitupun menurut Shaharudin, apa saja persoalan mengenai pemain itu mungkin dapat diselesaikan jika Nazmi membuka mulut apatah lagi beliau menganggap pendekatan itu 'kurang manis'.
|
Posted: Kangar: Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) membuat pusingan U semalam apabila menghantar surat jawapan lebih 10 muka surat berkenaan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjawab surat pertuduhan diterima Presiden, Datuk Seri Shahidan Kassim. Setiausaha Kehormat PFA, Ammar Hassan mengesahkan sudah menghantar surat itu petang kelmarin selepas menerima nasihat presiden dan pihak FAM mengesahkan menerima surat itu.
"Surat itu meminta Presiden mengakui pertuduhan yang dikenakan atau membuat rayuan," katanya selepas mempengerusi mesyuarat khas PFA.
Ammar berkata, dalam surat itu Shahidan menyatakan, dia ingin dibicarakan dan tidak mengaku bersalah atas tiga pertuduhan itu.
"Dalam kenyataan itu kita mahu kebaikan bagi meningkatkan mutu bola sepak, dan ia juga hasil mesyuarat PFA yang diadakan ketika isu itu hangat dilaporkan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan