Harian Metro: Arena |
Posted: Kuala Lumpur: "Tidak akan pulang awal dan mengecewakan jurulatih". Itu antara janji dilontarkan dua pemain muda negara yang terpilih mewakili kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu dan bakal menandatangani kontrak secara rasmi dalam masa terdekat.
"Saya rasakan tidak ada masalah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru walaupun tidak pernah beraksi di Jepun seperti Wan Zack yang pernah menjalani ujian percubaan selama beberapa minggu sebelum ini.
AKSI Nazirul berjaya pikat FC Ryukyu. Arena bola sepak tempatan sebelum ini dikejutkan kepulangan mengejut bekas pemain tengah Harimau Muda A Mohd Nazmi Faiz Mansor menyertai kelab tempatan, PKNS FC walaupun hanya beberapa bulan bersama kelab Portugal, SC Beira Mar.
"Saya mempunyai misi peribadi iaitu menggunakan peluang diberikan untuk cuba melangkah lebih jauh dengan beraksi di liga utama negara itu," katanya yang pernah menjalani ujian percubaan selama dua minggu bersama Wan Zaharulnizam Wan Zakaria sebelum ini.
|
Posted: Baling: Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar (SMKSAB) merampas semula gelaran jaguh Bawah 15 Tahun Zon Kuala Pegang selepas muncul juara Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) peringkat Zon Baling/Sik. Gelaran itu mengubat kekecewaan SMKSAB yang kemarau kejuaraan sejak tiga tahun lalu apabila terkandas sama ada di peringkat kumpulan, suku akhir atau separuh akhir saingan sebelum ini.
"Sudah lama kami kempunan juara tetapi tahun ini, pemain sudah berjanji menamatkan kemarau itu.
"Terima kasih kepada semua pemain kerana meletakkan semula nama sekolah di persada saingan. Mereka berhak meraikan pencapaian ini.
Mereka kemudian menewaskan SMK Agama Baling, 3-1 sebelum menamatkan liga dengan kekalahan mengejut 0-1 kepada SMK Kuala Pegang. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/15 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan