Jumaat, 20 Mei 2011

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Ringkas tetapi menyegarkan

Posted: 20 May 2011 11:50 AM PDT

ASALNYA, jauh nun di bumi Sepanyol. Walaupun berlainan benua dan dipisahkan lautan, tetapi cita rasa fesyen menyatukan jenama terkenal, Mango dengan wanita di negara ini.

Lebih dikenali sebagai MNG, jenama butik fesyen itu cenderung untuk menampilkan rekaan berunsur pakaian jalanan bersesuaian dengan cita rasa wanita muda hari ini.

Faktor fesyen terkini yang disajikan di butik fesyen itu mempengaruhi penampilan gaya penggemar fesyen rekaan jalanan kerana fungsinya lebih praktikal untuk kebanyakan majlis formal dan santai.

Tampil menceriakan lagi musim bunga dan panas kali ini, jenama berkenaan menampilkan himpunan rekaan pakaian terbaru yang moden dan segar.


Koleksi terbaru yang dinamakan Modernist Resort itu menyerlahkan rekaan minimalis yang serba sederhana, tetapi pada masa sama, masih tampak elegan dan bergaya.


Setiap helaian koleksi berkenaan mempunyai perincian sangat ringkas, namun ia diserlahkan pemilihan gaya terang seperti oren, merah, hijau, kuning dan biru ceria.

Seperti musim sebelumnya, rekaan jenama itu kali ini juga tidak mengecewakan penggemar setianya.

Himpunan pakaian kasual yang ditampilkan sama ada skirt, celana, baju paras pinggang, kardigan, jaket mahupun seluar pendek mampu menjelmakan imej tersendiri untuk wanita.

Sedikit waktu dulu, potongan skirt memang tiada bezanya meskipun berlainan jenama tetapi kini, Mango memperkenalkan rekaan terbaru yang bukan saja lebih selesa, malah menyerlahkan lagi keindahan bentuk kaki wanita.

Rekaan blausnya memang pelbagai termasuk blaus tanpa lengan serta berlengan pendek dan panjang.

Tidak hanya motif bunga-bungaan atau abstrak, ia menampilkan rekaan tidak bercorak yang boleh dipadankan dengan seluar panjang.

Blaus panjang berlengan yang ditampilkan dalam koleksi itu boleh dikatakan mempunyai dwi fungsi kerana selain sesuai digayakan pada acara santai, ia turut menarik untuk dipakai pada majlis keraian.

Umum sedia maklum sesuatu gaya yang ditampilkan bukan sekadar menonjolkan pembawaan fesyen, sebaliknya wanita harus peka dan bijak membentuk karakter untuk menampakkan gaya semula jadi.

Bagaimanapun, kalau diperhatikan, remaja dan wanita muda hari ini semakin berani menzahirkan gaya mereka dengan fesyen rekaan jalanan.

Justeru, keputusan Mango untuk menampilkan koleksi warna terang kali ini sedikit sebanyak menjadikan himpunan berkenaan sebagai pilihan untuk digayakan dengan teknik suai dan padan.

Jenama yang memiliki 1,900 rangkaian di 105 negara di seluruh dunia itu adalah pengeksport fesyen kedua terbesar Sepanyol.

Kepelbagaian rekaan yang mengikut aliran fesyen semasa menjadi faktor utama mengapa jenama itu mampu menambat hati wanita di seluruh dunia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Untuk bumi dan gaya

Posted: 20 May 2011 09:29 AM PDT

JIKA gemarkan bergaya sambil menitikberatkan bahan yang digunakan untuk menjaga alam sekitar, antara pilihan di pasaran adalah jenama Timberland.

Koleksinya kali ini lebih memberi fokus kepada siri Earthkeepers iaitu bagi menjaga alam sekitar melalui bahan yang digunakan dalam proses pembuatan pakaian yang ditampilkan.

Misalnya, kemeja bercorak empat segi dihasilkan dengan kesedaran menjaga alam sekitar menerusi penggunaan bahan 100 peratus kain linen yang memberikan keselesaan dan lebih ringan untuk digayakan ketika bersantai atau melakukan aktiviti luar.

Selain itu, baju-T jenis jersi dengan perincian sulaman ditampilkan kali ini nampak ringkas dan selesa dihasilkan menggunakan kain kapas organik sepenuhnya.


Ia didatangkan dengan warna putih, biru, merah dan hijau melalui aplikasi penggunaan grafik percetakan berasaskan air bagi menampilkan kelainan pada rekaan baju yang dipakai.


Selain itu, jenama ini turut menampilkan kemeja dan baju-T untuk digayakan ketika ke pejabat ataupun bersantai yang nampak lebih sporty dan kemas.

Sementara itu, Timberland juga menghasilkan rekaan kasut dengan koleksi kali ini menampilkan rekaan kasut klasik yang diberikan nafas baru melalui penggunaan warna terang dan aksesori tambahan seperti tali supaya lebih selesa dan tahan lama.

Dihasilkan dengan jahitan tangan yang kemas pada tapak dapat menimbulkan gaya klasik yang diminati jejaka hari ini yang boleh digayakan ketika ke pejabat ataupun bersantai.

Menggunakan bahan getah pada tapaknya dapat memberikan cengkaman yang berupaya mengelakkan langkahan kaki berasa licin ketika berjalan di tempat berair.

Jenama ini turut menampilkan rekaan kasut yang memboleh–kan anda bergaya tanpa gangguan kerana mudah dipakai dan ditanggalkan sesuai bagi mereka yang mementingkan masa.

Penggabungan warna yang menarik seperti krim dan coklat serta biru dan merah menjadikannya unik dan bergaya ketika bersantai bersama teman.

Semua koleksi Timberland ini boleh didapati di pasaran dengan harga bermula RM129 hingga RM439.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved