Ahad, 19 Jun 2011

Harian Metro: Arena


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Usah tunduk

Posted: 18 Jun 2011 10:01 AM PDT

SEKADAR bertahan di kubu sendiri bukan pilihan bijak buat jurulatih Ong Kim Swee apabila skuad Olimpik negara berdepan misi cukup mencabar menentang Lubnan pada aksi pertama pusingan kedua kelayakan Olimpik London 2012 di Beirut hari ini.

Sebaliknya, skuad dibarisi pemain bawah 23 tahun negara itu bersedia menggempur pasukan tuan rumah bagi memastikan mereka mencapai keputusan baik buat bekalan selesa sebelum perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis depan.


Menurut, Kim Swee beliau menghormati Lubnan selaku pasukan pilihan yang mendapat bye pada pusingan pertama namun itu tidak bermakna anak buahnya akan tunduk mengalah sebelum berjuang.

"Kami tidak akan bertahan sebaliknya akan cuba mengatur serangan untuk mencari gol. Matlamat utama agar dapat menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol dan tidak membiarkan pintu gol dibolosi.


"Jika kami dapat melakukannya, peluang skuad negara pada perlawanan kedua di Kuala Lumpur cukup baik," katanya ketika ditemui sebaik tiba di Beirut semalam.


Biarpun prestasi skuad kendaliannya itu kurang meyakinkan kebelakangan ini termasuk dua kekalahan dalam aksi persahabatan antarabangsa dengan Kemboja (0-1) dan Qatar (0-4), Kim Swee tetap menaruh keyakinan tinggi untuk melihat kebangkitan anak didiknya.

Malah beliau tidak kisah jika Lubnan menganggap mereka bernasib baik kerana diundi bertemu Malaysia berbanding pasukan lain di pusingan ini.


"Lubnan pasukan pilihan, jika mereka fikir bernasib baik kerana bertemu Malaysia, itu perkara yang baik, biarkan mereka dengan sifat terlalu yakin kerana kita akan buktikan pada perlawanan nanti," jelasnya.

Pertemuan Malaysia dan Lubnan di Stadium Camille Chamoun Sports City, jam 5 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia) hari ini di anggap bersejarah kerana pertama kali kedua-dua pasukan bertemu berdasarkan rekod Fifa.


Skuad Olimpik negara sebelum ini layak ke pusingan kedua selepas mengatasi Pakistan menerusi agregat 2-0 Mac lalu. Jika melepasi peringkat ini, mereka akan layak bersaing ke peringkat kumpulan bagi merebut slot ke Sukan Olimpik London 2012.


Kali terakhir Malaysia layak ke temasya sukan terbesar itu di Sukan Olimpik Moscow 1980 selepas beraksi di Sukan Olimpik Munich 1972.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ridwan jadi taruhan

Posted: 18 Jun 2011 06:49 AM PDT

PASUKAN AAP Mazoil Faito Racing Team yang masih gagal tampil cemerlang berharap melakukannya pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Teluk Intan, Perak pada 25 dan 26 Jun ini.

Sebagai usaha untuk menjadikannya satu kenyataan, pasukan berpangkalan di utara tanah air itu melakukan perubahan drastik apabila menggantikan tiga pelumba sedia ada, Mohd Rafiuddin Rosle, Mohd Afif Mustaffa dan Mohd Hafizul Hamid dengan Mohd Ridwan Bakri (gambar) dan Mohd Syafiq Rosli. Ridwan, 24, sebelum ini beraksi bersama Petronas Syntium Moto Yamaha Raceline sudah mula menyertai mereka pada Pusingan 4 di Putrajaya dalam kategori CP115 manakala Syafiq yang baru berusia 14 tahun akan mengambil bahagian dalam kategori Wira.


Pengurus pasukan, Rozaimi Rizal Mohd Razali berkata, pertukaran itu dibuat bersesuaian dengan matlamat pasukan untuk layak ke perlumbaan akhir dan memungut mata di setiap pusingan. Dia juga percaya jentera Honda yang digunakan sudah mampu untuk bersaing dengan pelumba lain terutama mereka di peringkat pertengahan dalam kategori CP115 dan juga Wira. "Matlamat utama kami untuk mengutip mata namun bagi mencapainya kami perlu memiliki pelumba yang bagus. Oleh itu, kami membawa masuk Ridwan dan Shafiq. Mereka lebih berpengalaman berbanding pelumba sebelum ini yang masih baru dengan kejohanan ini," katanya.

Mengenai keyakinan terhadap jentera Hondanya, Rozaimi berkata, mereka menjalinkan kerjasama dengan pasukan satelit Honda iaitu Harian Metro TEQ SCK Honda Racing sejak hujung musim lalu dengan menggabungkan mekanik kedua-dua pihak supaya mempelajari banyak perkara tentang pelarasan jentera. "Usaha itu membuahkan hasil apabila kami kini sudah 70 peratus bersedia. Kami bekerja keras memperbaiki baki 30 peratus lagi seperti kesilapan teknikal, membaca litar dan juga keupayaan pelumba sendiri," katanya.


Rozaimi berkata, pasukan turut menjalani latihan pada setiap minggu dengan harapan Ridwan dan Syafiq mampu mencapai apa yang diinginkan.


"Setiap minggu kami melakukan ujian bagi memastikan semuanya berjalan lancar bermula daripada pelarasan jentera sehinggalah kepada prestasi pelumba dan hasilnya banyak peningkatan mula ditunjukkan. "Oleh itu, kami harap Ridwan layak ke perlumbaan akhir dan menamatkan perlumbaan di kalangan lima atau 10 pelumba terbaik," katanya.

Maklumat lanjut, sila hubungi Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) di talian 03-8733 8787 atau lawati laman web rasmi Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas, www.malaysiancubprix.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved