Ahad, 5 Jun 2011

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Seks hobi masa lapang

Posted: 04 Jun 2011 08:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.

Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah 'tidur' dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.

Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.

"Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.


"Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada," katanya ketika ditemui Metro Ahad.


Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.

Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.

"Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.

"Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru," katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.

Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.

"Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya," katanya.

Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.

Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.

"Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa... kawan menjadi penyelamat.

"Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain," katanya.

Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.

"Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.

"Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam," katanya.

Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.

"Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.

"Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah," katanya.

Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.

Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.

Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.

"Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi.

"Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.

"Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga," katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cucu hati iblis

Posted: 04 Jun 2011 08:39 AM PDT

IPOH: 'Cucu iblis' gelaran layak diberi kepada seorang lelaki yang bukan saja gemar memanggil neneknya 'babi', malah kerap membelasah nenek dan datuknya yang lumpuh dengan niat mangsa mati cepat walaupun dia dibela sejak kecil hingga berumahtangga.

Lebih zalim, lelaki berusia 30-an dan bertugas di sebuah hospital di sini turut menggunakan kerusi plastik untuk membelasah datuknya berusia 85 tahun hingga tulang pergelangan tangannya retak.

"Hancur luluh hati makcik kerana bukan saja dilayan seperti hamba di rumah sendiri, malah dimaki hamun, termasuk dipanggil 'babi' jika lambat memasak atau melakukan perkara tidak disenanginya.

"Namun paling menyedihkan apabila cucu yang dibesarkan dan dibelai penuh kasih sayang seperti anak sendiri sejak kecil hingga dia berumahtangga, sanggup mendoakan supaya makcik 'mampus cepat daripada terus menyusahkan hidupnya'," kata Mariam Puteh Nekmat, 71.


Dalam keadaan sebak dan berlinangan air mata, Mariam berkata, dia tidak tahu apa dosa atau kenapa cucunya bersikap sedemikian dan masih tidak berubah walau sudah berumahtangga.


Katanya, beliau dan suami, Ahmad Idris, 85, tidak pernah berkasar, malah membela cucu mereka ibarat menatang minyak yang penuh sejak kecil hingga sanggup berhabis duit dan bergadai harta benda.

Menurutnya, segala kos sara hidup, termasuk perbelanjaan serta yuran persekolahan cahaya mata anak perempuan sulung mereka, ditanggung sepenuhnya oleh beliau dan suami.

"Saya pernah melakukan pelbagai kerja demi menampung pendapatan suami yang tak seberapa sebagai pekerja am rendah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk memastikan dia hidup seperti kanak-kanak lain dan mendapat pendidikan secukupnya.

"Kehidupan kami semakin sukar sejak suami bersara kira-kira 22 tahun lalu apabila wang pencen yang diterimanya selepas ditolak semua hutang, hanya berbaki RM1.05," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Meru 2C, Jelapang, dekat sini, semalam.

Ketika ibu bapa lain mengharungi kehidupan selepas pencen dengan beristirehat dan mengharapkan anak menghulur wang perbelanjaan setiap bulan, Mariam dan suami masih terpaksa mengerah sisa kudrat bagi mengisi perut.

"Hidup saya semakin menderita apabila Ahmad ditimpa dua kemalangan berselang setahun kira-kira tiga tahun lalu, menyebabkan dia hilang upaya bergerak sejak dua setengah tahun lalu.

"Kemalangan itu menyebabkan tulang kaki kiri suami retak hingga terpaksa menjalani pembedahan memasukkan dua besi, dan kesihatan diri yang semakin uzur memburukkan lagi keadaan," katanya.

Namun baginya, penderitaan menanggung kesakitan itu masih boleh ditanggung berbanding layanan zalim cucunya.

Ahmad berkata, selepas mengadakan majlis perkahwinan di rumahnya, cucu dan isteri masih tinggal bersama mereka sebelum membuat keputusan mengejut keluar rumah kira-kira setahun lalu.

"Sejak saya tidak dapat bergerak dan terpaksa memakai lampin pakai buang, perangainya semakin zalim apabila menyepak terajang saya setiap kali anginnya tidak baik atau tidak puas hati dengan perkara remeh berlaku di rumah.," katanya.

"Kali terakhir saya dibelasah teruk ialah sebelum dia keluar rumah apabila dihempuk dengan kerusi, menyebabkan pergelangan tangan kiri retak.

"Kecederaan mungkin bertambah teruk jika neneknya tidak memeluk saya dan menahan pukulan itu dengan belakang badannya," katanya.

Mariam yang menghidap pelbagai jenis penyakit seperti jantung, darah tinggi, lelah dan kencing manis berkata, sejak keluar dari rumah, cucunya tidak pernah menjenguknya.

Difahamkan, pasangan itu yang mempunyai tiga anak perempuan kini tinggal sebatang kara di Persiaran 22, Taman Meru C, Jelapang dengan mengharapkan bantuan ikhsan orang ramai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved