Sabtu, 11 Jun 2011

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Heret mayat tanpa kepala

Posted: 10 Jun 2011 11:52 AM PDT

BERMINYAK...kesan minyak hitam di tempat mangsa dibunuh.
BERMINYAK...kesan minyak hitam di tempat mangsa dibunuh.

PENAMPANG: Leher seorang mekanik ditetak bertalu-talu dengan parang sebelum dipotong hingga putus menggunakan pisau pemotong daging. Kepala itu kemudian dicelup ke dalam minyak hitam sebelum dimasukkan ke dalam guni oleh seorang pemandu jengkaut di sebuah bengkel kereta di Kampung Kandazon, Jalan Terawi, Putatan di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, tubuh Asri Patahuddin, 37, yang tidak berkepala diheret 10 meter dari tempat kejadian sebelum disembunyikan dalam van rosak di bengkel berkenaan.

Sebelum kejadian, pemandu jengkaut berusia 30 tahun itu membersihkan halaman bengkel itu. Tiba-tiba dia yang membawa sebilah parang mendekati Asri yang ketika itu membaiki enjin sebuah kenderaan lalu menetak leher mangsa menyebabkannya rebah.

Lelaki terbabit kemudian bertindak lebih ganas dengan menetak leher mangsa berulang kali.


Dua rakan sekerja Asri yang melihat kejadian itu cuba menghalang tindakan ganas pemandu jengkaut itu, tetapi lelaki terbabit melibas parang beberapa kali ke arah mereka menyebabkan kedua-duanya melarikan diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lepas gosip, Alyah melecur

Posted: 10 Jun 2011 11:42 AM PDT

PETALING JAYA: Jika semalam, Harian Metro menyiarkan gosip percintaannya dengan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS, pagi semalam juga penyanyi lagu Kisah Hati, Alyah dimasukkan ke Hospital Pakar Damansara di sini selepas melecur dari paras pinggang hingga paha akibat terkena air panas.

Kejadian yang berlaku di rumah Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 30, disedari pembantu peribadinya kira-kira jam 10 pagi selepas mendengar penyanyi itu mengerang kesakitan dan menangis kerana kecederaan yang dialaminya.


Dalam kunjungan Harian Metro ke hospital itu petang semalam, keadaan Alyah nampak stabil dan keletihan. Namun, apabila ditanya mengenai kejadian itu Alyah berkata dia memasukkan air panas ke dalam botol untuk disejukkan.

"Namun dalam sekelip mata botol itu terlepas dari pegangan Alyah dan terjatuh ke badan ini. Akibatnya, kulit Alyah terus melecur dari paras pinggang hingga ke kaki. Doktor memaklumkan, Alyah kemungkinan akan dirawat dalam wad selama dua hingga tiga hari.


"Ia bagi memastikan sejauh mana seriusnya kecederaan dialami dan pada masa sama memastikan tiada sebarang jangkitan virus berlaku. Buat masa ini, keluarga Alyah masih belum diberitahu dan apa yang boleh dikatakan kejadian pagi tadi (semalam) berlaku sangat pantas.


"Mujur kata doktor ia tidak begitu kritikal kerana tindakan pantas Alyah terus mendapatkan rawatan di hospital. Apapun, sepatutnya Alyah menghadiri penggambaran program masakan sempena bulan puasa, Ketuk-Ketuk Ramadan terbitan JS Pictures Sdn Bhd yang dihoskan Sheila Rusly hari ini. "Bagaimanapun, apa yang boleh Alyah buat apabila tiba-tiba mendapat kecederaan ini. Kalau diikutkan, ada beberapa lagi program Ramadan dan Aidilfitri yang harus Alyah jayakan. Rabu lalu Alyah baru siapkan rakaman program raya, Konsert Sensasi 2 bersama Ramlah Ram untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Auditorium Angkasapuri," katanya.

Sempat berjenaka, Alyah bagaimanapun menafikan kejadian itu berlaku bukan disebabkan dia terkejut membaca laporan gosip percintaannya dengan Ramli MS semalam.


"Ia tiada kaitan dengan laporan gosip itu. Apa yang berlaku ini ditetapkan Tuhan buat Alyah," katanya yang memaklumkan pengarah klip video, Kisah Hati iaitu Ghaz Abu Bakar individu pertama yang datang melawatnya di hospital sejak dimasukkan ke wad," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved