Jumaat, 24 Jun 2011

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Rekaan kaftan makin kreatif

Posted: 24 Jun 2011 06:31 AM PDT

SIAPA sangka kaftan yang dulunya hanya sebagai baju kamar tidur atau baju di rumah kini bertukar kepada fesyen penuh glamor dengan pelbagai rekaan terkini di pasaran.

Malah, fesyen yang pada mulanya direka seperti jubah yang mempunyai tangan terus sehingga ke kaki semakin mendapat tempat di hati wanita lantaran rekaannya semakin berubah dari semasa ke semasa dengan diberi sentuhan moden, anggun dan menawan.


Corak kaftan juga tidak lagi bermotif batik semata-mata, sebalik diberi perspektif baru dengan penggayaan lebih versatil apabila menggunakan kepelbagaian fabrik seperti sifon dan lycra yang mempunyai sifat 'jatuh' dan terletak cantik pada badan si pemakai.

Menambah keanggunan apabila perincian manik dan batu permata ditambah pada leher dan dada bagi menaikkan unsur kemewahan sehingga pakaian yang mula dikenali di Timur Tengah ini menjadi pakaian pilihan ketika makan malam atau perayaan.


Menurut pereka kaftan, Sufiah Yussoff, yang juga pemilik butik Sofi Nurali, keanggunan kaftan semakin menyerlah apabila rekaannya bertambah kreatif sama ada daripada segi potongan mahupun perhiasan digunakan.

Kaftan tidak lagi berpotongan biasa dengan jahitan pada tangan, tetapi ditambah kedutan pada hadapan atau diberi lebihan kain sama ada pada tepi atau tengah baju.


"Kebanyakan pereka semakin berani mengetengahkan idea bagi memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Begitu juga jika dulu hanya kaftan polos ditemui, tetapi kini rekaan semakin diperluaskan dengan penghasilan kaftan bercorak yang nampak sederhana namun menyerlah," katanya.

Menyedari kehendak pelanggan yang inginkan pakaian lebih mewah dan anggun, Sufiah menggunakan fabrik sifon bercorak dan polos kerana material ini mempunyai banyak keistimewaan.

Selain sejuk kain sifon mudah 'jatuh' dan alunannya nampak cantik apabila digayakan.


Lebih menarik kaftan sesuai digayakan semua golongan usia sama ada bertudung atau tidak. Bagi wanita Muslimah mereka boleh mengenakan alas baju sebelum menyarungkan kaftan dan ada juga kaftan yang siap diletakkan lining.

"Saya menghasilkan kaftan mengikut cita rasa pelanggan. Bagi wanita Muslimah jangan bimbang kerana ada kaftan yang diletakkan lining dan mereka tidak perlu memakai alas baju.

"Bagi kaftan lycra, sutera dan satin fabriknya cukup tebal dan memberi keselesaan kepada si pemakai dan mereka tidak perlu takut kerana kain jenis ini lebih sopan kerana tidak jarang," katanya yang menambah perincian manik dan batu permata pada fabrik polos bagi menimbulkan unsur kemewahan dan sifat glamor pada si pemakai.

Namun wanita boleh menambah perhiasan sendiri seperti rantai labuh dan anting-anting bersesuaian terutama bagi fabrik polos.


Selain kaftan, Sofi Nurali yang terletak di tingkat bawah Subang Parade juga mengeluarkan jubah, baju kurung moden, baju kurung Pahang dan Riau yang mempunyai keunikan tersendiri. Mungkin kaftan moden ini boleh dijadikan salah satu senarai pakaian yang akan menghiasi pagi Aidilfitri anda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Apabila ibu, anak melaram

Posted: 24 Jun 2011 06:29 AM PDT

MERIAH. Begitulah suasana pertandingan fesyen pasangan ibu dan anak yang diadakan sempena majlis Anugerah Hari Ibu Harian Metro 2011 pada Ahad lalu.

Tanpa terikat dengan sebarang tema, setiap peserta mengenakan pakaian mengikut kreativiti sendiri dan kebanyakannya memilih untuk tampil ringkas dan santai bersama anak.


Terdahulu, peserta diberi penerangan mengenai teknik berjalan dengan betul mengikut lagu yang dimainkan dan posisi serta cara gerak tubuh yang sesuai ketika berada di pentas peragaan.

Walaupun masing-masing kelihatan gugup pada mulanya, menerusi tunjuk ajar yang diberikan perunding imej, Shila Lama, sedikit sebanyak ia memberikan galakan untuk mereka melakukan peragaan terbaik bagi menarik perhatian juri.


Peserta dinilai melalui kemesraan ibu dan anak sama ada di pentas mahupun ketika latihan serta kreativiti untuk berpakaian dan persembahan. Shila Lama dan pengacara jemputan, Haiza bertindak sebagai juri yang mengadili pertandingan fesyen berkenaan.


Pemenang pertama dimenangi penyanyi yang popular semasa 90-an, Azian Mazwan Safuan dan anaknya Anastasia Zayra, 5; tempat kedua dimenangi Nurhayati Muhamad dan anaknya Wan Nurazra Marsya, 10, manakala Ramlah Zainal dan anaknya, Nur Lovelyana, 5, mendapat tempat ketiga.

Walaupun pertandingan fesyen ini pertama kali disertainya bersama anak, Azian berkata, ia menjadi platform terbaik bagi memberi peluang kepada anaknya untuk lebih mengenali dunia luar.


Azian akui anaknya memang minat dengan pentas peragaan mungkin disebabkan terbawa-bawa dengan perangainya yang masih aktif menyanyi walaupun sarat mengandungkan dia dulu.

Malah, katanya, Anastasia suka memerhatikan dan mengikut setiap perkara yang dilakukannya terutama ketika bersiap untuk keluar memandangkan hanya dia anak perempuan yang berada di rumah ketika ini.


"Saya memberikannya kebebasan untuk memilih sendiri pakaian dan kasut yang ingin dipakainya. Kebiasaannya, ia sama dengan apa yang saya pakai.


"Saya mengajarnya untuk menjadi lebih berdikari walaupun masih kecil memandangkan saya bekerja dan ini membuatkan dia lebih 'dewasa' berbanding usianya," katanya.


Sementara itu, pasangan lain yang turut mencuba nasib ialah Norbaya dan Amirul, 6; Zairum Siti Anum Yusof dan anaknya Siti Nur Azwina Aizi, 10; Kamariah Ibrahim dan Khaleeda, 12; Norhayati Muhamad dan Wan Nurazra Marsya,10; Rohana dan Syazril, 12, serta Siti Normalia Abdul Jamal dan Qistina, 6, serta pasangan adik beradik Siti Nuraini Yusuf dan Siti Nur Aziana Azizi, 9.


Semua peserta dan pemenang menerima hadiah tajaan Avon berupa barangan penjagaan diri dan kosmetik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved