Sabtu, 4 Jun 2011

Harian Metro: Mutakhir


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Mutakhir


SPRM panggil pemain, jurulatih T-Team

Posted: 03 Jun 2011 01:24 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Kegembiraan bekas pengurus pasukan Piala Presiden T-Team, Mohd Sabri Abas, yang menyambut kelahiran anak kembar perempuan pada 31 Mei lalu, terbantut apabila dia dipanggil memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri kelmarin.

Mohd Sabri berkata, ketika sibuk menguruskan pendaftaran kelahiran anak kedua dan ketiganya itu tengah hari kelmarin, dia dihubungi pegawai SPRM dan diminta hadir ke pejabat agensi itu segera sehingga terpaksa menangguhkan urusan berkenaan.

"Ketika dihubungi, saya minta tangguh untuk memberi keterangan Ahad ini, tapi tidak boleh kerana mereka (SPRM) beritahu perlu segera berhubung pendedahan berlakunya gejala rasuah dalam pasukan bola sepak Piala Presiden T-Team.

"Jadi saya pun hadir ke pejabat SPRM memberi keterangan dan kerjasama penuh kepada mereka supaya dapat menjalankan siasatan dengan sempurna," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Sementara itu, menurut sumber SPRM, selain Mohd Sabri, pihaknya turut memanggil seorang jurulatih dan tujuh pemain Piala Presiden T-Team untuk memberi keterangan kelmarin dan semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lapor polis tak tahan nafsu ganas suami

Posted: 03 Jun 2011 01:23 PM PDT

KUANTAN: Tidak tahan didera secara seksual oleh suami yang mengamalkan kaedah pelik ketika menjalin hubungan kelamin, seorang wanita mengalami penderitaan sejak empat tahun lalu membuat laporan polis.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Minah, 55, berkata, dia sudah tiga kali membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading dan laporan terakhir dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, 29 Mei lalu selepas suami mengetuk kepalanya dengan jag.

"Sudah empat tahun perasaan saya tertekan akibat terpaksa melayan nafsu pelik suami yang gemar menggunakan cincin penambat zakar ciptaan sendiri ketika hubungan kelamin.

"Perbuatan pelik suami itu menyebabkan saya menderita kerana dia menggunakan pelbagai alat seperti besi rantai kunci, biji manik, benang, gelang getah, kepala jarum peniti dan pelbagai bahan tidak munasabah," katanya.


Minah berkata, suaminya yang berusia 50 tahun dan bekerja sebagai buruh mendakwa tenaga batinnya akan meningkat jika mengenakan cincin ciptaan sendiri itu pada alat sulitnya.


"Saya pernah bertanya kenapa dia tidak boleh melakukan hubungan kelamin secara normal, tapi suami memberitahu dia tidak berasa nikmat dan tidak akan puas jika tidak menggunakan cincin buatannya itu," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved