Khamis, 2 Jun 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Bengkel biak jentik-jentik

Posted: 01 Jun 2011 12:28 PM PDT

BUKTI...Dr Sallehudin menunjukkan jentik-jentik yang ditemui dalam operasi di premis barangan lusuh.
BUKTI...Dr Sallehudin menunjukkan jentik-jentik yang ditemui dalam operasi di premis barangan lusuh.

KUALA LUMPUR: Tujuh pengusaha premis barangan lusuh dan bengkel kereta di Jalan Chan Sow Lin, di sini, dikenakan tindakan oleh Jabatan Kesihatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana membiarkan takungan air sehingga menjadi tempat pembiakan jentik-jentik dan beroperasi tanpa lesen.

Dalam operasi bersepadu itu, tiga premis dikompaun atas kesalahan membiak jentik-jentik, manakala empat lagi premis dikompaun atas kesalahan beroperasi tanpa lesen.


Pengarah Kesihatan DBKL, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata pihaknya mendapati bengkel terbabit melakukan kesalahan mengikut Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975.

"Pemeriksaan hari ini (semalam) mendapati tiga premis terbabit melakukan kesalahan mengikut akta berkenaan. Enam kompaun sudah kami keluarkan dengan setiap kompaun itu didenda RM500.


"Empat lagi kompaun yang dikenakan terhadap premis yang beroperasi tanpa lesen akan dirujuk kepada Jabatan Pelesenan untuk diambil tindakan," katanya yang menyertai operasi itu, semalam.


Menurutnya, Jabatan Kesihatan DBKL memandang serius kesalahan pengusaha bengkel terbabit terutama membabitkan pembiakan jentik-jentik kerana kecuaian premis terbabit boleh mengancam nyawa orang lain.

"Kami juga melakukan pemantauan di tiga kawasan panas yang mencatatkan kes denggi terbanyak iaitu di Apartment Seri Rakyat Bukit Jalil (25 kes), Menara Orkid Bandar Baru Sentul (16 kes) dan Seksyen 10 Wangsa Maju Blok B (5 kes)," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengasuh terkejut budak jadi biru

Posted: 01 Jun 2011 12:11 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan maut dipercayai akibat tersedak susu di sebuah rumah pengasuhnya di Ukay Perdana, Ampang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa tidur dalam sebuah bilik sebelum dikejutkan untuk diberi minum susu oleh pengasuhnya.


Sumber berkata, sebaik mengejutkan mangsa, pengasuhnya pergi ke dapur kira-kira 10 minit untuk membuat susu sebelum menyedari muka mangsa pucat.

Difahamkan, ibu bapa bayi itu yang bekerja menghantar anak sulungnya itu setiap pagi ke rumah pengasuhnya berhampiran rumah mereka dan akan mengambil semula selepas tamat waktu kerja.


"Terkejut melihat muka bayi yang pucat dan kebiruan, wanita berusia 40-an itu cuba mengejutkan semula bayi terbabit, namun tiada tindak balas.


"Berikutan itu, wanita terbabit yang bimbang keadaan bayi perempuan itu segera menghantarnya ke hospital berhampiran," katanya.

Menurutnya, bayi itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).


"Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat tersedak susu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.


Usaha Harian Metro untuk menemubual ahli keluarga mangsa bagaimanapun tidak berhasil apabila mereka enggan ditemu bual.


Mayat mangsa dituntut ibu bapanya kira-kira jam 7 malam sebelum jenazahnya dibawa ke surau berhampiran untuk disembahyangkan dan dikebumikan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved