Selasa, 7 Jun 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Karnival bola jaring mampu menyerlah

Posted: 06 Jun 2011 12:13 PM PDT

PENGERUSI teknikal, Karnival Bola Jaring Harian Metro, Haniza Hassan yakin, karnival anjuran akhbar nombor satu negara itu mampu mengorak langkah lebih jauh dalam penganjuran sukan itu.

Pendapat itu dilontar ketika mengendalikan pertandingan yang berlangsung di Kuantan, Pahang apabila berjaya menarik penyertaan 16 pasukan dari seluruh negara biarpun dalam waktu yang singkat.


Katanya dengan yuran penyertaan RM100 dan hadiah kemenangan lumayan, beliau tidak melihat mengapa pertandingan itu kurang mendapat perhatian terutama ketika sukan bola jaring dipandang sepi.

"Saya yakin jika tempoh penyertaan iaitu menghantar borang dipanjangkan dan pertandingan ini diuar-uarkan lebih awal, pasti lebih banyak sambutan akan diterima.


"Baik lelaki atau wanita, karnival seperti ini pasti mendapat perhatian kerana kami sentiasa menanti lebih banyak pertandingan dianjurkan untuk memberi ruang dan peluang kepada ramai pemain mempamerkan bakat," katanya.


Beliau yang mewakili Persatuan Bola Jaring Pahang dan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) mengucapkan jutaan terima kasih dan bangga kesudian akhbar yang mempunyai pengaruh besar seperti Harian Metro menganjurkan pertandingan seperti ini.

Justeru, jika karnival ini dapat diperluaskan lagi, pastinya memberi peluang kepada banyak bakat baru diketengahkan ke peringkat lebih tinggi seperti peringkat kebangsaan.


Pertandingan sulung itu menawarkan hadiah lumayan bernilai RM2,000 kepada juara, naib juara RM1,000, ketiga (RM500) dan keempat (RM300).

Pasukan yang menduduki empat tempat teratas dalam saingan di Kuantan tidak lagi dibenarkan beraksi apabila karnival ini beralih ke Melaka pada saingan Zon Tengah 2 Karnival Futsal Harian Metro pada 2-3 Julai ini untuk memberi peluang kepada pasukan baru.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mati tercampak kereta dipandu rakan terbabas

Posted: 06 Jun 2011 12:11 PM PDT

HULU SELANGOR: Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas tercampak kira-kira 25 meter dari kenderaan dinaiki selepas terbabit kemalangan di Kilometer 404.7, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, dekat Lembah Beringin, di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.10 pagi apabila mangsa, Keshor Kumar, 30-an yang menaiki Proton Wira Aeroback dipandu rakannya dalam perjalanan pulang bercuti dari Pulau Pinang ke Subang terbabas lalu merempuh penghadang jalan.


Dua rakannya yang parah dan kritikal dihantar ke Hospital Ipoh untuk menerima rawatan susulan.

Sementara mayat mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata kenderaan dipandu rakan mangsa berpusing beberapa kali sebelum melanggar besi penghadang lebuh raya.


Katanya, kenderaan itu terpelanting ke arah laluan bertentangan sebelum terkena sebuah kenderaan lain dan lori yang melalui jalan itu.

"Bagaimanapun, tidak ada kecederaan dialami pemandu dua kenderaan itu. Ketika kejadian cuaca cerah.


"Mangsa mati di tempat kejadian akibat pendarahan teruk di kepala selepas tercampak dari keretanya," katanya.

Beliau berkata, mangsa dan dua rakan lain pekerja di sebuah syarikat pembinaan di ibu negara.


Katanya, kejadian disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved