Rabu, 8 Jun 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Usir warga emas dituduh mencuri

Posted: 07 Jun 2011 10:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Niat seorang warga emas untuk membeli-belah di sebuah kompleks komersial terkenal di sini, Sabtu lalu, terbantut apabila mendakwa dihalau keluar oleh pengawal keselamatan yang mengesyakinya ingin mencuri gara-gara berlegar hampir sejam di situ.

Lee Lai, 55, ketika ditemui di Balai Berita di sini, kecewa dan malu apabila pengawal keselamatan terbabit meninggikan suara serta menepis topi dipakainya, selain peristiwa berkenaan diperhatikan pengunjung lain.


Katanya, sempena cuti umum dan hujung minggu, dia keluar sendirian dan memasuki pusat beli-belah terbabit untuk mencari barang keperluan kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Ketika membelek-belek harga barang, Lee dikejutkan dengan pertanyaan kasar pengawal terbabit yang menanyakan apa yang dia lakukan selama hampir sejam di pusat beli-belah itu.


"Saya terkejut apabila pengawal terbabit mengaku mengekori saya sejak masuk ke pusat beli-belah itu.


"Lebih mengejutkan, dia (pengawal) menyatakan peraturan pusat beli-belah itu tidak membenarkan pelanggan berada terlalu lama di dalam premis.

"Saya yakin dia menganggap saya ingin mencuri barangan di situ sedangkan ia sebaliknya," dakwanya.


Katanya, selepas bertelagah hampir beberapa minit, lelaki terbabit mengugut akan menghalaunya keluar jika masih berdegil.

Menurutnya, dia meminta pengawal terbabit menyelesaikan masalah berkenaan di pejabat, selain ingin membuat aduan kepada pihak pengurusan, tetapi lelaki itu enggan dan menjerit menghalaunya keluar.


Akibat tidak tahan apabila disyaki mencuri, Lee menanggalkan jaketnya untuk membuktikan tiada barang diambil, namun pengawal terbabit tidak puas hati.


Dia kemudian pergi ke pejabat pengurusan untuk membuat aduan sebelum membuat laporan di Balai Polis Brickfields, semalam.


Sementara itu, pihak pengurusan pusat beli-belah itu memohon maaf kepada pelanggan berkenaan dan mengakui perkara itu terjadi akibat salah faham pengawal terbabit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kempen Alam Flora tumpu Chow Kit

Posted: 07 Jun 2011 10:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Chow Kit dijadikan lokasi utama bagi pelancaran Kempen Gerak Tumpu Kawasan Wilayah Persekutuan sejak Mei lalu, selepas ia dikenal pasti sebagai kawasan premis kurang bersih oleh syarikat konsesi dan pengurusan sisa pepejal, Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora).

Kempen anjuran Alam Flora dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu bertujuan menangani masalah pembuangan sampah oleh pihak tidak bertanggungjawab di lokasi yang dianggap kurang bersih di sekitar ibu kota.


Selain Chow Kit, terdapat tujuh lokasi lain dikelaskan sebagai kurang bersih, antaranya Pudu/Bukit Bintang, Jalan Doraisamy, Kompleks Damai, Kampung Attap, Brickfields, Damansara dan Lucky Garden.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd Zain Hassan, berkata pemilihan lokasi dilakukan mengikut kepadatan peniaga atau penjaja serta jumlah penghasilan sampah yang banyak di kawasan terbabit berbanding lokasi lain.


Menurutnya, tiga tan sampah dikutip setiap hari di lapan lokasi terbabit, sekali gus menjadikan kutipan bulanan mencecah 100 tan sepanjang kempen berlangsung sejak 9 Mei lalu.


"Chow Kit kawasan tumpuan ramai dan sampah dihasilkan lebih banyak, sekali gus memaksa kami (Alam Flora) membahagikan kawasan itu kepada dua bahagian bagi proses pembersihan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Gerak Tumpu Kawasan Wilayah Persekutuan, di Jalan Raja Bot, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved