Rabu, 15 Jun 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Bisnes keli tipu

Posted: 14 Jun 2011 11:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bermodalkan air liur dan kata-kata manis, seorang lelaki dikenali Mahadzhir, 26, dari Temerloh, Pahang, menggunakan kelebihan itu bagi melakukan penipuan dengan meminta mangsa melabur dalam perniagaan ikan keli sehingga mengaut keuntungan RM3 juta selepas dilaporkan menipu 300 mangsa.

Difahamkan, lelaki kaki putar alam terbabit mengatur ayat bagi meyakinkan mangsa syarikat penternakan keli dimilikinya menjanjikan pulangan lumayan kepada pelabur dan mahu berkongsi kekayaan dengan menawarkan lot kolam kepada pelabur.


Mangsa, Shafie Awang Kecik, 60, dari Pulau Pinang, berkata dia yang berminat dalam perniagaan keli tidak berfikir panjang apabila dihubungi seseorang menawarkan kepadanya pelaburan yang menguntungkan.

Menurutnya, selepas berbincang dia bersetuju berjumpa mereka di pejabat di Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown pada 2009.


"Saya yang tertarik dengan tawaran itu pergi ke pejabat mereka untuk membuat pelaburan dan bertanya bagaimana cara jika ingin mengusahakan ternakan keli di tanah milik saya.


"Mereka memberitahu saya boleh menternak ikan keli di tanah sendiri, tetapi dengan syarat perlu mengikuti kursus di kolam ikan Mentakab, Pahang, selama tiga hari dan perlu mengeluarkan modal RM50,000 untuk membeli anak keli serta kanvas kolam," katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam.

Shafie berkata, dia turut mengeluarkan modal RM25,000 lagi untuk menyediakan tapak kolam di tanah miliknya di Pulau Pinang.


"Malah, saya turut membeli satu lagi tapak kolam di Mentakab, Pahang, bagi tujuan pelaburan kerana menjangka ia akan memberi pulangan lumayan, namun tidak menyangka ditipu apabila barangan dijanjikan tidak diterima selepas mengeluarkan modal. Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Khairun Aseh, berkata pihaknya kesal dengan kejadian yang berlaku dan kes ini dipandang serius.

"Saya akan ketengahkan kes ini ke peringkat atasan supaya diambil tindakan, malah kami turut mengesan kebanyakan mangsa terdiri daripada belia Melayu bawah 40 tahun," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Solat sunat gerhana bulan penuh

Posted: 14 Jun 2011 10:57 AM PDT

PUTRAJAYA: Umat Islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat khusuf iaitu solat sunat gerhana bulan secara berjemaah bersama khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh yang dijangka berlaku esok (Khamis).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha, berkata galakan mengerjakan ibadat itu berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim yang antara lain menegaskan supaya mendirikan solat dan berdoa apabila melihat gerhana.


"Jakim menyeru semua masjid dan surau mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan solat sunat khusuf serta khutbah gerhana. "Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku," katanya melalui satu kenyataan, di sini, semalam. Cawangan Falak, Jakim menjangkakan fenomena gerhana itu akan bermula pada jam 1.25 pagi Khamis dan mencapai tahap kemuncak pada jam 4.12 pagi, sebelum berakhir pada jam 6.59 pagi.

Othman berkata, pihak Jakim melalui Cawangan Falak dan masjid utama membabitkan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra, Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf pada jam 3 pagi.


Menurutnya, Masjid Putra dipilih sebagai lokasi utama majlis solat sunat berkenaan, termasuk mengadakan aktiviti cerapan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved