Harian Metro: BeritaUtama |
Kak Wati menangis, suami tergesa-gesa Posted: 06 Jul 2011 12:07 PM PDT SAKSI...isteri Ahmad Kamil, Sabrina beri keterangan, semalam. SHAH ALAM: Isteri peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, suaminya pernah memaklumkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya menangis kerana pemandunya bernama Kamal mengugut mahu menyebarkan 'gambar tidak senonoh.' Sabrina Adnan, 32, yang bertugas di Jabatan Pengajian Kolej Komuniti di Kementerian Pengajian Tinggi berkata, maklumat itu diberitahu Ahmad Kamil dalam perbualan terakhir mereka menerusi panggilan telefon pada kira-kira jam 7.50 malam, 30 Ogos tahun lalu.
"Jadi, dia nak tolong Sosilawati. Dia mahu selesaikan dalam tempoh tiga hari. Saya tanya dia nak ke mana, tetapi dia tidak jawab," kata Sabrina.
Menurutnya, dia juga ada mendengar suara latar lelaki yang kedengaran garau ketika bercakap dengan Ahmad Kamil, tetapi tidak dapat memastikan bahasa yang dituturkan individu itu sebelum suaminya memutuskan panggilan itu.
Katanya, dia juga menghubungi suaminya setiap hari sehingga membuat laporan di Balai Polis Brickfields di Kuala Lumpur, berhubung kehilangan Ahmad Kamil pada 3 September tahun lalu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 06 Jul 2011 11:57 AM PDT CEDERA...Rosita cedera terkena peluru sesat. SHAH ALAM: Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim, 43, cedera di lutut dan tangan kanan akibat ditetak seorang lelaki yang mengamuk sehingga memaksanya melepaskan tembakan menyebabkan penyerangnya terbunuh. Kejadian berlaku pada jam 9.53 malam kelmarin di Flat Valencia, Taman Seri Muda, di sini dan lelaki yang mengamuk itu berusia 42 tahun berasal dari Sabah, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, polis terlebih dulu menerima laporan mengenai pergaduhan menggunakan parang membabitkan dua lelaki serumah berasal dari Sabah, seorang berusia 21 tahun dan bekerja sebagai buruh kontrak serta operator pengeluaran berusia 42 tahun iaitu si mati yang menyerang Kamal Affendi.
Katanya, selepas menerima laporan, tiga anggota polis menemani pengadu pulang ke rumah berkenaan untuk mengambil pakaiannya.
Menurutnya, pada mulanya, anggota polis dan pengadu cuba memujuk si mati menyerah diri, tetapi lelaki itu terus bertindak agresif dan menyerang mereka dalam keadaan marah.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan