Khamis, 7 Julai 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Resah kereta sering dipecah

Posted: 06 Jul 2011 11:31 AM PDT

PETALING JAYA: Penghuni di kawasan Mentari Court, di sini, resah dan bimbang apabila kenderaan yang diparkir sering menjadi sasaran pecah masuk dan kecurian sejak setahun lalu.

Penduduk mendakwa hampir setiap minggu kejadian itu berlaku menyebabkan mereka menanggung kerugian akibat kerosakan kenderaan.


Penduduk, Hasliza Abdullah, 25, berkata sejak mendiami Apartmen Mentari Court setahun lalu, sudah dua kali keretanya dipecah masuk dan mengalami kerugian hampir RM2,000.

"Sasaran mereka mencari kereta yang diletakkan di kawasan yang agak jauh dari apartmen. Mereka membuka kenderaan tanpa kedengaran bunyi penggera, namun ada juga cermin kereta dipecah kerana mereka mahu mengambil barangan berharga.


"Bulan lalu, kali kedua kereta saya dipecah masuk dan kehilangan beberapa wang tunai dan radio. Bukan itu saja, cermin kereta turut dipecahkan," katanya.


Tinjauan mendapati, rata-rata penduduk mendakwa kehadiran warga asing yang semakin padat di situ menjadi punca kes kecurian sering berlaku selain kesesakan kereta yang diparkir sepanjang jalan menyebabkan mereka sukar menyedari kehadiran pencuri.

Pekerja swasta, Amir Hamzah, 35, berharap pihak berkuasa lebih kerap menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan berkenaan kerana sejak kawasan itu dihuni warga asing dari Indonesia dan Afrika, kejadian kes pecah masuk dan kecurian kenderaan kerap berlaku.


"Bukan hanya pecah masuk kenderaan di sini, namun lebih membimbangkan rumah dijadikan sasaran pencuri yang mahu melarikan beberapa barangan berharga.

"Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak, tetapi mengesyaki golongan ini kerana mereka sering berkeliaran di kawasan hadapan rumah terutama pada waktu malam," katanya.


Menurutnya, walaupun menyedari terdedah kepada risiko kecurian, penduduk tiada pilihan kerana kawasan itu menjadi tempat mereka meletakkan kenderaan berikutan kekurangan parkir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Uncle Kamal tak begitu

Posted: 06 Jul 2011 10:19 AM PDT

SHAH ALAM: "Saya tak percaya Uncle Kamal (Kamaruddin Mohammad) akan buat begitu. Saya sudah periksa bilik, memang tidak ada kamera," kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, ketika perbicaraan kes pembunuhan ibunya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi, semalam.

Erni Dekritawati atau Rita berkata, Kamaruddin, 44, bekerja sebagai pemandu peribadi ibunya sejak tiga tahun lalu seorang yang baik, sering membuat kelakar dan tidak pernah menimbulkan masalah terhadap keluarganya.

"Selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan jangan benarkan Kamal masuk rumah ibu, saya pulang ke rumah. Saya menghubungi rakan ibu, Habishah Bahari dan dia beritahu terima panggilan telefon dari ibu juga. Tidak pernah ibu dan Kamal bergaduh sehingga begitu sekali.

"Timbul syak wasangka di hati kerana saya tidak percaya Kamal akan buat begitu terhadap ibu. Selepas dimaklumkan Habishah berhubung kamera yang didakwa berada dalam bilik ibu, saya terus periksa dan memang tidak ada. Habishah sendiri pun tidak percaya Kamal akan buat begitu," kata Rita ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yussuf.


Menurut Rita, pada malam kejadian iaitu 30 Ogos 2010, iaitu selepas berbuka puasa, dia tidak perasan Sosilawati menghubunginya. Ketika memeriksa telefon bimbit dia mendapati ada SMS dihantar ibunya, namun dia gagal menghubunginya semula.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved