Jumaat, 29 Julai 2011

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Sentuhan pereka eksentrik Perancis

Posted: 29 Jul 2011 07:10 AM PDT

SERAKAN rona ceria dan cetakan abstrak melatari koleksi terkini House of Tatiana yang menampilkan hasil cetusan pereka fesyen dari Perancis.

Setiap helaian dalam himpunan kali ini jelas memperlihatkan keindahan flora serta kegembiraan meraikan musim bunga dan panas yang bukan saja tampak romantis, tetapi anggun digayakan bersama aksesori ringkas.

Menurut pengasas House of Tatiana, Julie Lim, setiap koleksi di rumah fesyen di Jalan Maarof, Bangsar itu dipilih berdasarkan kualiti, nilai eksklusif dan menepati selera wanita lingkungan usia 19 ke 60 tahun.

"Setiap musim saya akan ke Perancis bagi meneliti aliran fesyen terkini dan memilih satu persatu untuk dibawa pulang ke House of Tatiana.


"Saya sentiasa mementingkan kesesuaian setiap helaian dengan permintaan wanita tempatan yang mana saya banyak memberi tumpuan kepada jenis fabrik, renda Perancis, hiasan perincian, sulaman dan potongan rekaan yang menarik.


"Selain itu, setiap koleksi pada satu-satu musim itu hadir dalam edisi terhad, tetapi pada harga berpatutan," katanya.

Rumah fesyen dua tingkat itu menempatkan himpunan pret-a-porter (pakai siap) daripada pereka eksentrik Perancis antaranya Derhy, Nana Baila, Rinascimento, Fifilles dan Jus D'Orange dengan kepelbagaian pilihan saiz.

Gaun pendek beralun, maksi sederhana panjang dan blaus dalam himpunan Derhy misalnya, diterjemahkan daripada rekaan klasik ke potongan moden yang tampak santai kala digayakan.

Nana Baila pula lebih memberi perhatian kepada gaun koktel pendek dengan adunan pelbagai corak abstrak, pelbagai rona dan monokrom.

Pada masa sama, House of Tatiana menyediakan pilihan bagi penggemar adi busana elegan menerusi label eksklusif dari Paris seperti Eden Rose, Etincelle dan Sagaie.

Eden Rose banyak memainkan renda Perancis dalam koleksinya bagi menyuntik aura feminin manakala Etincelle menjurus kepada couture yang menggunakan fabrik spandex dan diperindahkan lagi dengan renda Perancis dan sulaman Eropah.

Walaupun memberi tumpuan kepada busana, House of Tatiana tidak ketinggalan menambah koleksi aksesori seperti beg genggam, pakaian dalam dan kasut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Serlah keanggunan wanita

Posted: 29 Jul 2011 06:33 AM PDT

PERHIASAN seperti barang kemas sememangnya menjadi kegilaan setiap wanita terutama untuk digayakan di pagi lebaran.

Untuk itu, tidak lengkap penampilan wanita tanpa kilauan barangan emas.
Baik emas putih atau kuning, perhiasan yang dipakai mampu mengubah penampilan seseorang.


Bersandarkan kejayaan koleksi Anggun yang diperkenalkan sebelum ini, rangkaian kedai barangan kemas Poh Kong, tampil memperkenalkan siri terbaru, Alamanda.

Corak kerawang bunga-bungaan dalam siri Anggun ditempa daripada emas 916, 22 karat dan ia bukan saja menampilkan keindahan malah pada masa sama, menyerlahkan unsur tradisional yang tidak lapuk ditelan zaman.

Pengarah Eksekutifnya, Christine Choon, berkata siri Anggun mendapat sambutan hangat sejak diperkenalkan tiga tahun lalu.

Anggun adalah cetusan ilham halus berseni berteraskan keindahan eksotik dan disasarkan untuk wanita berusia 25 hingga 45 tahun.

Katanya, keunggulan reka bentuk serta ketelitian dalam penghasilan set perhiasan berkenaan mampu melahirkan naluri gaya mempesona dan tersendiri.

"Kami cenderung untuk mengetengahkan Anggun sebagai satu karya seni halus yang teliti buatannya.

"Ia mengadunkan keindahan alam yang disulami garis lengkung gabungan moden dan tradisi yang menawan," katanya.

Seperti mana koleksi Anggun terdahulu, siri Alamanda menampilkan perhiasan loket, rantai, gelang tangan, kalung serta subang dalam pelbagai rekaan dan saiz.

Koleksi perhiasan itu menggabungkan rekaan moden bersama sentuhan tradisi menyerlahkan keperibadian pemakai.

Kehalusan corak ukiran menjadi kekuatan koleksi berkenaan yang sebelum ini tampil dengan siri Orkid, Bunga Raya dan Manja.

Sesuai dengan slogannya, 'lihat kecantikan dan rakamkan kenangan', siri Alamanda yang ditampilkan kali ini juga masih mengekalkan ciri yang digemari wanita.

Menurut Christine, moto pihaknya amat mudah iaitu untuk memenuhi impian setiap wanita, justeru setiap perhiasan daripada jenama itu direka supaya mampu menyerlahkan lagi penampilan wanita.

"Koleksi Alamanda yang terbaru ini mampu memenuhi cita rasa wanita moden terhadap barangan kemas terutama daripada emas 916.

"Untuk si kecil, kami turut memperkenalkan koleksi Manja yang menampilkan rantai tangan, loket, subang dan cincin," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved