Sabtu, 2 Julai 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Geng Iskandar punah

Posted: 01 Jul 2011 10:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bergiat aktif dalam jenayah samun, pecah rumah dan curi kereta sejak 18 bulan lalu, satu kumpulan jenayah yang digelar 'Geng Iskandar' tumpas apabila polis menyerbu sebuah kondominium yang dijadikan markas serta tempat simpanan pelbagai barangan curi.

Dalam serbuan kira-kira jam 8.30 malam pada 23 Jun lalu di Jalan Ipoh, di sini, empat suspek termasuk ketua kumpulan terbabit yang dikenali sebagai Iskandar diberkas dan ratusan barangan curi dirampas antaranya tujuh kereta, dua motosikal, pelbagai barang elektrik dan barang kemas.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata semua barang curi itu dianggarkan bernilai melebihi RM2 juta dan kumpulan terbabit dipercayai menjalankan kegiatan mereka di Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Kelantan.

"Selain pelbagai barang curi dalam kondominium itu, kami merampas pelbagai senjata berbahaya seperti pedang samurai, keris, kerambit, parang dan beberapa peralatan serta pakaian pihak berkuasa termasuk polis dipercayai digunakan untuk menyamar sebelum menyamun mangsa.


"Pemeriksaan awal mendapati, semua suspek yang ditahan iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan berusia 21 tahun mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau dan dadah," katanya di sini, semalam. Menurutnya, polis percaya kumpulan terbabit mencuri lebih tujuh kereta berikutan penemuan 32 lagi kunci kereta dalam kondominium itu dan pihaknya kini giat mengesan semua kenderaan berkenaan selain mengenal pasti semua pemilik 41 kategori barangan yang dicuri.


"Kumpulan terbabit ketika ditahan cuba bertindak agresif dan hasil ujian air kencing mendapati keempat-empat suspek positif dadah.

"Dengan tumpasnya geng terbabit, kami percaya dapat selesaikan 31 kes membabitkan samun, pecah rumah dan curi kereta. Siasatan juga giat dilakukan bagi mengesan saki baki anggota kumpulan itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mayat reput ditemui terapung di kunci air

Posted: 01 Jul 2011 10:32 AM PDT

BANTING: Misteri bau busuk dihidu orang ramai yang melalui pesisir Sungai Langat, di sini, terbongkar apabila mayat seorang lelaki sudah reput dan berulat ditemui terapung di kunci air Sungai Lang, kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.

Ketua Balai Polis Banting, Inspektor Khusairin Che Hussin, berkata pihaknya menerima laporan penemuan mayat terbabit daripada orang awam dan mayat itu dibawa naik kira-kira sejam kemudian. Menurutnya, polis dengan bantuan bomba dan penyelamat mendapati mayat lelaki yang berbadan gempal berusia 40-an itu sudah reput kerana berada dalam air terlalu lama.


"Mangsa dipercayai lemas selepas polis mendapat keputusan bedah siasat daripada Hospital Banting.

"Kami bagaimanapun belum mengenal pasti identiti mangsa berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya.


"Keadaan mayat mangsa yang sudah reput dan hitam menyukarkan polis menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mangsa," katanya.


Menurutnya, mayat yang ditemui itu lengkap berpakaian iaitu kemeja-T belang warna biru putih dan seluar jeans biru dan dipercayai mati empat hari.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini polis menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah berhubung penemuan mayat dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.


"Laporan pihak hospital menunjukkan hasil bedah siasat terhadap mayat itu tidak menemui sebarang kecederaan fizikal. "Kami percaya mayat itu mempunyai saudara terdekat dan waris boleh membuat pengesahan dan menuntut mayat", katanya.

Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat penemuan mayat itu diminta hubungi Inspektor Khusairin Che Hussin di talian 012-9654927 atau balai polis berdekatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved