Rabu, 6 Julai 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Bawa ‘racun’ 24,000 penagih

Posted: 05 Jul 2011 12:07 PM PDT

SHAH ALAM: Dua Mat Afrika dicekup ketika baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, selepas polis menemui 7.1 kilogram syabu bernilai RM1.8 juta dalam beg pakaian mereka yang dipercayai berupaya menampung keperluan 24,000 penagih dadah di negara ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata kedua-dua suspek warga Nigeria berusia 34 dan 24 tahun itu diberkas dalam operasi berasingan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik KLIA pada 1 dan 3 Julai lalu selepas membawa beg pakaian dalam keadaan mencurigakan.


"Tangkapan pertama pada jam 4.50 petang dan suspek berusia 34 tahun itu membawa beg berisi syabu seberat 4.1 kilogram.

"Suspek kedua pula ditahan pada 3 Julai, jam 9.35 pagi yang membawa dadah jenis sama seberat tiga kilogram.


"Suspek yang baru tiba dari Ethiopia memberi alasan masuk ke negara ini kerana mahu menghantar beg dibawa kepada rakan," katanya pada sidang media di sini, semalam.


Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan dadah ialah RM1.8 juta.

Menurutnya, kedua-dua suspek bekerja sebagai penjual pakaian di negara asal mereka dan pertama kali masuk ke Malaysia.


"Kedua-dua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman hingga 9 dan 10 Julai ini," katanya.

Dalam perkembangan sama, katanya, sepanjang awal tahun ini hingga 17 Jun lalu, sebanyak 43 kes tangkapan dicatatkan membabitkan rampasan 151.1 kilogram dadah dan daripada jumlah itu, seramai 37 lelaki dan 11 wanita ditahan di KLIA.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kelima terbaik di dunia

Posted: 05 Jul 2011 10:46 AM PDT

PUTRAJAYA: "Selepas berpenat lelah dan menghadapi pelbagai tekanan, akhirnya kejayaan menjadi milik saya. Bukan mudah untuk saya mengekalkan kejuaraan ini," kata pelajar Sekolah Cempaka, Edwin See Jun Hong, 16, yang memenangi tempat kelima dalam Pertandingan Matematik Sedunia yang berlangsung pada 3 hingga 5 Mac lalu.

Pertandingan anjuran syarikat di Australia, 3P Learning Pty Ltd (3P Learning) itu dilaksanakan secara dalam talian dan ia mendapat kerjasama Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).


Edwin berkata, dia mendapat persaingan hebat terutama pelajar dari Pakistan, Australia dan Turki, bagaimanapun dia berjaya menempuhi cabaran diberikan.

"Walaupun hanya mendapat tempat kelima, tetapi ia amat bermakna kerana saya menewaskan ribuan peserta dari luar negara. Saya amat gembira dengan kejayaan ini," katanya ketika ditemui selepas menerima Piala Dunia dan pingat daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kementerian Pelajaran di sini, semalam. Pertandingan itu memerlukan peserta menjawab soalan matematik dengan pantas dan tepat dengan tempoh diberikan satu minit. Sebanyak 22,785 sekolah dari 212 negara menyertai pertandingan itu dan 20 pelajar dari Sekolah Cempaka terbabit pertandingan berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved