Harian Metro: Setempat |
Bawa ‘racun’ 24,000 penagih Posted: 05 Jul 2011 12:07 PM PDT SHAH ALAM: Dua Mat Afrika dicekup ketika baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, selepas polis menemui 7.1 kilogram syabu bernilai RM1.8 juta dalam beg pakaian mereka yang dipercayai berupaya menampung keperluan 24,000 penagih dadah di negara ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata kedua-dua suspek warga Nigeria berusia 34 dan 24 tahun itu diberkas dalam operasi berasingan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik KLIA pada 1 dan 3 Julai lalu selepas membawa beg pakaian dalam keadaan mencurigakan.
"Suspek kedua pula ditahan pada 3 Julai, jam 9.35 pagi yang membawa dadah jenis sama seberat tiga kilogram.
Menurutnya, kedua-dua suspek bekerja sebagai penjual pakaian di negara asal mereka dan pertama kali masuk ke Malaysia.
Dalam perkembangan sama, katanya, sepanjang awal tahun ini hingga 17 Jun lalu, sebanyak 43 kes tangkapan dicatatkan membabitkan rampasan 151.1 kilogram dadah dan daripada jumlah itu, seramai 37 lelaki dan 11 wanita ditahan di KLIA. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 05 Jul 2011 10:46 AM PDT PUTRAJAYA: "Selepas berpenat lelah dan menghadapi pelbagai tekanan, akhirnya kejayaan menjadi milik saya. Bukan mudah untuk saya mengekalkan kejuaraan ini," kata pelajar Sekolah Cempaka, Edwin See Jun Hong, 16, yang memenangi tempat kelima dalam Pertandingan Matematik Sedunia yang berlangsung pada 3 hingga 5 Mac lalu. Pertandingan anjuran syarikat di Australia, 3P Learning Pty Ltd (3P Learning) itu dilaksanakan secara dalam talian dan ia mendapat kerjasama Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).
"Walaupun hanya mendapat tempat kelima, tetapi ia amat bermakna kerana saya menewaskan ribuan peserta dari luar negara. Saya amat gembira dengan kejayaan ini," katanya ketika ditemui selepas menerima Piala Dunia dan pingat daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kementerian Pelajaran di sini, semalam. Pertandingan itu memerlukan peserta menjawab soalan matematik dengan pantas dan tepat dengan tempoh diberikan satu minit. Sebanyak 22,785 sekolah dari 212 negara menyertai pertandingan itu dan 20 pelajar dari Sekolah Cempaka terbabit pertandingan berkenaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan