Harian Metro: Setempat |
Hampir dua tahun jadi hamba tauke Posted: 13 Jul 2011 10:11 AM PDT PONTIANAK: Sebuah keluarga empat beranak, termasuk seorang bayi 10 bulan ibarat jatuh ditimpa tangga apabila mereka bukan saja menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia, malah turut dilayan sebagai buruh paksa di sebuah ladang sawit di sekitar Sri Aman, Sarawak sejak lebih setahun lalu. Berasal dari Kampung Pati, Jawa Tengah, Indonesia, keluarga Sutono, 45, menjadi mangsa kegiatan pemerdagangan manusia yang didalangi individu senegara untuk dibawa ke Sarawak melalui pintu masuk sempadan Indonesia/Malaysia di Tebedu sebagai pekerja ladang kelapa sawit sejak Oktober 2009 tanpa pernah menikmati upah yang sepatut diterima.
Menurut Sutono, semuanya bermula apabila dia ditawarkan pekerjaan oleh seorang lelaki yang datang ke kampungnya pada pertengahan 2009 mendakwa mempunyai cara untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik dengan bekerja di Malaysia yang menawarkan gaji lumayan.
Menurut Sutono, tanpa memiliki dokumen perjalanan termasuk pasport, dia dan keluarganya tidak menghadapi masalah masuk ke Malaysia melalui pintu sempadan itu kerana semuanya diuruskan lelaki terbabit, termasuk pengangkutan ke ladang sawit di mana dia sepatutnya bekerja.
"Selepas selesai di pintu sempadan, saya dibawa ke ladang kelapa sawit di sekitar Sri Aman, sebelum memulakan kerja memotong pelepah pada keesokannya, manakala isteri ditugaskan memasak makanan untuk beberapa pekerja lain di tempat kami tinggal itu," katanya.
|
Posted: 13 Jul 2011 09:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing yang baru dua hari menyamun sebuah kereta mati ditembak manakala rakannya meloloskan diri selepas cuba menyerang anggota polis dengan parang dalam satu kejadian di Wangsa Maju, di sini, petang semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, kereta dipandu suspek dikesan pemiliknya berdekatan Pasaraya Carrefour Wangsa Maju. Katanya, pemilik kereta itu kemudian mengekori suspek hingga ke kawasan perumahan Seksyen 2 sebelum memaklumkannya kepada polis.
"Panik dengan kehadiran polis, seorang suspek menyerang polis dengan parang hingga memaksa polis melepaskan tembakan," katanya.
Suspek yang cedera parah di leher dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut sebelum meninggal dunia ketika dirawat.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan