Harian Metro: Setempat |
Posted: 14 Jul 2011 11:09 AM PDT GOMBAK: Tiga anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor terkejut apabila mendapati rumah kedai dua tingkat yang diintip sebenarnya bukan stor penyimpanan video cakera padat (VCD) cetak rompak sebaliknya barang tiruan berupa pelbagai jenis beg. Serbuan dijalankan di Jalan 12/10, Taman Koperasi Polis Fasa 1 di sini, kira-kira jam 6.15 petang kelmarin menemui kira-kira 30,000 beg tiruan pelbagai jenama terkenal membabitkan nilai mencecah RM500,000.
Beliau berkata, siasatan awal lebih menjurus kepada tempat penyimpanan VCD cetak rompak berdasarkan kawalan rapi yang dibuat di premis itu termasuk pintu depan yang tidak pernah dibuka secara terang-terangan.
Serbuan dilakukan tiga pegawai KPDNKK Selangor cawangan Shah Alam dengan dibantu pegawai KPDNKK cawangan Gombak merampas jenama beg terkenal seperti Adidas, Nike, Elvy dan Coach Othman berkata, barangan itu dijual secara langsung kepada peniaga pasar malam dan peruncit kedai beg di sekitar Lembah Klang dan Selangor.
"Bagi memastikan operasi mereka tidak dikesan penguat kuasa, semua kerja pemindahan barang di tingkat satu ke bawah melalui lubang ditebuk dalam sebuah bilik menggunakan takal," katanya.
|
Drebar teksi diserang lima lelaki selepas turun penumpang Posted: 14 Jul 2011 09:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi hilang punca pendapatannya selepas diserang lima lelaki tidak dikenali sebaik menurunkan penumpang terakhirnya di Taman Sentosa, Jalan Klang Lama, di sini sebelum teksinya dilarikan, Sabtu lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang baru sahaja menurunkan seorang penumpangnya di Taman Sentosa, di sini sedang membelok ke arah jalan utama balik ke rumahnya.
"Mangsa bukan sahaja ditumbuk di mata malah dipukul dengan objek keras yang menyebabkannya pengsan. Pelbagai barangan miliknya termasuk wang tunai turut dilarikan suspek.
Katanya, mangsa yang buntu selepas hilang punca pendapatannya membuat laporan di Balai Polis Brickfields kelmarin untuk tindakan lanjut.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan