Ahad, 17 Julai 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Dibelasah 10 samseng cilik

Posted: 16 Jul 2011 10:36 AM PDT

JOHOR BAHRU: Seorang pelajar tingkatan empat berdepan detik mencemaskan apabila dibelasah 10 'samseng junior' di dua lokasi berasingan di bandar raya ini akibat dituduh mendalangi kegiatan vandalisme.

Selain diminta menjelaskan RM7,000 kerana menyebabkan kerosakan kenderaan seorang ahli kumpulan itu, dia turut dipukul sehingga mengalami bengkak di kepala, wajah dan kedua-dua kaki, menyebabkan dia terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).


Menceritakan kejadian pada Khamis lalu, pelajar terbabit dikenali sebagai Mohamad, 16, berkata pada jam 1.30 petang, dia yang berada di medan selera di Taman Bukit Saujana, di sini, dihampiri seorang remaja lelaki yang berpura-pura bertanya namanya.

Menurutnya, remaja itu kemudian memaksanya memasuki sebuah kereta jenis Honda berwarna hitam yang dinaiki lima remaja lelaki, dipercayai pelajar sekolah lain.


"Saya dibawa ke sebuah kawasan pangsapuri berhampiran masjid dan di situ beberapa remaja lelaki dipercayai pelajar sekolah lain berpakat membelasah saya kerana dituduh menyembur cat pada kereta milik seorang daripada mereka.


"Biarpun saya menjelaskan ia angkara pelajar lain, mereka tidak mengendahkannya, sebaliknya terus memukul saya dan kejadian itu turut disaksikan penduduk berhampiran," katanya.

Mohamad berkata, kumpulan remaja itu kemudian membawanya ke rumah terbengkalai di kawasan perkampungan sebelum memukulnya dengan objek keras.


Katanya, kumpulan itu menuduhnya menjadi ketua kumpulan vandalisme serta mengugut menikamnya dengan pisau jika gagal membayar ganti rugi RM7,000 bagi kerosakan kereta akibat diconteng dengan semburan cat.

Katanya, dalam keadaan terdesak, dia terpaksa berbohong dan mengaku melakukan perbuatan vandalisme supaya dapat menyelamatkan diri selain berjanji akan melangsaikan tuntutan ganti rugi itu.


"Mereka kemudian merampas kad pengenalan saya sebagai cagaran dan turut memaksa saya menyalin baju sebelum dihantar berhampiran rumah di sebuah pangsapuri dengan tujuan mendapatkan wang dituntut itu.


"Mujur ayah berada di rumah dan menjadi penyelamat di mana mereka melarikan diri selepas melihat kami bersama-sama turun di blok pangsapuri itu," katanya ketika ditemani ibunya, Masliza Isa, 40-an, di HSA, semalam.


Mohamad berkata, dia menjangka ada pihak salah faham dan beranggapan dia sengaja merosakkan kereta yang diletakkan berhampiran sekolahnya hingga tergamak melakukan perkara itu terhadapnya.


"Memang benar saya melihat sekumpulan pelajar lelaki menyembur cat pada sebuah kereta di luar kawasan sekolah jam 7.30 pagi pada 13 Julai lalu tetapi saya tiada kaitan, malah hasrat saya untuk melaporkan kejadian itu kepada guru juga dihalang pelajar terbabit.


"Tidak sangka akhirnya saya menjadi mangsa," katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Sentral, di sini, kelmarin.


Sementara itu, Timbalan Pengarah Pelajaran Johor, Md Hasidin Zaini berkata, pihaknya akan menyiasat terhadap kejadian menimpa mangsa dengan secepat mungkin.


"Kami masih tidak menerima aduan daripada pengurusan sekolah mahu pun ibu bapa berkaitan kejadian itu.


"Namun kami akan berusaha mendapatkan maklumat daripada kedua-dua pihak yang terbabit dalam kejadian itu," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob mengesahkan menerima laporan dan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Enggan pindah selepas rumah terbakar

Posted: 16 Jul 2011 10:34 AM PDT

PETALING JAYA: "Saya baru hendak menjamah nasi berlauk ikan goreng untuk makan tengah hari sebelum terdengar jeritan jiran," kata Ng, 78, mangsa kejadian kebakaran membabitkan tiga rumah teres, di Seksyen 14/7, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi, Ng bersama rakan serumahnya Yap, 60, terkejut sebaik mendengar jeritan beberapa jiran supaya keluar kerana api marak.


"Saya terkejut lalu keluar menyelamatkan diri. Saya sedih kerana tiada apa mampu diselamatkan memandangkan saya cacat dan menggunakan tongkat untuk berjalan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Biarpun rumah terbakar, Ng dan Yap enggan berpindah keluar dan mahu tinggal di sebuah bilik belakang yang terselamat daripada kebakaran.


Difahamkan, Ng tidak mahu meninggalkan rumah yang didiami lebih 20 tahun itu kerana itulah hartanya yang masih ada.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7, Esa Aini berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11 pagi sebelum sebuah jentera membabitkan tujuh pegawai dan anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kami mendapatkan bantuan satu jentera membabitkan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat di Jalan Penchala.


"Punca kejadian masih dalam siasatan, namun kebakaran bermula dari rumah tengah yang 90 peratus hangus terbakar," katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian penghuni rumah tengah berkenaan tidur manakala isteri dan seorang anaknya tiada di rumah.


Bagaimanapun, Esa berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan api berjaya dikawal sepenuhnya dalam tempoh 15 minit.


Katanya, jumlah kerugian dianggarkan lebih RM450,000 kerana membabitkan tiga rumah iaitu rumah kedua (Ng) 30 peratus terbakar dan rumah ketiga hanya 10 peratus terbakar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved