Harian Metro: Setempat |
‘Dr kerabat’ kaki temberang Posted: 17 Jul 2011 10:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Bermodalkan gelaran sebagai kerabat diraja, seorang lelaki menggunakan status itu untuk menipu pemilik sebuah syarikat pembinaan kononnya boleh menyediakan modal permulaan bagi projek terbaru mereka. Seorang mangsa yang juga bekas pekerjanya, Hew Kim Soong, 49, berkata lelaki yang dipanggil Dr itu meminta dia menjadi Pegawai Perhubungan Awam (PRO) syarikatnya dengan menjanjikan gaji RM3,000 sebulan.
"Melihat kepada status dan latar belakangnya, saya yakin akan mendapat pekerjaan lebih baik tambahan pula kami hidup berjiran. Ini memudahkan saya berulang-alik ke pejabat yang terletak di rumahnya.
"Hasil daripada siasatan sendiri, saya menemui dua mangsa Dr berkenaan yang mengalami kerugian puluhan ribu ringgit kerana terpedaya dengan janji lelaki itu.
Katanya, selepas menyiasat latar belakang lelaki itu, beberapa penduduk setempat turut mendakwa lelaki itu gemar memancing kanak-kanak dan remaja ke rumahnya sebelum mencabul mangsa.
|
Lelaki terkejut jumpa plastik berisi mayat bayi di belakang rumah Posted: 17 Jul 2011 09:54 AM PDT KAJANG: Seorang lelaki yang ingin meracun rumput di belakang rumahnya tergamam apabila menjumpai bungkusan plastik mengandungi mayat bayi berulat dalam kejadian di Kampung Sungai Ramal Baru, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 9.52 pagi itu, lelaki berkenaan melalui kawasan belakang rumahnya dan pelik apabila terhidu bau busuk yang datang dari bungkusan plastik yang terletak berhampiran pintu belakang rumahnya.
"Beberapa minit kemudian sepasukan anggota polis tiba di tempat kejadian dan mengesahkan bungkusan berkenaan mengandungi mayat bayi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi dan jika sabit kesalahan, hukuman penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan