Selasa, 19 Julai 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Drebar dibelasah, lori disamun

Posted: 18 Jul 2011 09:05 AM PDT

GOMBAK: Seorang pemandu lori warga emas cedera parah apabila dipukul dengan batang besi, topi keledar dan tangan dalam kejadian samun lori di Jalan Gombak Lama, di sini.

Akibat dipukul sekumpulan penyamun menyebabkan lelaki berusia 68 tahun itu terlantar di Hospital Selayang selama dua minggu sebelum membuat laporan di Balai Polis Gombak, Sabtu lalu selepas keluar dari wad.


Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada 3 Julai lalu kira-kira jam 7.30 malam ketika mangsa dalam perjalanan ke Bentong, Pahang untuk menghantar barang ke sebuah pasar raya.

"Bagaimanapun tiba-tiba sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki menahan lorinya menyebabkan dia terpaksa menekan brek secara mengejut.


"Selepas itu, motosikal terbabit terus melanggar bahagian depan lori itu menyebabkan mangsa yang pelik dengan perbuatan itu keluar dari lori," katanya.


Sumber berkata, dia bagaimanapun terkejut apabila mendapati beberapa motosikal dinaiki beberapa lelaki berada di belakangnya dan mereka terus datang ke arahnya sebelum menghentak mangsa dengan topi keledar.

"Akibat hentakan itu mangsa terjatuh ke atas jalan sebelum kumpulan terbabit terus membelasahnya dengan batang besi dan tangan bertubi-tubi hingga menyebabkan kecederaan pada mata, pipi, badan dan kepala.


"Lelaki terbabit mencampak mangsa di tepi jalan sebelum melarikan lori mangsa yang membawa muatan air botol minuman," katanya.

Mujur ketika kejadian itu, ada orang awam yang melalui kawasan itu ternampak mangsa dan terus menghubungi ambulans.


Sementara itu, polis yang mendapat maklumat orang awam kira-kira jam 12.30 tengah hari mengenai penemuan sebuah lori dalam hutan di Jalan Templer, di sini terus bergegas ke tempat kejadian.


Hasil pemeriksaan didapati beberapa komponennya sudah dileraikan sebelum dipindahkan ke dalam kereta Proton Wira yang diubahsuai di bahagian belakang.


Malah, polis turut menjumpai 13 motosikal termasuk empat darinya mempunyai nombor pendaftaran palsu.


Sebilah pisau turut dijumpai dalam kereta itu namun ketika serbuan, suspek tiada sebelum semua kenderaan dibawa ke Balai Polis Rawang.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penemuan kenderaan terbabit dan kes itu berkaitan dengan kejadian samun beberapa minggu lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Tak kisah gerai makan kotor’

Posted: 18 Jul 2011 09:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keadaan persekitaran di beberapa gerai makan sekitar bandar raya ini yang kotor, terutama di kawasan Masjid India masih tidak mematahkan selera orang ramai menikmati pelbagai juadah disediakan peniaga di kawasan itu.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati, ramai menjamu selera di kawasan itu tanpa memikirkan kesan bakal diperoleh dengan memakan hidangan belum pasti tahap kebersihannya.


Beberapa pengunjung, ditemui rata-rata memberikan reaksi yang mengejutkan.

Pelanggan mahu dikenali sebagai Aziah, berkata makanan di situ memang sedap dan harga ditawarkan juga tidak membebankan.


"Saya tidak berapa mengambil kira, soal kebersihan di sini kerana saya yakin makanan dijual bersih dan setakat ini belum pernah mengalami apa-apa sakit. Lagipun, sudah menjadi perkara biasa gerai makan kotor," katanya.


Menurutnya, bilangan pelanggan yang ramai membuktikan kedai di kawasan sekitar tidak akan menjejaskan kesihatan mana-mana pihak.

Seorang lagi pengunjung dikenali sebagai Rahim yang bekerja tidak berapa jauh dari situ memberikan reaksi yang hampir serupa.


"Jarak yang dekat dengan tempat kerja memungkinkan saya makan di sini setiap hari. Saya rasa setakat ini tidaklah kotor. Ramai juga yang makan di sini,"

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved