Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 09 Aug 2011 11:50 AM PDT KUALA LUMPUR: "Anak saya bukan saja dipukul hingga patah gigi dan rahang, tetapi dia disamun sekumpulan lelaki sebaik melalui satu kawasan rusuhan di London," kata Rossli Harun, 49, bapa pelajar Malaysia di Universiti Kaplan, London, Asyraf Haziq, 20. Rossli berkata, dia dihubungi Mara dari bahagian pelajar luar negara pagi semalam, memberitahu mengenai kejadian menimpa anaknya itu.
Rossli yang bekerja sebagai Pengurus Eksekutif Bangunan berkata, dia terkejut dengan berita itu kerana beberapa jam sebelum kejadian, Asyraf ada menghubunginya untuk bertanyakan khabar ibu serta keluarga lain.
Katanya, video bagaimana Asyraf dipukul dan disamun tersebar dalam YouTube di Internet. Namun, dia bersyukur anaknya itu selamat dan kini dirawat di hospital.
"Jika ada peluang saya dan isteri akan ke London untuk melihat keadaannya, tapi ia bergantung pada perkembangan rusuhan di sana. Tak sangka perkara ini boleh berlaku, lebih-lebih lagi menjelang Syawal ini, Asyraf tidak dapat pulang kerana baru saja di sana," katanya.
|
Posted: 09 Aug 2011 11:49 AM PDT MERU: "Ketika ke bilik air kira-kira jam 6.10 pagi saya dengar bunyi dengusan nafas yang kuat dan terkejut melihat Dini terlentang dengan mata terbeliak serta mulut berbuih. "Saya membawanya ke hospital, tapi sebaik tiba, doktor beritahu anak saya sudah meninggal dunia," kata Mohamad Ali Khir, menceritakan detik kematian anak perempuannya berusia 11 tahun selepas berbuka puasa dengan juadah dibeli di bazar Ramadan. Mohamad Ali, 37, berkata dia membeli air batu campur (ABC) dan otak-otak untuk juadah berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran rumahnya di Taman Seri Mewah Fasa 2, di sini, pada petang Ahad lalu. Menurutnya, anak perempuan tunggalnya, Nurdini, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, di sini, meminta untuk berbuka puasa dengan ABC dan otak-otak sejak hari pertama berpuasa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan