Rabu, 10 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Kaunter zakat lengang ramai bayar saat akhir

Posted: 09 Aug 2011 10:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sikap masyarakat di negara ini yang suka melakukan kerja pada saat akhir menyebabkan Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di sini, lengang daripada kunjungan pembayar zakat.

Difahamkan, pembayar zakat kebanyakannya memilih untuk berurusan pada waktu pagi dan hanya segelintir yang datang membayar zakat pada waktu petang.


Ketua Unit Kanan, Unit Komunikasi Korporatnya, Nor Mukshar Harun, berkata mengikut trend sebelum ini, pembayar zakat berpusu-pusu menunaikan kewajipan apabila masuk minggu ketiga dan empat Ramadan.

Katanya, kebanyakannya menunggu waktu gaji masuk dan memilih hari minggu untuk membayar zakat.


"Keadaan sama berlaku setiap tahun dengan pembayar lebih memilih untuk menunaikan zakat di saat akhir. Jika membabitkan zakat fitrah, ada yang melengahkan masa sehingga ke pagi solat sunat Aidilfitri.


"Begitu juga dengan pembayaran fidyah, kebanyakan memilih untuk membayar di minggu akhir sebelum Ramadan. Dua bulan yang menjadi tumpuan pembayar zakat ialah pada setiap minggu akhir Ramadan dan Disember," katanya ketika ditemui.

Bagaimanapun, katanya, sepanjang sembilan hari berpuasa PPZ mengumpulkan RM10.7 juta hasil daripada bayaran zakat harta dan menyasarkan kutipan RM36.9 juta sempena Ramadan ini.


"Kutipan ini datang daripada mereka yang membayar zakat secara dalam talian dan pemotongan gaji setiap bulan. Biarpun tidak dapat datang ke kaunter mereka boleh menunaikan zakat melalui perkhidmatan lain yang disediakan. Bezanya, di kaunter mereka dapat merasai sendiri pengalaman membayar zakat iaitu ada akad dan doa sejurus pembayaran," katanya.

Untuk keterangan lanjut mereka boleh hubungi talian zakat, 1300885757, laman web zakat.com.my, laman sosial facebook di www.facebook.com/zakat.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Cemburu jadi motif bunuh

Posted: 09 Aug 2011 10:51 AM PDT

AMPANG: Motif cemburu dikenal pasti menyebabkan seorang wanita warga Indonesia dan anaknya yang berusia enam tahun dibunuh kejam sebelum mayat mereka dikerat lebih 15 bahagian.

Mayat dua beranak itu dibungkus dalam tiga plastik sebelum dibuang di sebuah pangsapuri terbiar di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, pada 3 Ogos lalu.


Polis mengesahkan wanita berkenaan juga mengandung berdasarkan bedah siasat dijalankan.

Setakat ini, polis menahan sembilan lelaki termasuk suami mangsa yang berusia 29 tahun bagi membantu siasatan di Bandar Baru Ampang, di sini, dua hari lalu.


Lapan lagi lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci adalah warga Bangladesh. Seorang daripada lelaki dipercayai kekasih 'gelap' wanita berkenaan.


Siasatan awal, suami mangsa yang berasal dari Sabah tidak pernah membuat laporan polis berhubung kehilangan isteri dan anaknya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan motif cemburu menjadi punca pembunuhan kejam itu.


Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan misteri bau busuk di sebuah pangsapuri terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas di tingkat lima bangunan itu. Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.


Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved