Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 10 Aug 2011 11:10 AM PDT SLIM RIVER: Biarpun dugaan dihadapinya maha hebat apabila kedua-dua tangan dan kaki kiri dipotong akibat terkena renjatan elektrik November tahun lalu, Muhamad Hairuman Miskon ternyata anak muda berjiwa kental apabila tetap berkeyakinan tinggi untuk meneruskan kehidupannya. "Saya tidak menganggap dunia sudah berakhir, sebaliknya berasa diri bertuah kerana masih 'dipinjamkan' Allah sebelah kaki lagi untuk meneruskan kehidupan.
Mengimbas tragedi yang menimpanya, anak muda berusia 23 tahun itu terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi ketika mengambil upah mengait kelapa sawit di Jalan Masjid Baru, Tanjung Karang, Selangor untuk mencari wang bagi membiayai persekolahan adiknya.
"Walaupun sukar, Alhamdulillah saya mampu bersolat Tarawih dan terima kasih saya kepada jemaah masjid di sini yang menyediakan ruang khas.
Muhamad Hairuman berkata, ketika ini pergerakannya banyak bergantung kepada kerusi roda, namun dia tetap memasang azam dan keyakinan tinggi untuk berjalan seperti biasa pada masa depan.
|
‘Mujur tak kena tikam’ Posted: 10 Aug 2011 11:09 AM PDT KUALA LUMPUR: "Orang kata saya turut ditikam, tapi mujur tak kena. Saya tak nampak pisau, tapi orang di flat berdekatan memberitahu kelompok perusuh itu bersenjatakan pisau," kata Muhammed Asyraf Haziq Rossli, 20. Dia yang cedera di mulut akibat diserang dan dirompak perusuh ketika melalui satu kawasan rusuhan di timur London, terpaksa menjalani pembedahan membetulkan rahangnya yang patah dan kini menerima rawatan di Royal London Hospital. Dalam temubual dirakam wakil Kelab Umno London kelmarin, penuntut perakaunan tajaan Mara di Kolej Kaplan, London itu memberitahu, kejadian berlaku pantas dan dia tidak dapat melarikan diri ketika dikerumuni kumpulan berkenaan. "Saya sedang mengayuh basikal ketika itu dan memang tak boleh buat apa-apa kerana mereka ramai, (ketika dikerumuni) ada yang seluk belakang baju sejuk berhud yang saya pakai dan ada ambil telefon.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan