Khamis, 11 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Ayah hilang mati dalam kereta

Posted: 10 Aug 2011 10:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor pengubahsuaian bangunan yang tidak pulang ke rumah sejak kelmarin ditemui mati dalam keretanya dengan kesan darah pada hidung selain mayatnya berbau di hadapan kilang pemasangan permotoran Tan Chong Motor di Jalan Segambut, di sini, semalam.

Mangsa, Lum Kok Wah, 56, ditemui seorang pengawal kilang berkenaan kira-kira jam 10 pagi dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri atas tempat duduk yang direbahkan.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pengawal terbabit yang gagal mengejutkan mangsa kemudian menghubungi polis.

"Siasatan mendapati keempat-empat pintu kereta Proton Iswara milik mangsa tidak berkunci dan barang berharga seperti telefon bimbit serta dompet masih ada pada mangsa.


"Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat," katanya.


Menurutnya, setakat ini, punca kematian belum diperoleh, namun kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, anak lelaki mangsa, Lum Wing Kit, 25, berkata, bapanya tidak pulang ke rumah sejak malam kelmarin.


Katanya, bapanya juga mempunyai masalah jantung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bukan 5 tahun tapi 20 bulan

Posted: 10 Aug 2011 10:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan kanak-kanak lelaki yang ditemui mati bersama mayat wanita yang dikerat lebih 15 bahagian di sebuah pangsapuri di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, 3 Ogos lalu, berusia 20 bulan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata hasil siasatan lanjut mendapati kanak-kanak terbabit bukan berusia lima hingga enam tahun seperti yang dilaporkan sebelum ini.


Menurutnya, pihaknya masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti sebenar dan menentukan sama ada kedua-dua mangsa mempunyai pertalian darah.

"Lapan suspek warga Bangladesh masih ditahan bagi membantu proses siasatan kejadian itu.


"Kami juga belum menerima apa-apa dokumen perkahwinan daripada lelaki berasal dari Sabah yang mendakwa suami wanita terbabit dan bapa kepada kanak-kanak itu," katanya.


Tun Hisan berkata, polis belum boleh memastikan kesahihan pertalian lelaki itu dengan mangsa kerana masih tidak memperoleh dokumen perkahwinan mereka.

Setakat ini, polis mengenal pasti motif kejadian itu berpunca daripada perasaan cemburu dan cinta.


Kedua-dua mangsa yang dipercayai anak beranak dibunuh dengan tukul besi berikutan penemuan alat dalam rumah seorang daripada lapan warga Bangladesh yang ditahan berhubung kes itu.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan misteri bau busuk di sebuah pangsapuri terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas di tingkat lima bangunan itu. Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik berasingan di atas siling tandas dan beberapa tempat di dalam rumah berkenaan. Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved