Ahad, 14 Ogos 2011

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


‘Bersahur’ di ranjang

Posted: 13 Aug 2011 09:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Memalukan apabila ramai lelaki hidung belang, termasuk berusia emas, terperangkap dengan pakej 'dangdut sampai sahur' di sebuah kelab dangdut terkenal di ibu kota hingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan lelaki Islam pada bulan mulia ini.

Nyata lelaki terbabit longlai dengan tarikan istimewa di kelab itu. Keadaan itu tidak mengejutkan kerana hanya dengan bayaran RM40 sejam, pelanggan bukan saja boleh mendapatkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) 'bergetah' sebagai teman berhibur, malah menemani mereka bersahur dan di bilik tidur.

Wartawan Metro Ahad yang menyamar sebagai pelanggan di kelab itu mendapati khidmat hiburan ditawarkan menarik perhatian, terutama mereka yang lemah iman.

Dibuka seawal jam 9 malam, pelanggan boleh menempah mana-mana 20 pelayan yang sedia menemani hingga ke pagi. Layanan diberi juga terserah kepada pelanggan, sama ada ingin berhibur di bilik karaoke atau menjadi teman menari dangdut sampai ke pagi.


Berdasarkan perbualan bersama seorang pelayan, dia bersetuju dibawa ke mana saja destinasi diingini, asalkan pelanggan sanggup menanti sehingga tamat waktu bekerja dengan bayaran tertentu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

300 masak bubur lambuk

Posted: 13 Aug 2011 09:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 5,000 mangkuk bubur lambuk berjaya dihasilkan oleh 300 sukarelawan pada program Bubur Lambuk 1Malaysia Amal Media anjuran Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi (KKSR) Jabatan Pengarang The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di Balai Berita, di sini, semalam.

Bubur itu yang mula dimasak seawal jam 8 pagi diagihkan kepada anak yatim, ibu tunggal, warga emas, masjid, surau, polis dan bomba yang dikenal pasti dengan bantuan Kelab Redah 4x4 Wilayah Persekutuan dan Kelab Kembara 4x4 Selangor.


Presiden KKSR Jabatan Pengarang NSTP, Shahiman Sharip berkata, program yang memasuki tahun kelapan itu bertujuan memupuk semangat bergotong-royong di kalangan peserta dalam menghulurkan sumbangan kepada kumpulan sasaran, sekali gus menanam budaya bersedekah pada bulan puasa.

Menurutnya, selain sukarelawan daripada pihak penaja, seramai 60 pelajar dan lapan pensyarah dari Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Seni Kulinari Universiti Taylor turut mengacau bubur terbabit.


"Sebanyak 20 periuk bubur lambuk dihasilkan pada hari ini (semalam) dan sasaran kita adalah menghasilkan sekurang-kurang 150 periuk sepanjang Ramadan tahun ini, termasuk kelab memberi bahan mentah kepada masjid dan surau untuk mereka masak sendiri.


"Kita berterima kasih kepada penaja utama kita, Giant dan lebih 20 penaja lain, antaranya Adabi, Petronas Dagangan, Bernas, Scomi, Proton Holding Berhad, Pos Malaysia, Sime Darby, MSU, Takaful Ikhlas, Adabi, Maggi dan Syabas yang sentiasa menyokong program ini saban tahun," katanya.

Turut mengacau bubur lambuk itu adalah beberapa artis, antaranya Mila Jirin, Kilafairy, Iqa Mentor 5, Shiha Mentor 5, Chomel Fana dan Ad Azhar.


Pelajar antarabangsa Universiti Taylor dari Korea, Jeon Sang Hoon berkata, pembabitannya dalam program itu sedikit sebanyak mendedahkannya kepada budaya kemasyarakatan yang wujud di kalangan rakyat Malaysia dalam membantu golongan memerlukan.

"Ini kali pertama saya sertai aktiviti sukarelawan di luar kampus sejak belajar di Malaysia. Walaupun cuaca panas, ia sungguh menyeronokkan kerana semua pihak ringan tulang membantu," katanya penuntut Diploma Operasi Hotel itu.


Program itu dirasmikan Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib dan sukarelawan lain yang terbabit secara langsung, termasuk Rukun Tetangga Desa Pantai Dalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved