Rabu, 3 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Kepala terlekat di pelepah sawit

Posted: 02 Aug 2011 10:35 AM PDT

KULIM: "Saya mahu mengait kelapa sawit, tetapi alangkah terkejutnya saya apabila ternampak kepala manusia yang sudah reput terlekat di pelepah kelapa sawit itu," kata S Nandakumaran, 31, yang menemui mayat lelaki yang sudah reput dan anggotanya yang berselerak di Ladang Air Merah, berhampiran Taman Melur, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, pekerja ladang kelapa sawit itu baru hendak memulakan tugas mengait buah kelapa sawit di ladang itu.


Katanya, ketika tiba di situ, dia mula terhidu bau busuk yang meloyakan dan pada mulanya menyangka ia berpunca daripada bangkai binatang yang mati berhampiran kawasan berkenaan.

"Ketika saya berjalan ke arah pokok kelapa sawit untuk mengait buahnya, tiba-tiba saya terpandang satu objek bulat berwarna hitam terlekat pada pelepah kelapa sawit. Saya kemudian menghampiri objek berkenaan dan amat terkejut apabila mendapati objek itu adalah kepala manusia yang hampir reput," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.


Katanya, lebih mengejutkan, dia terjumpa pula bahagian tubuh mayat berkenaan yang hanya tinggal kaki dan badan berhampiran pokok kelapa sawit itu, manakala kedua-dua tangannya ditemui beberapa meter dari situ.


Nandakumaran membuat laporan di Balai Polis Kulim.

"Saya bersama beberapa pekerja lain baru memulakan tugas mengait buah berkenaan hari ini (semalam) selepas kali terakhir melakukannya pada 13 Julai lalu. Waktu itu, tiada apa-apa berlaku di kawasan ini," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata berdasarkan dokumen pengenalan yang ditemui pada mayat terbabit, mangsa dikenali sebagai A Benny Roy, 31, dan beralamat di Klang, Selangor.

"Keadaan mayat yang hampir reput dan hanya tinggal kaki, manakala kedua-dua belah tangannya dijumpai beberapa meter dari mayat itu kemungkinan dibawa lari binatang buas. Kepala mangsa pula tersangkut pada pelepah pokok kelapa sawit. Seutas tali turut berada pada kepala itu," katanya.


Beliau berkata, mayat itu dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan setakat ini polis mengklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Diludah kekasih gelap suami

Posted: 02 Aug 2011 10:32 AM PDT

SHAH ALAM: Ramadan kali ini tidak bermakna bagi seorang ibu beranak empat berusia 39 tahun apabila dia bukan saja diceraikan suami sebaliknya dia cedera selepas dibelasah lelaki itu di rumah sewa kekasih lelaki itu di Banting, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan mangsa dibelasah suaminya berusia 40-an itu disebabkan wanita terbabit melarang suspek bersekedudukan dengan kekasihnya yang juga warga Indonesia di rumah sewa berkenaan.


Lebih mengaibkan apabila warga Indonesia itu bertindak keji dengan meludah muka mangsa di hadapan suaminya itu ketika pasangan terbabit bertengkar.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa cedera di leher dan badan selepas ditampar dan ditumbuk suaminya.


Mangsa membuat laporan di Balai Polis Banting, di sini, menuntut tindakan tegas terhadap suaminya itu.


Menceritakan semula kejadian itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Intan, berkata dia dan anak lelakinya berusia 16 tahun pergi ke rumah sewa wanita terbabit bagi merayu suaminya pulang.

"Sebaik tiba di rumah berkenaan, saya meminta suami pulang ke rumah, namun tindakan saya itu menyebabkan dia berang sebelum memarahi saya.


"Malah, suami saya yang bagaikan dirasuk syaitan memukul saya di hadapan wanita terbabit," katanya.

Menurut Intan, penderitaannya tidak berakhir di situ apabila suaminya menceraikannya dengan talak satu manakala wanita terbabit meludah mukanya.


"Suami mengarahkan saya dan anak meninggalkan kawasan berkenaan," katanya, semalam.


Intan berkata, dia syak suaminya disihir wanita itu kerana lelaki terbabit tidak boleh berada di rumah mereka terutama sebelah malam sejak lima bulan lalu.


Intan berkata, dia sanggup memaafkan suaminya itu dan kembali bersamanya semula demi masa depan mereka sekeluarga.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved