Jumaat, 5 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Anggota milik wanita, budak

Posted: 04 Aug 2011 09:57 AM PDT

AMPANG: Misteri penemuan anggota badan yang dikerat lebih 15 bahagian di beberapa tempat dan dalam tiga bungkusan plastik di sebuah pangsapuri terbiar di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, terjawab apabila ia disahkan milik seorang wanita dan seorang kanak-kanak.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata anggota badan yang dikerat itu milik wanita dipercayai berusia 20-an dan kanak-kanak lelaki berusia lima hingga enam tahun.


"Hasil bedah siasat mendapati anggota badan yang dimasukkan dalam bungkusan plastik itu milik kanak-kanak manakala anggota badan yang ditemui dibuang di beberapa tempat termasuk tandas milik seorang wanita.

"Bagaimanapun, identiti kedua-dua mangsa itu belum dapat dikenal pasti. Cap jari mayat wanita sudah diambil untuk semakan lanjut," katanya ketika dihubungi, semalam.


Menurutnya, polis masih menyiasat kes terbabit bagi menyemak laporan kehilangan individu selain beberapa perkara lain yang boleh membantu siasatan.


Pihaknya tidak menolak kemungkinan dua mayat terbabit mempunyai kaitan talian darah, namun identiti mangsa dan punca kematian masih dalam siasatan.

Harian Metro semalam melaporkan bau busuk di sebuah pangsapuri sejak Sabtu lalu terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini.


Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.

Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pengemis asing hijrah ke ibu kota

Posted: 04 Aug 2011 09:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan (JKMWP) mengesan semakin ramai kehadiran pengemis dari negara asing berhijrah ke ibu kota untuk menjadi pengemis pada Ramadan ini.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKMWP, Mujah Hamat, berkata kesempatan pada bulan mulia ini memberi peluang kepada mereka yang kebanyakan dari Thailand, China dan Kemboja untuk meraih simpati bagi mendapatkan wang.


Katanya, mereka bukan hanya menumpukan lokasi di ibu kota, malah negeri lain.

"Kebanyakan mereka beragama Islam. Masjid dijadikan lokasi utama untuk mereka memperoleh wang kerana tempat itu dikunjungi orang ramai untuk beribadah.


"Peminta sedekah terbabit berada di pintu utama masjid, menunggu orang ramai menghulurkan duit dan ada juga di kalangan mereka cuba membuat helah meraih simpati masyarakat," katanya dihubungi, semalam.


Menurut Mujah, peningkatan pengemis pada bulan Ramadan bagaikan satu fenomena yang biasa berlaku setiap kali tiba bulan mulia itu dan jumlah itu meningkat sekali ganda dari tahun sebelum ini.

"Mereka memilih Malaysia kerana merasakan rakyat kita pemurah selain faktor ekonomi negara yang bagus ditambah pula majoriti penduduk beragama Islam memudahkan mereka untuk meraih wang dengan segera.


"Ia seperti sudah menjadi bentuk perniagaan apabila mereka menyasarkan untuk mengutip sebanyak mungkin wang," katanya.

Katanya, selain masjid, pengemis juga akan bergerak ke beberapa lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai antaranya bazar Ramadan atau pasar malam dan kawasan pasar raya utama selain sekitar lorong pejalan kaki.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved