Sabtu, 6 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Tangisan iringi hukuman mati

Posted: 05 Aug 2011 10:53 AM PDT

SHAH ALAM: Seorang wanita Iran menangis teresak-esak apabila dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas didapati bersalah mengedar hampir tiga kilogram (kg) syabu di sebuah hotel di Petaling Jaya, dekat sini, dua tahun lalu.

Hakim Noor Azian Shaari membuat keputusan itu terhadap pekerja salun, Masoumeh Ghulami Khaveh, 25, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.


Noor Azian pada penghakimannya berkata, mahkamah menolak keterangan tertuduh ketika membela diri bahawa dadah dalam beg yang ditemui bersamanya kepunyaan lelaki bernama Amin.

Beliau berkata, ini kerana tertuduh membawa beg berkenaan dari lapangan terbang ke hotel penginapannya dan dadah itu tidak ada kaitan dengan Amin. Malah, katanya, ada banyak keterangan wanita itu yang tidak munasabah termasuk berasal dari keluarga susah, tetapi pada masa sama sudah memasuki negara sebanyak enam kali.


Menurutnya, keterangan Masoumeh bahawa keluarganya akan mengirimkan duit melalui sebuah syarikat asing diragui.


Pada masa sama, katanya, tindakan pihak pendakwaan tidak memanggil Amin saksi juga tidak memudaratkan kes pendakwaan.

"Sudah tentu, Amin tidak akan mengakui dadah itu miliknya," katanya. Mengikut pertuduhan, Masoumeh didakwa mengedar 2.865kg syabu di Hotel One World, Petaling Jaya, kira-kira 8.10 pagi, pada 15 November 2009.


Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh didakwa mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Md Kamal, manakala tertuduh diwakili oleh peguam bela, Datuk N Sivananthan.


Sepanjang perbicaraan, seramai lima saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan tampil memberi keterangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Identiti si mati masih misteri

Posted: 05 Aug 2011 09:58 AM PDT

AMPANG: Identiti mayat wanita dan kanak-kanak lelaki yang dikerat beberapa bahagian dan disembunyikan dalam sebuah pangsapuri terbiar di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, bakal diketahui dalam masa terdekat.

Difahamkan, polis masih menunggu laporan DNA kedua-dua mayat itu bagi memastikan sama ada kedua-duanya mempunyai kaitan talian darah.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata cap jari mayat wanita itu sudah dihantar ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengenal pasti identitinya jika si mati warga tempatan.

"Kami kini giat mengesan laporan kehilangan individu dan siasatan lanjut berhubung penemuan itu masih dijalankan di tempat kejadian.


"Kami juga sudah merakam percakapan beberapa jiran daripada kalangan penduduk tempatan dan warga asing yang tinggal berhampiran," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, di sini, semalam.


Menurutnya, polis gagal mengesan pergerakan masuk dan keluar mangsa mahupun suspek melalui kamera litar tertutup (CCTV) pada pintu masuk utama pangsapuri berkenaan kerana ia tidak berfungsi.

"Sama ada mangsa dibunuh di dalam rumah tiga bilik berkenaan ataupun di tempat lain, kami masih menjalankan siasatan berhubung perkara itu.


"Malah, polis belum dapat mengesan pemilik rumah itu memandangkan rumah berkenaan sudah 10 tahun tidak berpenghuni," katanya.

Amiruddin turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu tampil membantu siasatan.


Harian Metro kelmarin melaporkan bau busuk di sebuah pangsapuri sejak Sabtu lalu terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini.


Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.


Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved